Ahad, 30 November 2014

3 Teknik Hebat Merancang Kerja

1. Duduk, Tulis & Atur (DTA)
Sebelum saya memulakan apa-apa tugasan atau kerja pada setiap hari, saya akan DUDUK di meja kerja saya, kemudian saya akan TULIS kan semua kerja yang perlu saya lakukan hari tu. Dan saya akan ATUR kan semua kerja-kerja saya tu dengan sebaik mungkin. Maksud ATUR di sini ialah, saya akan memikirkan langkah-langkah atau proses yang dapat saya buat bagi menjayakan sesuatu tugasan tersebut. Saya biasanya akan mencatatkan semua tugasan saya dan apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan di atas buku nota kecil saya. Dan saya akan bawa nota kecil saya tersebut ke mana-mana saja saya pergi supaya saya dapat merujuk pada nota tersebut pada bila-bila masa saja.

2. Tentukan Priority atau Keutamaan Tugas
Saya akan pastikan setiap tugasan atau kerja yang penting, saya letakkan pada nombor teratas senarai kerja saya. Mana-mana tugasan atau perkara yang memerlukan tindakan segera, maka saya akan utamakan untuk menyelesaikannya terlebih dahulu. Saya menyenaraikan keutamaan kerja saya berdasarkan faktor tanggungjawab, jangka masa dan matlamat tugasan tersebut. Antara faktor penting yang akan saya nilai dulu ialah, yang BERBALOI (pada pandangan saya) itulah yang menjadi keutamaan saya. Ini adalah untuk kebaikan saya juga. Saya akan pastikan setiap kerja yang saya akan lakukan, akan memberikan manfaat sepenuhnya kepada saya.

3. Tentukan deadline atau `tarikh akhir` pada setiap tugasan
Saya suka untuk tentukan deadline pada setiap tugasan yang akan saya lakukan. Pada saya, kita kena tentukan berapa lamakah masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kalau kita tak tetapkan, jawabnya akan banyaklah kerja kita menjadi tertangguh. Jadi, perkara ini sangat penting sebenarnya. Sebab jika kita tidak tentukan deadline kita sendiri, maka kita akan jadi terkejar-kejar dan rasa sangat tertekan. Jangan bergantung pada deadline yang orang lain tentukan. Kitalah yang sepatutnya lebih arif tentang masa kita. Jadi kenapa nak ikut deadline yang ditentukan oleh orang lain? Sejak saya mengamalkan teknik deadline sendiri ini, saya tidak lagi terkejar-kejar dan tertekan dengan tugasan yang saya perlu selesaikan.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...