Sabtu, 4 Mei 2019

Apa Pertalian Kita Dengan Tanah?



Makhluk-makhluk yang melata di muka bumi ini pada masa ini insyaAllah,berasal dari dalam tanah. Walaupun tidak secara langsung berasal dari tanah, tetapi semuanya memerlukan tanah. Sebagai contoh lihat pada perabot kayu, asalnya dari pokok, pokok pula dari biji benih yang dapat hidup dari dalam tanah dan mendapat makanan dari dalam tanah melalui akarnya.

Cuba lihat pula pada barangan logam seperti body kereta, sudu besi, peralatan komputer, pisau dan sebagainya. Logam itu pun berasal dari tanah yang mana kena gali terlebih dahulu untuk mendapatkannya.
Begitu juga dengan barangan plastik, getah, kaca, fibre glass dan sebagainya, di mana semuanya dikorek dari perut bumi. Itu secara ringkas yang menunjukkan manusia mencipta barang-barang daripada makhluk yang telah dijadikan oleh Allah. Manusia tidak boleh mencipta sendiri barang-barang tanpa makhluk-makhluk yang dijadikan oleh Allah S.w.t tadi. Lihatlah betapa kerdilnya manusia di sisi Allah yang selalu memerlukan kepada Allah sebagai tempat bergantung.
Kejadian nabi Adam diciptakan secara langsung oleh Allah dari tanah. Tetapi kejadian kita secara tidak langsung tetapi sebenarnya kita juga membesar dengan makan segala apa dari tanah. Oleh itu kita juga adalah tanah sebenarnya tetapi yang sudah mengalami proses perubahan bentuk. Sepertimana contohnya tepung gandum yang diadun dengan air dan bahan-bahan lain yang akhirnya sudah tidak menjadi tepung, tetapi menjadi roti, biskut dan sebagainya.
Sebagamana telah diketahui melalui kajian ilmiah dibidang sains, proses kejadian manusia di dalam rahim perempuan bermula apabila berlaku percantuman antara sperma (mani lelaki) dengan ovum (mani perempuan). Dan ini juga dibuktikan dengan dalil naqli dengan firman Allah S.w.t;
“Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? Dia diciptakan dari air yang dipancarkan, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.” Surah At Thariq : 5 – 7
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. ” Surah Al ‘Alaq : 1 – 2
Macam mana terhasilnya air mani ataupun segumpal darah yang telah berubah bentuk itu dalam tubuh manusia? Sudah tentulah ianya berlaku dari proses penukaran dari apa yang dimakan oleh manusia. Tanpa makanan adalah mustahil air mani itu akan terhasil secara sunnatullah. Kerana melalui proses penyerapan makanan ke dalam tubuh kita maka sel-sel atau anggota-anggota lain manusia dapat tumbesar dan menghasilkan bermacam-macam cecair, asid, air mani dn sebagainya dalam tubuh.
Dari mana pula datangnya makanan itu? Sudah tentulah sumber-sumbernya semua berasal dari dalam bumi yang dijadikan oleh Allah S.w.t Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Sebahagian besar makanan kita itu berasal dari dalam tanah secara langsung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, koko dan sebagainya. Dan ada juga yang tidak secara langsung dari tanah iaitu seperti lembu, ayam, ikan, ketam dan sebagainya. Tetapi ketahuilah, apa yang dimakan oleh binatang-binatang tadi? Sudah tentulah mereka juga memakan makanan yang bersumber dari tanah seperti rumput, rumpai, dedaun kayu dan sebagainya.
Jadi pokok pangkalnya, semua kita ini datang dari Allah, tumbesar dari bahan yang sama, menetap sekarang pun di tempat yang sama, memerlukan kepada sumber-sumber pun yang sama, oleh itu mengapa perlu ada pergaduhan, perebutan, hasad dengki, fitnah, busuk hati, dan sebagainya? Tidak kah kita perhati , bahawa apa yang sesuai bagi kesamaan itu adalah hidup yang bersepadu dan berharmoni dengan mengabdikan diri kepada pencipta segala sesuatu yang satu?????
“(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu.” Surah Al An’aam : 102
“Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” Surah An Nuur : 45
“Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.” Surah Az Zumaar : 62
Wallahu a’lam
*Sumber dari hikmatun.wordpress.com/ menerusi detik islam

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...