Isnin, 30 September 2013

Perkara Kita Mesti Tahu Tentang Sikat Rambut


 

PERNAHKAH kita terfikir cara menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Selama ini, tak pernah ambil berat pun soal cara menyikat rambut. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kadang-kadang sikat sambil berdirilah.

-          Sekiranya kita sikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.

-          Sebaliknya jika sikat rambut sambil berdiri, ia akan melemahkan jantung.

Selain melemahkan jantung, bersikat secara berdiri akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang.

Di samping itu, sekiranya kita menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak @ silver ataupun sekadar bersadurkan perak, hukumnya adalah MAKRUH.

Seperkara lagi, Nabi S.A.W juga melarang kita sikat rambut dalam bilik mandi atau bilik air.
Tapi, kenapa???
Sebab ia hanya akan melemahkan umbi rambut.

Sumber

Ahad, 29 September 2013

Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan


 

TIDAK dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam.

Sumber

Sabtu, 28 September 2013

Mengumpat Yang Diharuskan


 

Hadis : Bab 256 – Riyadus Solihin

256- Bab Pada Menyatakan Mengumpat Yang Diharuskan
Berkata Imam Nawawi r.a.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.

1- Pengaduan penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.

2 – Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.
Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.

3 – Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya sebagaimana pada hadis riwayat Hindun r.a. yang kami akan sebut Insya Allah.

4 – Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.
Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.
Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).

5 – Jika dia seorang yang jelas meunujukkan kefasiqannya atau bid’ahnya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang kami sebutkan ini.

