Mula-mula orang cakap Henrikh Mkhitaryan ialah Scorpion King selepas
gol menentang Sunderland. Tak lama kemudian orang cakap Olivier Giroud
pula Scorpion King yang sebenar selepas jaringan beliau ke atas Stoke
City.
Tapi rasanya gelaran itu tidak layak langsung untuk dua pemain ini.
Kerana di dalam dunia bolasepak hanya ada satu sahaja Scorpion King
yang sebenar dan namanya ialah Rene Higuita.
Pada 6 September 1995, ketika berlangsung aksi persahabatan England
dan Colombia di Wembley, Higuita mempertontonkan kepada seluruh dunia
aksi paling licik dalam sejarah bola sepak.
Hari itu menyaksikan kemunculan sulung ‘Sepakan Kala
Jengking’ ciptaan Higuita. Teknik itu cukup mengagumkan apabila Higuita
yang sepatutnya mudah menangkap bola tendangan pemain lawan, Jamie
Redknapp, tidak berbuat demikian sebaliknya melayang dan membengkokkan
badan lalu mengeluarkan bola dengan tumit.
Perlawanan itu mungkin hanya berkesudahan 0-0, namun aksi ‘Sepakan Kala Jengking’ membuatkan semua orang meninggalkan stadium dengan kenangan manis.
Penjaga gol legenda ini bukan setakat sekali sahaja melakukan aksi itu bahkan berkali-kali selepas pertama kali mempersembahkannya kepada dunia dalam perlawanan persahabatan menentang England pada tahun 1995.
Higuita juga memiliki rekod cemerlang, dihasilkan melalui sepakan penalti dan percuma. Dia menjaringkan 33 gol sepanjang karier di kelab dan pasukan kebangsaan.