Isnin, 23 Januari 2017

Khasiat Kacang Bendi




Banyak orang di dunia menghidapi penyakit kencing manis. Yang berikut ialah penawar mudah untuk penyakit kencing manis. Kacang bendi merupakan sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis.
Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat. Kacang bendi juga mengandungi vitamin C, B6, tiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah antara sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan kuah, terutamanya kari.
Ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana kacang bendi berlendir. Sebenarnya, kalau tahu akan cara memasak, kacang bendi amat enak dan amat berkhasiat.
Kacang bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengelakkan selesema (vitamin C), baik untuk otot dan otak, melawaskan penghadaman, serta mengurangkan kolesterol.

✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak, iaitu menguatkan daya ingatan dan kecergasan.
✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi yang direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit kornea dan sifilis.
✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat untuk merawat sakit kerongkong.
✔Lendir kacang bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.
✔Biji bendi yang matang juga berpotensi untuk diproses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses untuk dijadikan bahan minuman seperti kopi.
✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, manakala daun yang tua boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan yang cantik.


Khasiat Kacang Bendi
✔Mencuci hati
✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah
✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar
✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit, terutama dalam kalangan warga tua
✔Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa
✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi
✔Sifat yang beralkali membantu meneutralkan asid dalam badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah penghadaman
✔Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong dan kesakitan pada dubur
✔Air rebusan bendi boleh mengenyahkan toksik, di samping menstabilkan paras gula dan mencegah diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air selama semalam. Pastikan gelas ditutup. Amalkan minum air rendaman tersebut selama 2 minggu sebelum sarapan kerana dikatakan mampu memberikan hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.
Kacang bendi memang banyak khasiatnya. Mari amalkannya demi kesihatan anda.
(sumber dari: http://makanananda.blogspot.com/2013...ang-bendi.html)

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...