Sabtu, 10 Jun 2017

Bekalan Elektrik Terputus? Ini Yang Perlu Anda Lakukan Sebagai Ketua Keluarga


Tanda-tanda awal bekalan elektrik akan terputus mungkin dengan lampu rumah yang berkelip-kelip, kilat sabung menyabung,guruh berdentum di langit, & deruan angin yang menakutkan menambahkan lagi prasangka anda bahawa bekalan elektrik mungkin akan terjadi. Bila-bila masa sahaja bekalan elektrik akan terputus dan terputus nya ia tanpa sebarang amaran. Kebanyakan orang akan mengalami serangan ‘panik mini’ apabila bekalan elektrik terputus.

Ya, anda akan kelam kabut,mungkin berteriak sesama ahli keluarga, mencari lampu suluh atau lilin, kemudian anda akan memeriksa telefon, cuba untuk mengetahui perkhabaran semasa, apakah yang telah berlaku di sekitar anda sambil menjeling ke arah ikon bateri telefon setiap beberapa saat atau minit.

Seluruh rutin anda akan terganggu. Tiada TV, tiada kipas, tiada bunyi mesin basuh, tiada apa. Tetapi selagi anda tahu apa yang perlu dilakukan, ianya tidaklah menjadi gangguan besar kepada anda.

Apabila bekalan elektrik tiada, perkara-perkara berikut harus dilakukan untuk menenangkan keadaan, mententeramkan keluarga,anak-anda anda dan disamping itu sekaligus menjadikan ketiadaan bekalan elektrik lebih boleh diterima. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
mancis
1.Ambil/cari sumber cahaya yang terdekat – Cari atau ambil peralatan yang mempunyai cahaya yang cukup untuk keadaan sekitar terutama sekitar anak kecil sebelum anda teruskan denagn mencari sumber cahaya yang lebih boleh diharap. Contoh nya seperti telefon bimbit, mancis atau pemetik api. Kemudian barulah anda teruskan dengan mencari lilin atau lampu suluh dan sebagainya.
2.Telefon syarikat pembekal elektrik – Jika anda tidak pasti mengapa bekalan elektrik tiada, hubungi syarikat pembekal elektrik anda. Mereka mempunyai rekod atau ‘log’ di dalam sistem mereka jika terdapat sebarang penyelenggaraan yang di lakukan oleh mereka dan akan memberi anggaran masa untuk memulihkan bekalan elektrik. Secara tidak langsung, anda dapat membuat kesimpulan punca ketiadaan bekalan elektrik. Adakah ianya berpunca dari penyelenggaraan ataupun berpunca dari sistem pendawaian rumah anda.

3.Keluar dari rumah anda dan lihat kejiranan – Ini adalah untuk memberi anda idea tentang bagaimana luasnya gangguan bekalan elektrik yang berlaku ketika itu. Lihat kejiranan anda sama ada mereka juga mengalami perkara yang sama atau tidak. Tegur atau nasihat anak-anak anda supaya duduk setempat demi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang ketiadan bekalan elektrik kerana kemalangan mudah terjadi ketika itu.


4.Pastikan peti ais dan peti simpanan makanan beku anda ditutup dengan rapat – Makanan di dalam peti sejuk akan kekal sejuk selama 4 jam tanpa bekalan elektrik dan makanan dalam peti beku akan bertahan sehingga 24 jam. Setelah makanan dalam peti sejuk mencair, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk makan sebelum ia menjadi isu keselamatan makanan.

5.Cabut semua peralatan elektronik – Ini termasuk komputer anda, komputer riba, tablet, sistem permainan, telefon bimbit, dan lain-lain. Apa sahaja yang mempunyai komponen elektronik yang sensitif perlu dicabut untuk melindunginya daripada lonjakan kuasa apabila bekalan elektrik kembali.

6.Kunci pintu dan tingkap rumah – Ketika bekalan elektrik terputus, ini adalah peluang & situasi yang sempurna untuk pencuri memasuki rumah anda. Sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan bunyi disekitar rumah anda. Pastikan rumah, keluarga & anak-anak anda dalam keadaan selamat.

Jadi,itulah perkara-perkara yang harus anda lakukan jika bekalan elektrik terputus. Fikir dengan rasional/waras dan ambil masa untuk bertenang.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...