1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalubanyak ketawa/gembira - merosakkan usus.
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13.. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
16. Terlalu banyak blogwalking / facebook - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu.
Ada sesetengah pihak mengatakan untuk mendisiplinkan remaja, ibu bapa
perlu bersifat garang terhadap anak. Itulah cara yang digunakan oleh ibu
bapa mereka ketika mereka kecil dulu dan dengan cara berkenaanlah semua
anak berjaya dalam hidup.
Pendekatan lembut dan garang adalah pendekatan yang ekstrem di mana
lembut adalah keterlaluan positif manakala garang adalah keterlaluan
negatif. Lembut menyebabkan perasaan kita merana kerana ingin menjaga
perasaan anak remaja.
Sebaliknya garang menyebabkan perasaan kita terjaga, manakala si anak
mungkin memendam dendam dalam hati. Keseimbangan di antara kedua-dua
garis hujung berkenaan adalah pendekatan tegas. Ketegasan membuatkan
perasaan kedua-dua belah pihak terjaga.
Kajian pakar menunjukkan bahawa apabila ibu bapa selalu melakukan
kekasaran terhadap remaja biasanya mereka akan memberontak. Perbuatan
seperti mencubit, merotan, memukul dengan objek, boleh dikategorikan
sebagai pendidikan dengan cara yang keras. Hampir tiada unsur pendidikan
langsung dengan cara kekerasan berkenaan jika tidak dilakukan dengan
cara yang berhikmah.
Firman Allah SWT bermaksud: “Maafkan mereka, minta keampunan bagi mereka
dan bermusyawarahlah dalam urusan...” (Surah Ali-Imran, ayat 159).
Ada dua kemungkinan yang akan berlaku apabila remaja diperlakukan dengan
keras iaitu melantun atau menyerap. Kemungkinan pertama dia akan
melawan kembali kekerasan, akibatnya beliau akan membesar menjadi
seorang yang suka memberontak dan keras jiwa.
Kemungkinan kedua pula, beliau akan bersabar dengan kekerasan dan
memendam dalam jiwa. Akibatnya beliau membesar menjadi seorang yang
pemurung dan lemah jiwa. Kedua-duanya akan memberi hasil yang buruk.
Tunjuk cara efektif
Islam mengajar dan menunjukkan cara yang efektif dengan menyuruh setiap
yang menjadi tonggak utama seperti ibu bapa supaya berlemah-lembut,
belas kasihan sehingga anak mereka membesar di jalan yang lurus,
terdidik dengan semangat berani berterus-terang dan bebas diri.
Banyak petunjuk diberikan Islam mengenai berlemah-lembut, berkata baik
dan berbudi bahasa antara satu sama lain dalam al-Quran dan sunnah.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan
keadilan, berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah An-nahl,
ayat 90)
FirmanNya lagi bermaksud: “Dan orang yang menahan marahnya, dan orang
yang suka memaafkan orang lain, dan Allah sangat suka kepada orang yang
berbuat baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 134)
Kesihatan jiwa
Ibu bapa perlu mengambil contoh daripada pengajaran berkenaan dan
mengamalkannya andai kata mereka benar-benar mahukan kesihatan jiwa anak
terpelihara. Kesihatan jiwa adalah salah satu penentu kebahagiaan anak.
Jika ibu bapa sendiri selalu berkeras, maka ibu bapalah yang melakukan
kezaliman ke atas anak. Mereka akan mendapati bahawa mereka sudah
menanam benih-benih kerosakan ke dalam jiwa anak.
Dalam sebuah kisah, datang seseorang kepada Umar bin Al-Khattab mengadu
penderhakaan anaknya. Maka Umar pun memanggil anak orang itu, lalu
memarahinya. Maka berkata si anak: “Wahai Amirul Mukminin! Tidakkah ada
hak anak ke atas ayahnya? Umar menjawab: Bahkan ada.
Berkata anak itu: “Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Umar menjawab:
Hendaklah ia memilih ibunya (daripada keturunan yang baik), dan memberi
nama yang baik, dan mengajar membaca al-Quran.
Lalu si anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayah saya
tidak melakukan suatu pun daripada perkara itu. Ibu saya adalah seorang
zanjuyah (bekas hamba hitam), dulu isteri kepada seorang Majusi dan dia
juga menamakan saya Jo’ul (lipas), dan dia belum mengajar saya satu
huruf pun daripada al-Quran.”
Mendengar kata-kata si anak itu, maka Umar pun berkata kepada si ayah:
“Engkau datang mengadu penderhakaan anakmu. Sebenarnya engkau telah
menderhakainya sebelum dia menderhakaimu, dan engkau telah merosakkannya
sebelum dia merosakkanmu.”
Demikianlah Umar Al-Khattab meletakkan sebab penderhakaan si anak tadi
ke atas bahu ayahnya, kerana dia melalaikan pendidikannya. Marilah kita
cermin diri kita dan meneliti sama ada penderhakaan atau masalah
ditimbulkan anak sebenarnya mungkin berpunca daripada kita, Mari kita
saksikan kisah kisah pengajaran untuk pedoman bersama menghargai jasa
ibu kita disini.
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.