6 – Untuk dikenali.
Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang berdener matanya atau yang tempang, yang tuli, yang buta, yang bole atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَجُلًا اِسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالَ: ائْذَنُوا لَهُ, بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1532/1- Daripada Aisyah r.a., sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w., dan baginda bersabda (kepada para sahabat): Izinkan dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujjah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan yang tidak tetap pendirian.
Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kajahatan mereka dan tidak terpedaya dengan zahir mereka.
وَعَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا أَظُنُّ فُلَانًا وَفُلَانًا يَعْرِفَانِ مِنْ دِينِنَا شَيْئًا. رَوَاهُ البُخَارِيُّ. قَالَ اللَّيْثُ بنُ سَعْدٍ, أحَدُ رُوَاةِ هَذا الْحَدِيْثِ: هَذانِ الرَّجُلانِ كَانَا مِنَ الْمُنَافِقِينَ.
1533/2 – Daripada beliau juga (Aisyah r.a.) katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku rasa kedua-dua orang ini sedikit pun tidak mengenali agama kita ini (Islam).
Hadis riwayat Bukhari. Berkata al-Laith bin Saa’d (salah seorang perawi hadis ini) : Kedua-dua orang ini adalah daripada kalangan munafiqin.
Harusnya mengumpati orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka.
Kita tidak boleh menuduh sewenang-wenang seseorang dengan munafiq.
وَعَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقُلْتُ: إِنَّ أَبَا الْجَهْمِ ومُعَاوِيَةَ خَطَبَانِيْ, فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَّا مُعَاوِيَةُ فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ, وَأَمَّا أَبُو الجَهْمِ فَلَا يَضَعُ العَصَا عَنْ عَاتِقِهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَفِيْ رِوَايَةٍ لِمُسْلِم: وَأمَّا أبوْ الْجَهْمِ فَضَرَّابٌ لِلنِّسَاءِ.
1534/3 – Daripada Fatimah binti Qais r.a. katanya: Aku datang menemui Nabi s.a.w. dan aku memberitahu baginda: Sesungguhnya Abu Jahmi dan Mua’wiyah masuk meminangku. Baginda bersabda: Mua’wiyah tu miskin dan tidak berharta. Abu Jahmi pula tidak membuangkan tongkat daripada bahunya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Perhatian: Hadis ini tidak diriwayatkan oleh Bukhari sebagaimana yang beliau sebutkan. Perkara ini memang diketahui bagi orang yang mengkaji Riyadus Solihin. Memang hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud. Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah, Ahmad, Malik dan juga Darimi.
Dan pada riwayat Muslim : Abu Jahmi pula suka memukul perempuan. Dan ini adalah tafsir kepada riwayat: tidak membuang tungkat daripada bahunya. Ada juga yang berpendapat maknanya banyak bermusafir.
- Harus menceritakan keburukan calon suami atau isteri kepada pasangan mereka.
- Menyatakan pandangan terhadap calon suami atau isteri tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan sekalipun dengan menyebut keburukan dan kelemahan mereka.
- Kita mestilah berhati-hati dalam membuat keputusan.
- Pandangan orang yang berilmu atau berpengalaman adalah penting dalam menentukan sesuatu.
Kita mestilah memberikan nasihat jika diminta.
وَعَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ أَصَابَ النَّاسَ فِيهِ شِدَّةٌ, فَقَالَ عَبْدُاللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ: لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا, وَقَالَ: لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ, فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَأَخْبَرْتُهُ بِذلِكَ, فَأَرْسَلَ إِلَى عَبْدِاللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ, فَاجْتَهَدَ يَمِينَهُ مَا فَعَلَ. فَقَالُوا كَذَبَ زَيْدٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِمَّا قَالُوا شِدَّةٌ, حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ تعالى تَصْدِيقِي:﴿ إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ ﴾ ثُمَّ دَعَاهُمُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَسْتَغْفِرَ لَهُمْ فَلَوَّوْا رُءُوسَهُمْ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1535/4 – Daripada Zaid bin Arqam r.a. katanya, kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam musafir yang penuh dengan kesusahan. Maka Abdullah Ibnu Ubayy berkata: Jangan seorang pun daripada kamu memberikan belanja kepada sahabat-sahabat Rasulullah sehinggalah (akibatnya) mereka akan berpecah belah. Dia juga berkata: Jika kita pulang ke Madinah, maka orang yang sangat mulia (Abdullah Ibni Ubayy) akan menghalau orang yang sangat hina (Rasulullah). Aku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu baginda perkara tersebut. Rasulullah pun mengutuskan utusan menemui Abdullah Ibni Ubayy (untuk bertanya kesahihan perkara tersebut). Dia bersungguh-sungguh bersumpah tidak mengatakan demikian. Lalu orang ramai berkata: Zaid telah berbohong dengan Rasulullah s.a.w.. (Kata Zaid lagi) Hatiku sungguh terasa dengan apa yang dikatakan (tuduhan) terhadapku, sehinggalah Allah Taala menurunkan wahyu membenarkan (perkataan) aku. (Iaitu firmanNya): “Apabila datang orang-orang munafiqin kepadamu (wahai Muhammad) …”. Kemudian Rasulullah memanggil mereka untuk beristighfar memohon keampunan kepada mereka, tetapi mereka memalingkan kepala mereka (kerana lari daripada mematuhi Rasulullah dan enggan beristighfar).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Harusnya menceritakan rahsia orang-orang munafiq dan orang-orang yang khianat supaya kita terselamat daripada kejahatan mereka.
Menceritakan hal dan rahsia mereka tidaklah termasuk dalam mengumpat yang diharamkan.
Orang munafiq sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam dan penganutnya. Kerana itu kita mesti sentiasa berwaspada dengan mereka.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَتْ هِنْدُ امْرَأَةُ أبِيْ سُفْيَانَ للنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِيْنِيْ مَا يَكْفِيْنِيْ وَوَلَدِي إِلَّا مَا أَخَذْتُ مِنْهُ وَهُوَ لَا يَعْلَمُ. فَقَالَ: خُذِيْ مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
1536/5 – Daripada Ai’syah r.a. katanya: Hindun (isteri Abu Sufyan) memberitahu Rasulullah s.a.w. (dengan katanya): Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang yang bakhil dan dia tidak memberi kepadaku (nafkah) yang mencukupi untuk aku dan anakku, melainkan (yang mencukupkan daku ialah) aku mengambil daripadanya (hartanya) sedangkan dia tidak tahu. Baginda bersabda: Ambillah daripadanya (hartanya) yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan baik (tidak berlebihan dan tidak juga terlalu sempit).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran Daripada Hadis
- Harus menceritakan hal suami atau isteri dalam bertanyakan hukum atau jalan penyelesaian.
- Harus bagi isteri untuk mengambil haknya daripada suaminya jika haknya tidak diberi sekalipun dengan tidak keizinan suaminya.
- Tidak harus bagi isteri mengambil wang dan harta suami sewenang-wenang, yang diharuskan mengambil tanpa izin itu hanyalah sekadar keperluan.
- Suami hendaklah membelanjakan hartanya dengan baik untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak dan janganlah terlalu kedekut sehingga menyusahkan mereka

Sumber

Jumaat, 27 September 2013

Rahsia Di Sebalik Senyuman


 

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’.

