Sabtu, 30 November 2013

Layari Laman Sosial 3 Jam Sehari Boleh Jejas Mental

Musim cuti sekolah sudah pun bermula. Ada diantara anak-anak yang telah merancang jadual untuk bercuti bersama keluarga.

Tidak kurang juga ada yang hanya duduk di rumah memandangkan ibu bapa sibuk bekerja.

Bagi mereka yang tidak ada sebarang aktiviti untuk dilakukan, ramai yang mengambil jalan dengan hanya duduk di depan gajet masing-masing sambil melayari internet.

Tetapi tahukah anda pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial selama tiga hingga tujuh jam sehari berkemungkinan menghidap kemurungan pada masa depan?

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan.

Golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat.

Khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

Jumaat, 29 November 2013

Rahmat menjadi Wanita ISLAM‏



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh..

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan..

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan;


Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam. .


Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Rabu, 27 November 2013

Apa Itu Istidraj‏?




Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya
merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih
dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa
sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,
hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Selasa, 26 November 2013

Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?



Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan? Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.

Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah
.

Isnin, 25 November 2013

Terlalu lama‏



1. Terlalu lama. berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk -
merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan -
merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi
tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat -
merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
5. Terlalu banyak tidur -
merosakkan tenaga.. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira -
merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
7. Terlalu kerap marah -
merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir -
merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih -
merosakkan jantung.

10.. Terlalu merana -
merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut -
merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh
mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut -
merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan -
merosakkan pe ncernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
14. Terlalu banyak minum minuman berais -
merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
15. Terlalu banyak masa lapang -
merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

16. Terlalu banyak baca blog - nanti bos marah. Habis tu dah x buat keje lain selain dok baca blog je. hee...he...

Ahad, 24 November 2013

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. .

dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya... .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya.

keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anakterus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. ...

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ...namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras....hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama:
berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??


Buat renungan kita bersama....

Sabtu, 23 November 2013

Penawar


Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita .

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.

Jumaat, 22 November 2013

Muslim's Yoga



Interestingly, for the millions of people enrolled in yoga classes, the Islamic form of prayer has provided Muslims for fourteen centuries with some of yoga’s same (and even superior) benefits. This simple form of “yoga” offers physical, mental, and spiritual benefits five times a day as Muslims assume certain positions while reciting Qur’an and athkar (remembrances).

If you’re interested, read further…

The Muslim prayer has five positions, and they all have a corresponding relationship with our spiritual and mental well being, according to modern scientific research.

The Takbir and Al Qiyyam (mountain pose in Yoga) - found to improve posture, balance, and self-awareness. Normalizes blood pressure, breathing, thus providing many benefits to asthma heart patients.
Placement of hands on the chest during the Qiyyam position - activates the nerve pathway, which directs our awareness of self in the world and controls the health of the muscular system, skin, intestines, liver, pancreas, gallbladder and eyes.

When the hands are held open for du’a, they activate the heart ; center of the feelings of love, harmony, and peace, and to control love and compassion. It also governs the health of the heart, lungs, thymus, immune system, and circulatory system.

When Muslims recite the Qur’an, old thoughts, feelings, fears and guilt are released or healed, and blood pressure and stress levels are reduced. Some specific sounds, in fact, correspond to major organs in the body. Vibrations made when pronouncing the long vowels, 'A', 'E' and 'U,' stimulated the heart, lungs, and the thyroid, pineal, pituitary, and adrenal glands.
The position of Ruku (forward bend) stretches the muscles of the lower back, thighs, legs and calves, and allows blood to be pumped down into the upper torso. It tones the muscles of the stomach, abdomen, and kidneys. Forming a right angle allows the stomach muscles to develop, and prevents flabbiness in the mid-section.

It also promotes a greater flow of blood into the upper regions of body – particularly to the head, eyes, ears, nose, brain, and lungs – allowing mental toxins to be released.

The Sujud - activates the person’s spiritual connection with the universe around them and their enthusiasm for spiritual pursuits. This nerve pathway is also correlated to the health of the brain, nervous system, and pineal gland. Controls basic human survival instincts and provides essential grounding. This helps to develop levelheaded and positive thinking along with a highly motivated view of life, and maintains the health of the lymph and skeletal systems, the prostate, bladder, and the adrenal glands.

