Khamis, 20 Februari 2014

5 Fungsi Terbina Pada Peranti Android Yang Tidak Digunakan Ramai

Blog amanz.my
Pada hari ini, boleh dikatakan majoriti daripada rakyat Malaysia menggunakan peranti berasaskan Android. Secara kasarnya, Android digunakan pada peranti keluarga Samsung Galaxy, Sony Xperia, HTC One, HTC Desire, dan pelbagai peranti dari syarikat lain termasuk Huawei, Alcatel, Motorola, Lenovo dan sebagainya.
Namun, boleh dikatakan ramai pengguna tidak menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang ditawarkan dan didatangkan terbina pada peranti Android mereka. Berikut merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada peranti Android, dan boleh digunakan anda bermula hari ini;
 
Sokongan Kabel OTG
Kabel OTG
Peranti yang menggunakan Android 3.1 dan terkini hadir dengan sokongan kabel OTG. Jadi, apakah itu kabel OTG? Kabel OTG merupakan kabel yang hadir dengan sambungan mikro-USB dan perumah USB.
Menggunakannya, pengguna boleh menghubungkan mikro-USB ke peranti Android mereka, dan kemudiannya menghubungkan peranti USB lain menggunakan penyambung perumah USB yang disediakan.
Kabel OTG
Kabel OTG ini dijual pada harga sekitar RM10 (mungkin terdapat lebih murah). Antara fungsi utama yang kami dapati boleh digunakan menggunakan kabel OTG adalah termasuk untuk sambungkan storan USB (PenDrive, thumbdrive dan sebagainya), menghubungkan telefon pintar lain (untuk membaca fail atau untuk pengecasan sementara) dan beberapa fungsi yang lain.

Google Now
Salah satu fungsi menarik pada Android yang kurang ditekankan oleh pengeluar peranti adalah Google Now.
Google Now boleh dikatakan sebagai pembantu peribadi maya anda. Menggunakannya, pengguna boleh mengawalnya menggunakan arahan suara dan mendapat balasan dengan lebih pantas berbanding perkhidmatan seumpamanya yang lain.
Google Now
Menariknya, selain daripada sokongan tersebut, pengguna boleh menetapkan beberapa perkara seperti lokasi tempat kerja, lokasi tempat tinggal, pasukan sukan kegemaran dan sebagainya, serta mendapat notifikasi berkenaan dengannya serta-merta.
Bagi kami, kami gemarkan integrasinya dengan Google Calendar, sekaligus mengeluarkan notifikasi dengan mengira keadaan trafik supaya kita boleh sampai ke sesuatu lokasi pada waktu yang ditetapkan.

Pemasangan Aplikasi Melalui Web
Walaupun gemar menggunakan peranti mudah-alih, namun kami lebih selesa menggunakan pelayar web untuk mencari aplikasi baru dan sebagainya.
Untuk memudahkan perkara tersebut, Google sedia memberikan kemudahan untuk memasang aplikasi terus daripada web ke peranti mudah-alih anda.
Google Play Web
Pengguna hanya perlu ke halaman Google Play Store, memilih aplikasi yang berkenaan, dan menekan butang “Pasang” pada ruangan yang disediakan. Pengguna seterusnya boleh membaca apakah kebenaran yang akan digunakan oleh sesuatu aplikasi, dan seterusnya memilih peranti yang ingin dipasang aplikasi berkenaan.

Sokongan Input Suara Bahasa Malaysia
Bermula Android 4.0, pihak Google telah menyertakan sokongan input suara dalam bahasa Malaysia.
Menggunakannya ia dilihat menyokong pelbagai jenis slanga, dan input suara ke teks dilihat berfungsi hampir 75% tanpa sebarang masalah.
Untuk mengubahnya, pengguna hanya perlu mengubah pilihan bahasa dictation kepada Bahasa Malaysia, dan menggunakannya pada peranti mereka.
 
Android Device Manager
Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan Google pada tahun lepas adalah Android Device Manager. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui lokasi semasa peranti mereka, disamping membuat beberapa kawalan seperti mengeluarkan bunyi peranti (sekiranya tidak mengetahui lokasi ia diletak), ataupun memadam data pada peranti berkenaan.
Android Device Manager

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...