Jumaat, 31 Julai 2015

Terapi lubang hidung

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh, Insya Allah.

Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali sejuk. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan ketika bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat letih. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

Admin;
Jangan tutup kedua-dua lubang hidung hehe...

Selamat mencuba.
Wallahu’alam.

Khamis, 30 Julai 2015

Ciuman perokok boleh membunuh - Pakar

MELBOURNE - Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof. Robert Booy, Pengarah Penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children"s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.
Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof. Booy.

Pandangan Booy itu bagaimanapun dipersoalkan oleh dua pakar perubatan tempatan.
Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Respiratori, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fauzi Md. Anshar ketika dihubungi semalam menjelaskan, setakat ini tiada kajian khusus yang mengesahkan perokok membawa bakteria berbahaya.

"Bakteria meningococcus biasa terdapat dalam sistem pernafasan baik perokok atau tidak.
"Namun jika ia menjangkiti kanak-kanak yang mempunyai tahap imunisasi lemah, ia boleh mengakibatkan meningitis dan membawa maut,'' katanya.

Rabu, 29 Julai 2015

Sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah kancil putih

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak " jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonya. Dia pun jalanlah..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yang diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kata polis nie..cecah
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punya.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Selasa, 28 Julai 2015

Jalan-Jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Wallahu’alam.

Isnin, 27 Julai 2015

Durian Belanda

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guana bana ' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini:

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah:

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan: sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, di mana memperolehnya, dan bagaim anacara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Wallahu’alam.

Ahad, 26 Julai 2015

Kamu Semua Sama Saja!!

Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana di dalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, kamu semua sama saja!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... kamu semua sama saja...!"

Sabtu, 25 Julai 2015

Hidup adalah sebagaimana yang anda tentukan

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.



Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.



Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.



Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang Seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.



Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fkirkan tentang orang- orang  yang tingal dijalanan.



Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.



Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.



Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita


masih hidup....... ......... .......




..antara teman, sahabat dan kawan.

Hidup adalah sebagaimana yang anda tentukan
.

Jumaat, 24 Julai 2015

Tazkirah dari Ustaz Zahazan : Kepentingan Redha

Artikel ini saya petik daripada Majalah SOLUSI , kolum Mahmudah oleh guru yang disayangi al-Ustaz al-Muhaddis Umar Muhd Nor hafizahulLah .

KEPENTINGAN REDHA :

Kali ini saya akan bercerita tentang seorang ulama ahli hadis dan fiqh di Madinah dari kalangan tabiin. Beliau adalah ‘Urwah putera pasangan dua orang sahabat Nabi Saw yang sangat terkenal, iaitu Al-Zubeir bin Al-‘Awwam dan isterinya Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq. Sejak kecil, ‘Urwah tinggal serumah dengan adik ibunya, iaitu Aisyah binti Abu Bakar, isteri kesayangan Baginda Nabi Saw. Dan dari beliaulah ‘Urwah menimba hadis, tafsir, fiqh, faraid dan berbagai ilmu lainnya. Sehingga ketika dewasa ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuqaha Madinah (al-fuqaha al-sab’ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu. ‘Urwah bin Al-Zubeir meninggal dunia pada tahun 94 H.

Suatu hari ‘Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam. Di tengah perjalanan, ‘Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya. Tidak lama kemudian, timbul sebuah bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka. Setibanya di Syam, Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut. Tabib itu kemudian menyimpulkan bahwa luka itu sebuah infeksi yang jika tidak segera dihentikan dapat menyebar ke seluruh badan. Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran infeksi itu adalah dengan memotong kaki tersebut.

‘Urwah setuju kakinya dipotong. Tabib menyarankan agar ia meminum obat bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar ia tidak merasakan sakit, tapi ‘urwah menolak. Ia ingin tetap berada dalam kesadaran sehingga dapat mengingat Allah meski harus merasakan kepedihan yang sangat menyiksa. Akhirnya, jadilah tabib itu memotong kakinya dengan gergaji, sementara ‘Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada saat yang sama, seorang anak ‘Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami sebuah kemalangan. Seekor keledai menendangnya hingga mati. Apabila mendengar berita sedih ini, ‘Urwah tidak memberi komen apa-apa. Baru ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah, ‘Urwah terdengar berkata seperti ini, “Ya Allah, Engkau memberiku tujuh orang anak. Jika Engkau mengambil satu orang, Engkau masih meninggalkan enam lainnya. Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki). Jika Engkau mengambil salah satunya, Engkau masih meninggalkan tiga lainnya.”