The position of Al Qaadah) -(Thunderbolt Pose in yoga), which firms the toes, knees, thighs, and legs. good for those prone to excessive sleep, and those who like to keep long hours. Furthermore, this position assists in speedy digestion, aids the detoxification of the liver, and stimulates peristaltic action in the large intestine.

Last, but not least, the by turning the head towards first the right and then the left shoulder in the closing of the prayer - This nerve path is linked to the throat, neck, arms, hands, bronchials, and hearing – effecting individual creativity and communication

Khamis, 21 November 2013

Bahaya pinggan-mangkuk daripada MELAMINE‏

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate.
Bahan ini akan membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.


Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.


Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/NewsBreak/20080915125202/Article/index_html

Melamine plates a health hazard

http://archive.gulfnews.com/articles/07/05/14/10125274.html

FDA: Melamine found in baby formula made in China

http://www.usatoday.com/money/industries/food/2008-09-11-tainted-formula_N.htm

Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed

http://www.fda.gov/oc/opacom/hottopics/petfood.html

Rabu, 20 November 2013

6 cara bagaimana untuk disayangi

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, panduan mengenai 6 cara bagaimana untuk membuatkan kita disukai orang lain. Sama-samalah kita praktikkan tips ini untuk mendapat manfaatnya.
1- SUKA PADA ORANG LAIN
Syarat pertama dan utama untuk anda disukai orang ialah ANDA MESTI SUKA PADA ORANG LAIN dulu. Anda seharusnya mempunyai perasaan minat dan suka pada orang lain dengan ikhlas. Kalau anda tak suka pada orang lain, mana mungkin anda akan disukai oleh orang lain pula?
2- SENYUM
Senyumlah sentiasa. Semua orang suka pada orang yang murah senyumannya. Senyumlah dari hati. Walaupun muka/wajah anda tak hensem, tapi kalau anda senyum, pasti nampak lebih manis dan menarik. Jadi, banyakklah senyum kerana senyum itu sedekah.
3- INGAT NAMA ORANG LAIN dan UCAPKAN NAMA ITU DENGAN NADA YANG PALING BAIK.
Semua orang suka kalau namanya diingati. Cuba bayangkan kalau ada kawan anda yang tidak mengingati nama anda. Apa perasaan anda? Jadi, sila ingat betul2 nama seseorang jika ingin disukai. Dan kalau boleh, ingat nama panggilan yang paling disukainya dan sebutlah nama tersebut dengan panggilan paling baik dan mesra.
4- JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Jadilah pendengar yang baik lagi setia kalau mahu diri anda disukai. Pokoknya, bagaimana mahu menjadi pendengar yang setia?? Senang saja, kurangkan bercakap tentang diri sendiri sebaliknya banyakkan memberi peluang kepada orang lain untuk bercerita tentang diri mereka. Tanya soalan dan beri dorongan kepada orang lain supaya mereka seronok bercerita tentang kisah2 dan pengalaman mereka.
5- BERCAKAP HANYA PADA TOPIK/ISU YANG MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN
Kalau anda suka bercerita dan bercakap, pastikan anda hanya bercakap tentang perkara2 yang disukai/diminati oleh orang lain. Kalau mereka minat politik, cakap hanya pasal politik. Kalau mereka minat pasal bola, cakaplah pasal bola. Jangan banyak bercakap pasal apa yang anda minat. Kalau anda hanya suka bercakap pasal perkara yang anda minat, pasti orang lain akan berasa jemu dan bosan dengan anda. Jadi ingat! Hanya bercakap tentang perkara2 yang orang lain minat.
6- BUATKAN ORANG LAIN RASA DIRI MEREKA ITU SANGAT PENTING DAN DIHARGAI
Kalau boleh cuba buatkan orang lain berasa bahawa diri mereka itu sangat penting pada anda. Dan anda sangat menghargai diri mereka. Buatlah mereka berasa sedemikan DENGAN IKHLAS. Tunjukkan keihkhlasan anda pada mereka. Hormati dan hargailah mereka seadanya.

