Selasa, 1 Oktober 2013

Mengapa Kita Tetap Perlukan Nasi?


 

SESETENGAH orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal?

Kita semua tahu bahawa nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?

Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk gemuk tetap ada.
Baiklah, di sini terdapat 3 sebab kita tetap perlukan nasi setiap hari;

1. Meningkatkan “mood”
Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.

Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.

2. Mencegah lemak
Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3 jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemak berlebihan.

3. Meningkatkan tahap ingatan
Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.
Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.

Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.

Sumber

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...