Masya Allah, tokoh besar ini masih dapat menemukan alasan untuk memuji Allah meski dalam musibah yang sangat memilu hati. Kisah ini dapat anda temui dalam kitab “Wafayat Al-A’yan” karya Ibn Khillikan dan buku muridnya: Imam Al-Dzahabi yang bertajuk “Siar A’lam Al-Nubala”.

Redha kepada Allah

Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga pikiran positif, apalagi bersyukur kepada Allah, di tengah hantaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang-orang yang telah redha kepada Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu. Imam Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyairi berkata, “Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya.”

Sikap redha kepada ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat-sifat Allah Swt seperti Maha Pengasih (Al-Rahman) penyayang (Al-Rahim), Maha Bijaksana (Al-Hakim) dan Maha Mengetahui (Al-‘Alim). Ia meyakini bahwa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.

Dan karena sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meski ketentuan itu kadang terasa pahit. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Qs Al-Baqarah: 216).

Namun begitu, sikap ini bukan menganjurkan sifat malas berupaya dan penyerahan diri sepenuhnya kepada nasib. Itu adalah bisikan Iblis untuk menyesatkan akal pikiran manusia. Imam Ahmad dalam kitab “Al-Zuhd” meriwayatkan daripada Ibn Syihab Al-Zuhri katanya: Iblis bertanya kepada Nabi Isa as: “Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah?” Nabi Isa menjawab, “Benar, wahai musuh Allah.” Iblis berkata lagi, “Kalau begitu, cobalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkanlah dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati ataukah tidak?” Nabi Isa menjawab, “Wahai musuh Allah, sesungguhnya tuhan boleh menguji hamba-Nya, tapi hamba tidak boleh menguji tuhannya.”

Imam Al-Dzahabi dalam “Tazkiratul Huffaz” menceritakan ucapan seorang tokoh tabiin yang bernama Mutharif Ibn Al-Syikhir, “Seseorang tidak boleh naik ke atas bukit lalu melemparkan dirinya sendiri dan berkata: ini telah ditakdirkan Allah. Akan tetapi ia harus selalu berusaha dan berhati-hati. Jika setelah itu ia tetap tertimpa musibah, ia meyakini bahwa itu merupakan ketentuan Allah Swt.”

Maqam redha memberikan pesanan yang sangat jelas bahawa tugasan seorang hamba hanyalah merancang dan berupaya sekuat tenaga, sementara hasil dan natijah diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah Swt. Jika hasil itu baik, ia bersyukur atas anugerah Allah Swt. Dan jika hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, ia tidak pernah berputus asa. Sebaliknya, ia yakin bahwa ketentuan itu lebih baik untuknya kerana hikmah besar yang terdapat di sebalik musibah tersebut.

Syurga Dunia

Semua musibah dan kemalangan tentunya memang menyakitkan. Namun tidak ada musibah yang lebih pahit dan menyakitkan daripada musibah yang menembus ke dalam hati manusia. Musibah sekecil apapun, jika ianya ditanggapi dengan hati yang panik dan memberontak, maka musibah itu akan membesar sehingga terlalu berat untuk ditanggung. Semakin ia meratapi kemalangan tersebut, semakin sukar ia keluar daripadanya. Seorang ulama tabiin yang bernama Maimun bin Mahran pernah berkata, “Seseorang yang tidak dapat bersikap redha dengan ketentuan Allah, maka tidak ada penawar yang dapat mengobati kebodohannya.”

Dan sebaliknya, musibah sebesar apapun, jika ianya dihadapi dengan ketabahan dan lapang dada, maka ianaya akan larut di dalam keluasan hati itu ibarat setetes air kencing yang dituang ke dalam lautan luas untuk merusak kesuciannya. Tetesan najis itu tentu sahaja tidak dapat mengeruhkan lautan tersebut, malahan ianya akan larut di dalam keluasan air lautan yang suci dan mensucikan. Apabila hati berserah kepada ketentuan Allah, maka mata hati dan pikiran akan dapat dengan jernih melihat jalan keluar dari kesulitan yang dialaminya.

Bahkan jika sikap redha telah tertanam di hati, musibah akan terasa manis. Abu Bakar bin Thahir berkata, “Redha adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat di dalamnya.” Seorang ‘abidah terkenal yang bernama Rabi’ah Al-‘Adawiah pernah ditanya, “Kapankah seseorang telah mencapai maqam redha?” Ia menjawab, “Apabila ia bergembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya.”

