Anda pasti pernah dengar atau sering dileteri kerana selalu mandi malam kerana mandi malam dikatakan akan menyebabkan paru-paru anda masuk air? Namun sebenarnya ia tidak benar sama sekali.

Tetapi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika mandi yang boleh anda elakkan.

Mengabaikan sesetengah bahagian
Apabila anda mandi, adakah anda pasti akan membersihkan keseluruhan badan anda ? Selalunya bahagian belakang leher, celah jari kaki, tumit, dan bawah lengan antara yang selalu diabaikan.

Mandi dengan air panas terlampau lama
Mandi dengan air panas akan mendorong kepada masalah kulit kering dan untuk menambah segarkan badan selepas penat seharian, mandi dengan air sejuk akan memberi kesan yang lebih baik.

Mandi dengan sabun terlampau banyak
Buih sabun yang terlampau banyak akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Terdapat bahan yang dinamakan surfactant yang akan menarik air dan minyak semulajadi daripada kulit.

Tidak membilas badan dengan sabun sebersihnya
Bahan kimia terdapat pada sabun akan membawa kepada kerengsaan kulit. Namun terdapat juga jenis pembersihan kulit yang memang dicipta untuk memberi kelembapan pada kulit. Tetapi kalau anda menggunakan sabun mandi biasa, pastikan bilas betul-betul dengan air bersih.

Mengelap dengan tuala secara kasar
Antara tabiat yang membawa kepada rambut rosak adalah mengeringkan rambut secara kasar menggunakan dengan tuala. Begitu dengan badan anda . Jadi keringkan badan badan menggunakan tuala secara lembut , jangan secara menggosok atau terlalu kasar kerana ingin mengejar masa.

Membersihkan rambut sebagai bahagian terakhir
Bahan dalam syampu dan kondisioner boleh menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Jadi pastikan anda membersihkan bahagian muka dan badan dengan betul dan teliti selepas membersihkan rambut.

Tidak menyapu produk pelembapan
Waktu terbaik untuk meyapu losyen dan krim pelembap adalah selepas waktu mandi. Selain lebih mudah menyerap, rutin ini juga akan membantu dalam mengelakkan masalah kulit kering kerana kulit kehilangan pelelembapan semulajadi selepas mandi.

Memakai 'mask' muka selepas mandi
Mask muka sepatutnya dipakai sebelum membersihkan muka. Membersihkan muka sebelum dan selepas memakai mask akan membuatkan kulit wajah jadi kering. Produk yang mahu dipakai selepas mandi haruslah yang jenis menghidrasi dan bersifat 'mengunci' kelembapan bukan bersifat 'pembersihan'.