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.

Sumber

Khamis, 26 September 2013

Rahsia Garam Laut Mati



Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.

Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.
 
Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.
 Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.

Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

Perakam Tenaga Bunyi
Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keracunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.

Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.

Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.

Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.

Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.

Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan dengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.

Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.

Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.

Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.

Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.

Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur.

Rabu, 25 September 2013

Cara Kempiskan Perut Buncit



1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Sumber

Selasa, 24 September 2013

5 Sebab Suami Berubah Kasih

SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.

Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

Sumber

Isnin, 23 September 2013

7 Ragam Gangguan Tidur

GANGGUAN tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal pasti:

1. Delayed Sleep Phase Disorder – masalah ini ditandai dengan kesukaran tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi.  Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.

2. Insomnia – ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di malam hari.  Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.

3. Apnea tidur – biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat saluran pernafasan tertutu, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru.  Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk sepanjang hari.

4. Narcolepsy – merupakan gangguan neurologi yang disebabkan kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidur dan bangun setiap hari.  Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk terlebih dahulu.

5. Restless Legs Syndrome – ia merupakan sebuah gangguan tidur yang dirasakan pada kaki.  Rasa tidak selesa dan nyaman ini seperti rasa gatal dengan intensiti gerakan yang berbeza-beza, sering dirasai menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.

6. Periodic Limb Movement Disorder – penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.

7. Sleep Walking – gangguan ini merupakan keadaan yang paling parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya dilakukan ketika di waktu jaga seperti berjalan, keluar rumah dan lain-lain. Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah mereka lakukan ketika sedang tidur ini.

Sumber

Ahad, 22 September 2013

Tips Untuk Hilangkan Stress

TERDAPAT beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah:

1 )  Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2 )  Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3 )  Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4 )  Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5 )  Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6 )  Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7 )  Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8 )  Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9 )  Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10 )  Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.
Sumber

Sabtu, 21 September 2013

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Jumaat, 20 September 2013

Menahan Air Kencing


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.


"Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing," kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

"Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip," ujarnya

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

"Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif," katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

"Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk," kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.


Fakta Bahaya Tahan Kencing. menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. perkara itu mempunyai kesan yang berbeza.


Digg      
Fakta Bahaya Tahan Kencing | SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air kencing yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
11 Fakta Bahaya Tahan Kencing
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya
21 Fakta Bahaya Tahan Kencing
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.
- See more at: http://fuh.my/fakta-bahaya-tahan-kencing/#sthash.0DpMkzZ7.dpuf

Khamis, 19 September 2013

Senarai Tabiat Buruk dan Amalan Buruk yang Baik untuk kehidupan Manusia

Amalan buruk dan Tabiat Buruk Manusia

Tabiat Buruk: Gigit Kuku, Pintal Rambut, Goyangkan Peha atau Kaki

Semasa kita gelisah, kita selalu gigit kuku, pintal rambut, goyangkan peha atau kaki, atau menggerakkan anggota badan yang lain tanpa kita sedar. Pergerakan itu sebenarnya seperti senaman ringan yang boleh membakar lemak dan mengurangkan tekanan tanpa kita sedar. Penyelidikan di Kliik Mayo Rochester menunjukkan bahawa orang yang menjadi gelisah akan meningkatkan kadar metabolisma mereka dan membakar kalori sebanyak 40 peratus. Ini kerana pergerakan badan mereka meransang hormon membebasakn otak dan meningkatkan keupayaan anda untuk membakar lemak yang disimpan untuk tenaga.

Tabiat Buruk: Mulut Murai dan Suka Bergosip

Dengan berbual selama 20 minit bersama kawan akrab anda dapat mengurangkan tekanan dan rasa gelisah anda selama 4 jam seterusnya. Bagi mereka yang suka berbual perkara yang positif atau gosip positif pula dapat meningkatkan kegembiraan sebanyak 72%. Jadi tak salah untuk anda berbual dan bergosip, lebih-lebih lagi mengenai perkara yang positif mengenai orang lain.

Amalan Buruk: Makan Manisan untuk Sarapan Pagi

Kajian oleh Virginia Commonwealth University mendapati, mereka yang makan makanan manis untuk sarapan pagi seperti donat, kek ataupun tart manis dan tidak menghiraukan mengenai kalori  boleh mengurangkan berat badan mereka 3 kali lebih cepat dari mereka yang mengamalkan makan bijirin pada waktu pagi.