Ucapan Rabi’ah ini terdengar agak mustahil dilakukan oleh orang-orang seperti kita. Namun hal itu tidak sukar bagi hamba-hamba Allah yang telah menanam keimanan sempurna di dalam hatinya sebagaimana kisah ‘Urwah bin Al-Zubeir di atas. Imam Al-Ghazali dalam “Ihya” menceritakan bahwa seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Imam Wasi’ bin Hibban. Ia lalu berkata, “Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu.” Wasi’ bin Hibban yang telah mencapai maqam redha menjawab, “Sejak luka ini keluar di kakiku, aku selalu bersyukur. Karena Allah Swt tidak menjadikan luka ini di dalam mataku.”

Singkat kata, orang yang memiliki sifat redha di hati akan selalu merasakan kebahagian tak terkira. Segala sesuatu yang ditemuinya di dunia ini akan terlihat begitu indah dan terasa begitu manis. Benar sekali sabda Nabi Saw, “Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang redha Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Saw sebagai rasulnya.” (HR Al-Bukhari daripada ‘Abbas bin Abdul Muthalib).

Dalam hadis riwayat Abu Dawud dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah Saw juga bersabda, “Barangsiapa yang berkata: {aku redha Allah sebagai tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad Saw sebagai nabi dan rasulku}, maka dipastikan baginya syurga.” Tidak mustahil dengan sikap redha ini ia akan merasakan syurga dunia sebelum syurga akhirat. Sebagaimana ucapan Imam Abdul Wahid bin Zaid, “Sikap redha adalah pintu (menuju) Allah yang terbesar dan syurga dunia.”


Allah Swt selalu memperlakukan kita sepertimana kita memperlakukan-Nya. Apabila seorang hamba telah redha kepada semua ketentuan-Nya, maka itu menjadi suatu pertanda bahawa Allah swt telah meredhai orang itu sebagai hamba-Nya yang berbakti. Imam Al-’Arif billah Abu Al-Qasim Al-Qusyairi berkata di dalam kitab “Risalah”-nya yang terkenal, “Ketahuilah, seseorang hamba hampir tidak mungkin redha kepada (ketentuan) Allah melainkan setelah Allah redha kepadanya. Sebab Allah Swt berfirman, “Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepadanya.” (Qs Al-Bayyinat : 8)

Namun sebaliknya kita juga harus ingat bahawa jika kita tidak meredhai apa yang telah Allah tentukan pada diri kita, samada yang berkaitan dengan bentuk tubuh kita, kondisi orang tua, pasangan atau anak kita, sifat kerjaya kita. atau perkara-perkara lain yang terdapat di dalam diri kita, maka itu pertanda bahawa kita belum menjadi hamba-hamba Allah yang memperolehi redha-Nya. Wallahu a’lam.

Khamis, 23 Julai 2015

Jadi hamba di rumah anak sendiri

PIKIRLAH.. MAK BUKAN ORANG GAJI..
BERBALOI TAK APA YANG DIBERI SETIAP BULAN DENGAN MELAYAN KERENAH SETIAP HARI PERANGAI ANAK DAN CUCU...
 
ANAK AMBIL KESEMPATAN.. MENANTU PUN SAMA NAIKKK.....

BILA LAGI ORANG TUA NAK RELAX..PIKIRLA GUNA AKAL....

 
SATU LAGI.... SUSAH SANGAT KE NAK BAGI DUIT KURANG-KURANG RM100 KAT MAK AYAH...

KALAU BOLEH BELI BAJU ANAK-ANAK...BOLEH MAKAN KFC TIAP BULAN DENGAN FAMILY...

INGAT...TANGGUNGJAWAB KITE SEBAGAI ANAK TAK KAN PUTUS!!!!!

KALAU TAK SEBAB MAK AYAH KOWANG BERKORBAN  BESAUKAN KOWANG...

TAK MIMPI LA KOWANG JADI MACAM SKANG.... ADA KERJA, ADA KELUARGA

 
SO INGAT-INGAT LAAAAAAAAAA...

HIDUP NI MACAM RODA, JANGAN PAS NI KOWANG JADI RODA BELAH BAWAH....  

Luangkan  masa...                            

KISAH ini agak berlainan sedikit. Bukan mengenai bercinta dengan isteri orang atau sebaliknya tetapi keluhan seorang ibu tentang nasib yang dikatakannya tidak sebaik nasib ibu-ibu lain.

