Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk mengYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.
Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:-
- Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
- Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
- Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
- Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
- Siri pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
- Siri pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
- Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
- Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
- Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll
Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ketiga suci serta bumi Isra’ dan Mi’raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.
Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.