Selasa, 19 November 2013

7 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN


ARTIKEL DALAM MAJALAH AL ISLAM FEBRUARI 2012
-----------------------------------------------------------------------------------------
7 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN
Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail
Perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan 56% rakyat Malaysia menggunakan PTK sebagai alternatif kepada perubatan moden. Manakala kajian oleh World Health Organisation (WHO) pula menunjukkan 80% daripada populasi negara membangun dan 65% populasi negara maju bergantung kepada PTK untuk perkhidmatan kesihatan mereka. Maka tidak hairanlah banyak pusat-pusat rawatan alternatif wujud ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Malangnya, dalam keghairahan menawarkan khidmat PTK ini, terdapat segelintir pengamal perubatan Islam menggunakan kaedah yang bertentangan syara’. Antaranya ialah menggunakan khidmat makhluk halus dari kalangan jin, sama ada sebagai khadam, pendamping atau sahabat dalam proses merawat pesakit. Mereka mendakwa, jin yang digunakan adalah jin Islam dan hukumnya harus. Dakwaan sebegini bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah boleh membawa kemudaratan yang lebih besar. Jika dikaji, ada 7 sebab utama kenapa Islam tidak membenarkan penganutnya menggunakan khidmat makhluk ini, khususnya dalam merawat penyakit.
Hujah Pertama: Kemudaratan yang Timbul Akibat Meminta Tolong Jin
Allah SWT telah mengingatkan manusia tentang akibat yang akan menimpa mereka sekiranya meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk jin. FirmanNya dalam surah Al-Jin ayat 6:”Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab Al-bayān al-mubīn fi Akhbār al-jinni wa al-shayāṭin, halaman 58, jin dan syaitan yang dijadikan sekutu atau sahabat akan berasa bangga apabila diminta tolong dan mereka akan segera datang. Jin dan syaitan sangat mengetahui bahawa manusia itu lebih mulia dan lebih berkuasa dari mereka. Maka apabila manusia tunduk kepada jin dan meminta perlindungan dari mereka, ianya ibarat seorang raja yang melutut di kaki seorang hamba untuk meminta ditunaikan hajatnya.
Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah SWT memberi amaran bahawa azab neraka bakal menimpa orang-orang yang bersahabat dan meminta bantuan dari jin melalui firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 128: ”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat pertolongan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah".
Hujah Kedua: Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak pernah meminta pertolongan jin
Dalam sirah Nabi Muhammad SAW dan sirah para sahabat Baginda, tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah meminta pertolongan dari kalangan jin. Apatah lagi menggunakan jin bagi tujuan rawatan mahupun dalam kehidupan harian sebagai manusia biasa. Menurut Imam Al-Alusi dalam tafsirnya, jilid ke 19, halaman 83, terdapat 6 pertemuan antara jin dan Nabi SAW atas urusan dakwah dan penyampaian ilmu. Tiada langsung unsur meminta bantuan bagi urusan duniawi atau merawat pesakit. Hatta bagi menghadapi peperangan pun, Nabi SAW sendiri tidak pernah meminta bantuan dari malaikat, apatah lagi dari jin. Bala tentera malaikat turun membantu tentera Islam atas arahan Allah SWT, bukannya atas permintaan Nabi.
Hujah Ketiga: Melihat dan Menguasai jin adalah salah satu mukjizat khusus untuk para Nabi dan Rasul
Manusia biasa tidak mungkin boleh melihat jin dalam bentuk yang asal, apatah lagi menguasainya. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al A’raf, ayat ke 27: “Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”. Imam Syafi’i r.a., sebagaimana yang dipetik dalam Kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali dia seorang Nabi. Memang ada ulama’ yang mengatakan kemungkinan melihat jin itu ada, tetapi bukan dalam rupanya yang asal, sebaliknya dalam jelmaan seperti ular atau anjing. Keupayaan melihat dan menguasai jin merupakan satu keistimewaan dan juga mukjizat yang dikhususkan kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kebolehan menguasai jin dan syaitan. Kebolehan ini tidak diberikan kepada mana-mana manusia sesudah Baginda sebagaimana doa Baginda dalam surah Ar Shad ayat 35: ”Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi”.