Tabiat Buruk: Buat-buat Sibuk dan Pura-pura Penat

Lebih dari 75 peratus wanita yang menangguhkan kerja mereka sekali sekala dan 1 dari 4 orang menanggungkan kerja mereka setiap hari dan berehat sebentar sebenarnya  agak baik untuk kesihatan mereka. Pakar dari Germany’s University Medical Center Hamburg-Eppendorf mencadangkan dengan berehat sebentar dari membuat kerja yang memberikan tekanan kepada anda dapat mengurangkan rasa sakit badan dan kepala.

Tabiat Buruk: Gila SMS, Whatsapp dan BBM

Menurut kajian California’s Loma Linda University, jika anda selalu berhubungan dengan kawan-kawan melalui khidmat pesanan ringkas membantu hampir 100% mereka yang menghadapi tekanan dan rasa sedih. Sebabnya? Hubungan sosial yang kuat akan dapat meningkatkan hormon antidepresi seperti serotonin dan dopamine. Tetapi jangan pula anda text and drive. Itu tak membawa apa-apa manfaat pun pada anda, malahan membahayakan anda pula.

Amalan Buruk: Ketagih Kopi

Kafein sebenarnya membantu peredaran gula dalam darah ke otot dan sel otak dan mengurangkan 50% risiko terkena penyakit prediabetes.

Amalan Buruk: Makan Coklat

Coklat merupakan makanan kegemaran manusia di serata dunia dan jika anda memakan dark chocolate sebanyak 2 aun setiap hari, anda dapat mengurangkan risiko terkena masalah arteri tersumbat sebanyak 14% dan meningkatkan peredaran darah ke jantung sebanyak 48% dan coklat juga mempunyai bahan antioksida.

Amalan Buruk: Makan kuning telur

Pernah tak dengar kajian dari Kanada bahawa makan kuning telur sama je teruk seperti merokok? Tapi jika anda makan telur 15 biji sehari tanpa bersenam, itu mungkin akan membahayakan anda. Penyelidik dari University Of Texas mendapati bahawa kuning telur dipenuhi dengan bahan antioksidan dan boleh mengurangkan penyakit kataraks dan buta sebanyak 40%.

Tabiat Buruk: Malas bersenam

Bagi mereka yang sudah bekerja, memang tiada masa untuk bersenam, Amat sukar utak amalkan bersenam setiap hari. Tetapi mengikut kajian dari Louisiana State University, bersenam tidak semestinya dapat menurunkan berat. Menurut kajian jika anda membuat senaman ringan dalam jangka masa yang pendek dan berulang-ulang, ia lebih membantu dalam menurunkan berat badan anda.

Amalan Buruk: Minum Susu Penuh Krim

Jika anda bukan penggemar susu tanpa lemak atau keju kurang lemak, ini ada berita baik untuk anda. Kajian dari Harvard mendapati, di dalam bahan makanan tenusu penuh lemak, ada asid lemak yang dapat membantu otot badan anda membakar gula dalam darah dengan lebih cepat dan mereka yang mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi mampu mengurangkan  60% risiko terkena penyakit diabetes.

Rabu, 18 September 2013

Tagisan Bayi Ketika Lahir Menurut Islam

Sememangnya menjadi kepastian setiap bayi yang lahir menangis, melainkan bayi itu lahir tanpa roh, tiada nyawa atau telah meninggal dari dalam kandungan lagi. Namun tahukah anda Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir dan Mengapa Bayi Muslim diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya sejurus kelahiran. Setiap perintah dan kejadian itu ada sebabnya dan terjadinya begitu adalah ihsan dari Allah untuk makhluk ciptaannya. Berikut ialah Pandangan Islam Mengapa Bayi Menangis Ketika Lahir.

