1. Cuka-cuka beli di Bandar
Simpan makan dalam perahu
Suka-suka mahu belajar
Tidak belajar mana kan tahu
2. Hiris rojak hantar ke surau
Hendak menjamu Datuk Penghulu
Gadis bijak orang tak hirau
Ilmu di dapur laksana dulu
3. Berburu ke padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Macam bunga kembang tak jadi
4. Pergi memburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Seperti bunga kembang tak jadi
5. Keris kecil menikam ular
Keris besar menikam singa
Dari kecil tak hendak belajar
Sudah besar tertanya-tanya
6. Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu
7. Tanam di hulu pohon rambutan
Sayang durian tidak berbunga
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
8. Anak Cina pergi memburu
Buruan dapat dibawa balik
Hidup di dunia mesti berguru
Agar dapat ilmu yang baik
9. Bawa senapang dengan peluru
Masuk ke hutan hendak berburu
Ilmu kau tuntut semalam lalu
Jangan kau cuba melawan guru
10. Turun ke laut janganlah jemu
Walau mendapat si ikan parang
Jika hidup tidak berilmu
Memang hina dipandang orang
Simpan makan dalam perahu
Suka-suka mahu belajar
Tidak belajar mana kan tahu
2. Hiris rojak hantar ke surau
Hendak menjamu Datuk Penghulu
Gadis bijak orang tak hirau
Ilmu di dapur laksana dulu
3. Berburu ke padang datar
Dapat rusa bergelang kaki
Berguru kepalang ajar
Macam bunga kembang tak jadi
4. Pergi memburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Seperti bunga kembang tak jadi
5. Keris kecil menikam ular
Keris besar menikam singa
Dari kecil tak hendak belajar
Sudah besar tertanya-tanya
6. Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu
7. Tanam di hulu pohon rambutan
Sayang durian tidak berbunga
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna
8. Anak Cina pergi memburu
Buruan dapat dibawa balik
Hidup di dunia mesti berguru
Agar dapat ilmu yang baik
9. Bawa senapang dengan peluru
Masuk ke hutan hendak berburu
Ilmu kau tuntut semalam lalu
Jangan kau cuba melawan guru
10. Turun ke laut janganlah jemu
Walau mendapat si ikan parang
Jika hidup tidak berilmu
Memang hina dipandang orang