1. Bulu kening – Menurut Bukhari,
Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat
Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan
janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah
An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan
dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada
mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma
Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani
dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad
SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu
Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat
31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan
tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah
Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Sumber