Isnin, 7 Oktober 2019

TANDA MATI DALAM HUSNULKHOTHIMAH (KEADAAN BAIK)

1.    Sempat mengucap dua kalimah syahadah. 
2.    Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:"Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan
keluarnya peluh di dahi", (Riwayat oleh Ahmad dan Termidzi.) 
3.    Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun 
yang mati pada siang atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari 
fitnah kubur." 
4.    Mati di medan perang kerana membela agama Allah. 
5.    Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan: 
a.    Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya
di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang). 
b.    Diselamatkan dari seksa kubur. 
c.    Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat. 
d.    Diperhiasi dengan iman. 
e.    Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari). 
f.    Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. (Riwayat oleh Termizi, 
Ahmad dan Ibnu Majah) 
 
6.    Mati kerana melahirkan anak. 
7.    Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "Taun itu satu kematian syahid bagi setiap
mukmin". (Hendaklah ia sabar dan redha menanggungnya) (Riwayat oleh Muslim) 
 
8.    Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, "Dan barang 
siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". (Riwayat oleh Muslim) 
 
9.    Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan. 
 
10.    Mati terbakar. (Riwayat Tabrani) 
 
11.    Mati dalam nifas. (Riwayat At Tabrani)
 
12.    Mati kerana sakit Tibi. Sabda Rasulullullah, "Orang yang mati kerana 
menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." (Riwayat Tabrani)
 
13.    Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang
luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau 
kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati di tempat tidurnya (setelah 
berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka 
sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". (Riwayat Daud) 
 
14.    Mati mempertahankan harta. (Riwayat Bukhari) 
 
15.    Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh 
kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid." (Riwayat 
Abu Daud) 
 
16.    Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah. 
 
17.    Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang 
dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah. 
18.    Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka 
haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:" 
       A.    Mejaga sembahyang 5 waktu. 
       B.    Banyak bersedekah. 
       C.    Banyak membaca Al Quran. 
       D.    Banyak bertasbih. 
 
      Dan hendaklah ia meninggalkan: 
      1.    Meninggalkan dusta. 
      2.    Meninggalkan sifat khianat. 
      3.    Meninggalkan sifat mengadu - domba. 
      4.    Menjaga Kencing.
 
http://www.gayahidup.dunyahalal.com/index.php?id=91&mnu=91

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...