Namun, kebolehan Nabi Sulaiman memerintah jin telah dijadikan dalil oleh syaitan untuk mengharuskan manusia lain untuk berbuat demikian. Maka, timbullah dakwaan dari para perawat kononnya mereka boleh menangkap, memenjara serta menyembelih jin. Bagi menolak dakwaan batil seperti ini, Imam Muslim meriwayatkan satu hadis dalam kitab Shahihnya: “Satu ketika ketika Rasulullah hendak bersolat, tiba-tiba syaitan datang mengganggu Baginda. Lalu Baginda berjaya menangkapnya dan dicekik leher syaitan sehingga Baginda dapat merasa sejuk lelehan liurnya. Lalu Baginda bersabda: “Kalau bukan kerana aku teringat doa saudaraku Sulaiman (yang berdoa agar Allah tidak memberikan lagi kerajaan dan kebolehan menguasai jin atau syaitan kepada selainnya-rujuk ayat 35 surah Sad) pasti akan ku ikat syaitan itu pada tiang masjid supaya menjadi mainan kanak-kanak di Madinah.” Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW dikurniakan kebolehan untuk melihat, menangkap dan merantai jin. Akan tetapi, Baginda SAW menghormati doa dan permintaan Nabi Allah Sulaiman a.s. Justeru, sayugia kita sebagai umatnya turut mengikuti contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, perbuatan menangkap dan mengurung jin jelas bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Sekiranya orang yang mempunyai kebolehan tersebut bukannya seorang Nabi, berkemungkinan beliau melakukan istidraj (perkara luarbiasa yang terhasil melalui tipudaya syaitan) tanpa beliau sedari.
Hujah Keempat: Tipu daya jin sangat licik
Makhluk jin adalah makhluk yang penuh tipu daya dan helah. Jin-jin yang menjadi pengikut syaitan akan menggunakan pelbagai cara, sama ada halus atau kasar bagi tujuan menyesatkan manusia. Allah mengingatkan hal ini melalui firmanNya dalam surah Al A’raf, ayat 16-17: “Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) telah menyesatkan aku, maka aku akan menghalang anak-anak Adam dari melalui jalanMu yang benar. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati melainkan hanya sedikit sahaja dari mereka yang bersyukur.
Jika dilihat kepada sejarah, Nabi Sulaiman a.s., yang diberikan kebolehan untuk menguasai jin dan syaitan, juga pernah diperdaya oleh jin bernama Sokhel sehingga Baginda hilang kerajaan selama 40 hari 40 malam. Begitu juga dengan kisah Abu Hurairah r.a. yang telah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga stor yang menempatkan kurma zakat. Stor tersebut telah diceroboh oleh makhluk jin selama 3 malam berturut-turut. Setiap kali ditangkap, jin tersebut mencipta pelbagai helah dan memberikan pelbagai janji palsu. Akhirnya apabila ditangkap kali ketiga, jin tersebut dapat juga meloloskan diri setelah mengajarkan Abu Hurairah satu ayat yang dapat menghalangnya dari memasuki stor tersebut. Kisah di atas diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya, kitab Al-Wakalah, hadis no. 2311. Ini menunjukkan bahawa makhluk jin dan syaitan mempunyai seribu helah dan tipu daya yang licik serta seringkali menggunakannnya untuk memperbodohkan manusia. Kalau kita manusia biasa yang bukan bertaraf Nabi mahupun sahabat, sudah tentu lebih mudah untuk ditipunya.
Hujah Kelima: Hanya orang jahil bersahabat dengan jin
Para ulama-ulama turut melarang sebarang persahabatan dan perjanjian dengan makhluk jin dan menganggap itu adalah perbuatan orang jahil. Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani menegaskan di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekutu dengan jin itu sangat keji. Beliau mengatakan: “Barangsiapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin berbanding bersahabat dengan para ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana menjadi tabiat jin untuk berlebih-lebih dalam perbuatan dan perkataannya, dan selalu berdusta sebagaimana tabiat orang fasik. Maka orang yang berakal harus mengelakkan diri dari bersahabat dan bersekutu dengan jin, sepertimana dia perlu mengelak dari bersahabat dan bersekutu dengan manusia yang fasik.” Beliau menambah lagi : “Aku tidak pernah melihat seseorang yang bersahabat dengan jin itu mendapat kebaikan, kerana asal kejadian jin itu dari api dan api itu sangat banyak geraknya, maka perbuatan dan perkataan orang itu hanya berlebih-lebihan.”
Syeikh Muhyiddin Ibnu al-Arabi turut menegaskan perkara ini di dalam kitabnya al-Futuhat: “Adapun orang yang bersahabat dengan jin itu tiada beroleh ilmu Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya. Dan terkadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara (ghaib) yang dikhabarkan oleh jin itu itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil”. Tambah beliau lagi: “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang bersahabat dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
Hujah Keenam: Jin tidak akan rela melakukan kerja-kerja khadam
