Jumaat, 21 Februari 2014

Wajarkah Mengharamkan Penggunaan Cermin Gelap?


Oleh Mohammad Agus Yusoff
Ramai pengguna jalan raya merungut apabila disaman oleh JPJ kerana menggunakan cermin gelap. Mereka bertanya, untuk apa JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap sedangkan cuaca kita panas?
 



Selain itu, mereka menyatakan penggunaan cermin gelap juga memberikan banyak kelebihan seperti menjimatkan minyak kerana dapat mengurangkan penggunaan hawa dingin, pemandu dan penumpang berasa selesa dan ini boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Mengapa Cermin Gelap Dilarang di Malaysia?

Di Malaysia, mengapa pula JPJ melarang penggunaan cermin gelap ini? Apakah dengan mengharamkannya, maka boleh mengurangkan kadar kemalangan?

Rakyat tidak yakin larangan penggunaan cermin gelap boleh mengurangkan kadar kemalangan kerana ada faktor lain yang lebih signifikan seperti kualiti jalanraya yang tidak baik, garisan putih yang pudar di kebanyakan jalanraya, sikap pemandu yang cuai dan tidak sabar, serta faktor keadaan kenderaan yang tidak layak berada di atas jalan raya seperti tayar botak dan pengubahsuaian terhadap enjin.

Tidak hanya itu. Jika alasannya adalah untuk mencegah jenayah, berapa peratuskan kadar jenayah yang berlaku disebabkan oleh pengguna kereta bercermin gelap?

Dengan banyak persoalan yang ditimbulkan, rakyat mahu tahu apakah faktor utama JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap? Pertanyaan ini wajar kerana JPJ hanya membenarkan kereta kenamaan sahaja yang menggunakan cermin gelap atas alasan keselamatan. Pertanyaan mereka ialah, apakah orang kenamaan sahaja yang perlu selamat dan tidak rakyat jelata? Mengapa diamalkan peraturan double standard ini?

Peruntukan Undang-Undang Melarang Penggunaan Cermin Gelap

Sebenarnya, tidak ramai rakyat yang tahu peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan cermin gelap. Larangan tersebut diperuntukkan di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Mengikut kaedah ini, JPJ mengharamkan pemasangan cermin gelap, kecuali kepada golongan tertentu sahaja seperti Raja-raja Melayu, hakim mahkamah tinggi, pemimpin tertinggi polis dan tentera, menteri-menteri dan juga kepada golongan yang menghadapi masalah kesihatan atau dengan ancaman keselamatan.

Pun begitu, negara kita bukanlah mengharamkan sama sekali penggunaan cermin gelap. Negara kita benarkan juga, tetapi sesuai dengan peruntukan Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000.

Kaedah ini menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%. Cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Terdapat pengecualian pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Dengan peraturan yang melarang penggunaan cermin gelap dan dengan kehendak rakyat yang mahukan pemasangan cermin gelap, maka apakah tindakan terbaik JPJ? Apakah terus mengekalkan peraturan sedia ada atau mengkaji semula larangan ini?

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...