Tagisan Bayi Ketika Lahir Menurut Islam

Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..” 
 HR. Ad-Darami
 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;
"Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali di pegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya."
Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam"
Menurut Jamal Abdurrahman dalam bukunya "Cara Nabi Menyiapkan Generasi" mengatakan bahawa;
"Azan berfungsi sebagai tikaman balik kepada syaitan yang selalu berusaha menyesatkan manusia"
Jelaslah syaitan itu telah mengikut setiap ibu yang hampir melahirkan dan menunggu saat kelahiran itu untuk mula menghasut anak adam itu disaat pertama kali mereka melihat cahaya dunia. Maka saat diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya, selain manfaat azan agar bunyian pertama yang didengar bayi  adalah lafaz-lafaz Ilahinanti, syaitan juga pasti menjauhi bayi tersebut. Semoga mereka menjadi manusia yang soleh dan selalu ingat akan Allah. Insyaallah

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab  

Selasa, 17 September 2013

Fakta menarik disebalik warna biru yang jarang diketahui

Fakta Menarik disebalik Warna Biru

Satu kajian membuktikan bahawa seorang atlet pengangkat berat dapat mengangkat beban yang lebih berat sekiranya berada di gymnasium yang berwarna biru.

Dalam kebudayaan Rom dahulu, warna biru digunakan oleh pihak yang bekerja sebagai penguatkuasa masyarakat atau pihak berwajib. Maka, hingga hari ini, warna biru telah digunakan sebagai warna rasmi kebanyakan polis di seluruh dunia.

Biru juga melambangkan sistem surat menyurat yang menggunakan perhubungan udara air mail dan Angkatan Laut Navy.

Menurut satu kaji selidik, membuktikan bahawa biru adalah produk warna sweeter wanita yang paling laris dijual. Ia kerana kebanyakan wanita berfikir sweeter biru akan menarik minat lelaki.

Menurut bancian, warna yang paling banyak disukai lelaki ialah biru.

Biru adalah warna umum dari berus gigi di berbagai dunia.

Nyamuk lebih tertarik untuk mendatangi warna biru berbanding dengan warna yang lain.

Blue Bird tidak boleh melihat warna biru.

Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh melihat warna biru.

Dalam sebuah kilang, warna biru bermaksud peralatan yang sedang dibaiki.

Warna biru cerah pertama kali ditetapkan di England pada tahun 1915.

Warna biru banyak digunakan di dalam pejabat, kerana kajian membuktikan seseorang akan lebih produktif dalam bilik berwarna biru.

Setelah 15 tahun produk gula-gula warna-warni Skittles di Amerika baru memutuskan untuk membuat gula-gula warna biru.

Dalam kepercayaan tertentu biru melambangkan kemurahan syurga.

Di India biru dipercayai membawa nasib yang buruk.

Di dalam kepercayaan tradisional China, warna biru melambangkan rasa sakit.

Di UK biru menjadi lambang warna penyakit kanser testis.

Di US kotak surat pejabat pos umumnya berwarna biru.

Biru adalah warna utama, dari 3 warna utama iaitu merah, hijau dan biru.

8% daripada penduduk di seluruh dunia mempunyai warna mata biru.

Sumber: Hootoh Blog

Ahad, 15 September 2013

25 Reasons Why You Should Start Drinking Green Tea Now

Green tea has increasingly become a very popular drink worldwide because of its immensely powerful health benefits.It is extraordinarily amazing what green tea can do for your health.And if you're not drinking 3 to 4 cups of green tea today, you're definitely NOT doing your health a big favor.Here Are The 25 Reasons Why

You Should Start Drinking Green Tea Right Now:

1. Green Tea and Cancer
Green tea helps reduce the risk of cancer. The antioxidant in green tea is 100 times more effective than vitamin C and 25 times better than vitamin E. This helps your body at protecting cells from damage believed to be linked to cancer.


2. Green Tea and Heart Disease
Green tea helps prevent heart disease and stroke by lowering the level of cholesterol. Even after the heart attack, it prevents cell deaths and speeds up the recovery of heart cells.

3. Green Tea and Anti-Aging
Green tea contains antioxidant known as polyphenols which fight against free radicals. What this means it helps you fight against aging and promotes longevity.


4. Green Tea and Weight Loss
Green tea helps with your body weight loss. Green tea burns fat and boosts your metabolism rate naturally. It can help you burn up to 70 calories in just one day. That translates to 7 pounds in one year.

5. Green Tea and Skin
Antioxidant in green tea protects the skin from the harmful effects of free radicals, which cause wrinkling and skin aging. Green tea also helps fight against skin cancer.


6. Green Tea and Arthritis
Green tea can help prevent and reduce the risk of rheumatoid arthritis. Green tea has benefit for your health as it protects the cartilage by blocking the enzyme that destroys cartilage.