Bagi mereka yang mendakwa jin yang digunakan adalah khadam yang dikuasainya, maka sesungguhnya orang tersebut telah tertipu dengan helah jin. Seorang khadam ialah orang yang patuh kepada perintah tuannya dalam setiap keadaan tanpa sebarang bantahan. Malangnya, jin yang kononnya menjadi khadam ini hanya membantu dalam perubatan sahaja. Selalunya dengan menampilkan perkara-perkara ajaib seperti memberitahu lokasi barang hilang, scan penyakit, mengubati pesakit dari jarak jauh, membongkar isi hati pesakit. Sekiranya khadam jin ini disuruh melakukan kerja-kerja harian sebagai khadam seperti membersih rumah, membasuh pakaian, memasak, menjaga anak, membeli barangan di pasar, membasuh kereta, nescaya mereka tidak akan melakukan. Bagi mereka, pekerjaan tersebut adalah suatu yang menghinakan. Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam surah Saba ayat 14: “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan.” Ayat ini menunjukkan bahawa khidmat yang diberikan oleh makhluk jin dan syaitan kepada Nabi Sulaiman adalah dalam keadaan terpaksa. Apabila nabi Sulaiman wafat, mereka merasakan mereka baru terlepas dari perhambaan yang menyeksa lagi menghinakan. Jika suruhan Nabi sulaiman pun mereka buat dalam keadaan terpaksa, apa lagi suruhan manusia biasa. Tanpa disedari, manusia pula yang menjadi khadam kepada jin tersebut kerana menuruti segala kehendak dan syarat jin itu.
Hujah ketujuh: Bersahabat dengan jin adalah evolusi kepada upacara menurun
Penggunaan jin dalam rawatan adalah bentuk satu fotokopi kepada ’upacara menurun’ dalam bentuk moden. Kaedah ini sebenarnya sama sahaja dengan kaedah merawat menerusi resapan mahkluk tersebut ke dalam tubuh perawat seperti dalam upacara tok bageh, main putri, ulek mayang dan sebagainya. Apabila umat Islam telah menyedari kaedah resapan roh menyalahi ajaran Islam, maka syaitan memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan jin sebagai sahabat. Melalui strategi baru ini, makhluk tersebut tidak lagi meresap masuk ke dalam tubuh perawat, sebaliknya mengilhamkan sesuatu melalui bisikan, memperlihatkan sesuatu yang terselindung dan yang ghaib dari pandangan, serta pelbagai lagi perkara-perkara luar biasa. Kehebatan yang ditunjukkan ini menyebabkan orang di sekeliling menganggapnya sebagai wali yang keramat. Sebenarnya, kedudukan jin yang menyampaikan maklumat kepada pengamal melalui bisikan atau ilham ini adalah sama dengan kedudukan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al An’am ayat 112: ”Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan yang terdiri dari kalangan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."
Oleh itu, para pembaca harus berhati-hati dan jangan tertipu dengan helah makhluk ini. Walaupun apa yang ditampilkan kelihatan sangat baik, kita tidak seharusnya menjadikan mereka sebagai sahabat. Jika difikirkan, manusia yang mempunyai jasad fizikal yang dapat dilihat secara kasar ini pun banyak melakukan penipuan, apatah lagi jin yang langsung tidak dapat dilihat. Bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada permainan licik syaitan, maka umat Islam diseru menjauhkan diri dari bersahabat dengan makhluk ini. Allah SWT berfirman dalam surah Fathir ayat 6:“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Cadangan penyelesaian
Bagi memastikan umat Islam tidak terus diperdayakan oleh makhluk jin, maka insititusi-institusi pentadbiran dan perundangan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan-jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) perlu mengambil langkah bagi memberi kesedaran kepada pengamal rawatan alternatif Islam tentang tipu daya dalam dunia perubatan, sama ada melalui penganjuran kursus, seminar dan juga sebaran am. Ini kerana ada sebahagian perawat menyangka apa yang mereka amalkan tidak salah dan bertepatan dengan ajaran Islam.
Selain itu, dicadangkan juga agar sijil tauliah Amalan Perubatan Islam dijadikan sebagai syarat kepada pusat rawatan Islam yang ingin menjalankan rawatan Islam. Pensijilan ini adalah salah satu bentuk pemantauan oleh pihak berkuasa bagi memastikan ianya tidak menyeleweng dari syariat Islam. Ketiadaan pemantauan ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh menjalankan rawatan dan mendakwa rawatannya adalah rawatan Islam. Melalui cara ini, kaedah yang digunakan oleh pusat rawatan tersebut akan dinilai dan ditelitikan sebelum sijil tauliah dikeluarkan. Hasilnya, masyarakat akan merasa lebih yakin dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan akidah mereka. Sekiranya perubatan moden mensyaratkan para doktor untuk memiliki sijil amalan, maka peraturan-peraturan tersebut juga patut digunapakai kepada perawat-perawat alternatif. Dengan usaha ini, diharap taktik syaitan untuk memperdaya anak Adam melalui perubatan yang terseleweng dapat dipatahkan.

