Isnin, 13 Oktober 2014

~Sistem Pembiakan Wanita~

Sumber kesihatan dibawah dibawakan untuk anda oleh : Halaqah.net





Wanita mempunyai sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan ovum (gamet betina) serta hormon estrogen dan progesteron.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub Fallopio, uterus, dan faraj. Ovari terdapat di bahagian bawah rongga abdomen. Setiap ovari berbentuk seperti "biji badam" tetapi saiznya adalah dua kali ganda biji badam.

Pembentukan ovum atau oogenesis berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio yang mempunyai unjuran seperti "jari" yang meliputi ovari. Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj. bahagian Berotot di antara uterus dengan faraj dikenal sebagai serviks.

Fungsi Bahagian di dalam organ pembiakan wanita.

Ovari ~ Menghasilkan ovum.

Tiub Fallopio ~ Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Persenyawaan di antara ovum dan sperma berlaku di sini.

Uterus ~ Tempat penempelan embrio dan perkembangan seterusnya.

Faraj ~ Tempat di mana sperma dilepaskan dari zakar berlaku.






MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...