7. Green Tea and Bones
The very key to this is high fluoride content found in green tea. It helps keep your bones strong. If you drink green tea every day, this will help you preserve your bone density.

8. Green Tea and Cholesterol
Green tea can help lower cholesterol level. It also improves the ratio of good cholesterol to bad cholesterol, by reducing bad cholesterol level.

9. Green Tea and Obesity
Green tea prevents obesity by stopping the movement of glucose in fat cells. If you are on a healthy diet, exercise regularly and drink green tea, it is unlikely you'll be obese.

10. Green Tea and Diabetes
Green tea improves lipid and glucose metabolisms, prevents sharp increases in blood sugar level, and balances your metabolism rate.

11. Green Tea and Alzheimer's
Green tea helps boost your memory. And although there's no cure for Alzheimer's, it helps slow the process of reduced acetylcholine in the brain, which leads to Alzheimer's.

12. Green Tea and Parkinson's
Antioxidants in green tea helps prevent against cell damage in the brain, which could cause Parkinson's. People drinking green tea also are less likely to progress with Parkinson's.

13. Green Tea and Liver Disease
Green tea helps prevent transplant failure in people with liver failure. Researches showed that green tea destroys harmful free radicals in fatty livers.

14. Green Tea and High Blood Pressure
Green tea helps prevent high blood pressure. Drinking green tea helps keep your blood pressure down by repressing angiotensin, which leads to high blood pressure.

15. Green Tea and Food Poisoning
Catechin found in green tea can kill bacteria which causes food poisoning and kills the toxins produced by those bacteria.

16. Green Tea and Blood Sugar
Blood sugar tends to increase with age, but polyphenols and polysaccharides in green tea help lower your blood sugar level.

17. Green Tea and Immunity
Polyphenols and flavenoids found in green tea help boost your immune system, making your health stronger in fighting against infections.

18. Green Tea and Cold and Flu
Green tea prevents you from getting a cold or flu. Vitamin C in green tea helps you treat the flu and the common cold.

19. Green Tea and Asthma
Theophylline in green tea relaxes the muscles which support the bronchial tubes, reducing the severity of asthma.

20. Green Tea and Ear Infection
Green tea helps with ear infection problem. For natural ear cleaning, soak a cotton ball in green tea and clean the infected ear.

21. Green Tea and Herpes
Green tea increases the effectiveness of topical interferon treatment of herpes. First green tea compress is applied, and then let the skin dry before the interferon treatment.

22. Green Tea and Tooth Decay
Green tea destroys bacteria and viruses that cause many dental diseases.It also slows the growth of bacteria which leads to bad breath.

23. Green Tea and Stress
L-theanine, which is a kind of amino acids in green tea, can help relieve stress and anxiety.

24. Green Tea and Allergies
EGCG found in green tea relieves allergies. So, if you have allergies, you should really consider drinking green tea.

25. Green Tea and HIV
Scientists in Japan have found that EGCG (Epigallocatechin Gallate) in green tea can stop HIV from binding to healthy immune cells.

Sabtu, 14 September 2013

6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Jumaat, 13 September 2013

10 golongan manusia di Siratul Mustaqim

UMAT MUHAMMAD DISERU DI TITIAN SIRAT
Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.” Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
*Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 “Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati”.
WALLAHUALAM.

Khamis, 12 September 2013

10 Tanda-Tanda Hati Kita Mati


Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
ثُمَّ قَسَت قُلوبُكُم مِن بَعدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالحِجارَةِ أَو أَشَدُّ قَسوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الحِجارَةِ لَما يَتَفَجَّرُ مِنهُ الأَنهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنها لَما يَشَّقَّقُ فَيَخرُجُ مِنهُ الماءُ ۚ وَإِنَّ مِنها لَما يَهبِطُ مِن خَشيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ
“Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Baqarah ayat 74)

KENAPA HATI MATI?

Hati mati disebabkan perkara berikut:
1. Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.Allah berfirman bermaksud:
فَوَيلٌ لِلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِن ذِكرِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah al-Zumar ayat 22)
2. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:
الَّذينَ ءامَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
“Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah al-Ra’d ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud:
يَومَ لا يَنفَعُ مالٌ وَلا بَنونَ
“Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan,
إِلّا مَن أَتَى اللَّهَ بِقَلبٍ سَليمٍ
kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.”
(Surah Ash-Shu’ara ayat 88-89)
Posted @ www.isuhangat.net.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...