Khamis, 12 Disember 2013

Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest

Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut.

Lebih 60 juta tahun dulu, berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung. Akibatnya, satu plat terangkat ke atas, satu lagi ke bawah. Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung-gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi. Sebab itulah gunung ada di seluruh benua, diimbangkan pula dengan lembah, datarnya serta lurah disekitarnya. Ia memasak bumi dengan kekuatannya. Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi, menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya.

Allah berfirman dalam surah al – An ‘am: 88

”Engkau melihat gunung-gunung itu, engkau menyangka ia tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti jalannya awan. (Demikianlah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.“

Ternyata, apa yang dinyatakan oleh al-Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi. Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu? Baginda dianggap manusia gila!

Bukan itu sahaja, kajian-kajian sains turut membuktikan, daratan ini satu ketika dahulu bercantum, kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini.

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun. Sedangkan, lebih 5 juta tahun lalu, Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah.

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika. Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan-penemuan sains serta geologi ini membuktikan al-Quran itu benar, sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya?

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...