Isnin, 18 November 2013

10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri



Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Maka, Admin pada kali ini ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.

1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)

2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Ahad, 17 November 2013

Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Jarang Temui

Malaysia merupakan sebuah negara yang subur, kaya dengan pelbagai spesis pokok buah-buahan. Kebanyakannya boleh di makan dan ada juga yang tidak boleh. Ada di antaranya mungkin tidak pernah pun anda kenali dan lihat. Berikut beberapa jenis buah-buahan yang jarang sekali anda lihat…dan mungkin juga sukar untuk di temui.
Buah Susu Kambing – Salah Satu Spesis Terung
Buah Berembang @ Gedabus
Buah Belimbing Hutan
Buah Goncaq – Rasanya masam-masam manis
Buah Melaka – Rasanya kelat dan masam
Buah Kacang Ungu
ads not by this site
Buah Durian Merah – Kurang bau dan rasanya lemak
Buah Ajaib – Buah yang amat manis rasanya
Buah Mahkota Dewa

Sabtu, 16 November 2013

Kenduri Arwah, Kesyukuran Dan Doa Selamat, Tidak Di Lakukan Oleh Nabi SAW, Adakah Kita Mesti Tinggalkan?



Nabi SAW tidak pernah melakukan (At-Tarku) Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat. Baginda juga tidak pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Bolehkah kita lakukan perkara tersebut? Kalau dilakukan juga, adakah bid’ah sesat hukumnya semua itu? (1) (2) (3)

Ijmak Ulamak Salaf dan Khalaf bahawa (At-Tark) perkara yang ditinggalkan Nabi SAW bukan merupakan sumber perundangan. Ulamak bersepakat bahawa sumber perundangan hukum itu ialah:


  1. Al-Quran
  2. Sunnah Nabi SAW malalui perbuatan, percakapan dan takrir.
  3. Ijmak Ulamak
  4. Qias
Ulamak pula berbeza pendapat di dalam sumber-sumber berikut:
  1. Kata-kata para sahabat Nabi SAW
  2. Saddu az-zari’ah (Menutup pintu kemudaratan)
  3. Perbuatan penduduk Madinah
  4. Masolih Mursalah
  5. Istihsan
  6.  Hadis dhoif dan lain-lain lagi
Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?

Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.

Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)

Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)
Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)

Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.

Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.
___________________________
[1] Soalan di ambil dari buku Senjata Mukmin Karangan Ust Muhidir Cetakan Ke-3 (Mesir)
[2] Rujukan utama masalah pertama ini adalah fatwa Darul Ifta’ Al-Misriyah, Nombor Fatwa 167. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=167#_ftn5.
[3] Tajuk ini juga pernah dijelaskan oleh As-Syeikh Al-Allamah Saiyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari di dalam risalahnya, Husnu At-Tafahhum Wa Ad-Dark Li Masalati At-Tark.
[4] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 1 hlm. 366 dan Imam Muslim jilid 4 hlm. 1910.
[5] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 2 hlm. 908 dan jilid 3 hlm. 1314.
[6] Fathul Bari, Ibnu hajar Al-Asqolani, jilid 2 hlm. 287.

Jumaat, 15 November 2013

Bertunang Bukan ”Tiket” Untuk Berdua-Duaan



Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.

Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.

Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya, ibu bapa yang ‘sporting’ dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.

Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.

Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

- Artikel iluvislam.com

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...