Ada kaum wanita menempuh kepayahan hidup di awal remaja dan berubah lebih baik setelah bekerja dan berumah tangga. Ada pula yang susah ketika awal perkahwinan dan bahagia akhirnya setelah anak semakin besar. Ada juga susah di penghujung hayat. Inilah yang menyedihkan. 

''Nasib saya tidak seperti ibu-ibu di atas, boleh dikatakan hidup saya susah, tertekan jiwa, hati dan perasaan sejak saya remaja hinggalah setelah bercucu sekarang.
''Mungkin saya salah seorang ibu malang di dunia ini, namun saya taklah kesal. Ini kehendak Allah, saya reda tetapi saya kesal sikap anak menantu yang membuatkan hati saya hancur seperti kaca terhempas ke batu,''demikian cerita Puan Hamizah dalam surat pendek yang dihantarkannya dan ketika kami berbual petang Isnin lalu.

Sebenarnya sudah beberapa kali kami berbual, tetapi terputus-putus, kerana gangguan cucu menangis dan beliau takut bercakap terlalu lama di telefon bimbang anak menantu tidak dapat menghubunginya kerana telefon sedang digunakan.. Jadi kami berbual kira-kira enam minit setiap panggilan. Hinggalah saya faham perasaan hatinya yang terluka selama ini.

''Dah lama sangat saya nak luahkan isi hati saya ini, tetapi tak ada orang yang boleh saya percayai, lagipun kehidupan saya yang terkurung tidak mengizinkan saya berjumpa dengan ramai orang. Nak cakap dengan jiran takut anak terasa malu. Jadi saya simpan semuanya dalam hati.

'Tetapi apa pun kesimpulan masalah saya ini semuanya berpunca kerana kemiskinan dan kesusahan hidup saya. Kalau hidup kita miskin, anak menantu pun tak suka, malah menganggap kita menyusahkan hidup mereka sahaja.  Itulah nasib saya.
''Saya ibu tunggal, diceraikan kerana suami nak kahwin lagi, bakal isteri barunya tak mahu bermadu, jadi tinggallah saya bersama empat orang anak yang masih sekolah rendah dan dua menengah. Kerana anak pertama dan kedua perempuan agak pandai sikit dapatlah dia belajar ke sekolah menengah sains berasrama. Walaupun duduk asrama saya terpaksa hantar duit sebab belanja mereka agak tinggi, macam-macam nak dibeli.

''Saya bekerja keras untuk mencukupkan belanja mereka di samping dua lagi yang bersekolah rendah. Ayah mereka setelah menceraikan saya, nafkah anak-anak tak diberi. Nak jenguk anak pun takut isteri baru marah. Puas saya pergi pejabat dan turun naik mahkamah syariah tapi gagal dapatkan nafkah.  Buat habis duit tambang, terpaksa cuti. Akhirnya saya buat keputusan biarlah dia berseronok dengan kehidupan barunya dan jawablah di akhirat nanti.

''Ketika bercerai saya tak ada rumah, menyewa rumah kecil di kawasan dekat KL memang mudah pergi kerja, tapi sewa rumah tinggi. Selain bekerja, saya jual kain potong yang orang hantar minta saya jualkan, paling tidak, dapat juga anak-anak berganti pakaian yang mereka berikan. Biarpun terpakai tetapi masih baru senanglah berpakaian. Kalau besar saya kecilkan.

''Dengan izin Allah anak yang tua sambung belajar buat diploma dua tahun kemudian, yang kedua pula ikut sama. Harapan saya bila mereka bekerja nanti senanglah sikit hidup saya. Sayangnya saya cuma berharap, Allah yang menentukan.

''Tak sampai enam bulan bekerja dia nak kahwin. Tersentak juga rasa hati, cepat sangat anak saya laku. Walaupun saya minta dia tangguhkan dulu, sebab tak berduit buat kenduri, tetapi yang lelaki mendesak. Anak saya Izah terpaksa ikut.

''Kenduri kami ala kadar. Kata Izah, bakal suaminya tak suka buat majlis panggil ramai orang, membazir aja. Saya ikutkan memang pun saya tak berduit lagipun hantarannya tak tinggi cukup buat kenduri saja. Selesai majlis cuma dua malam menantu saya tidur di rumah, mereka terus pindah rumah lain.

''Dua hari lepas pindah, ketika saya sibuk mengira hutang belum selesai, Izah datang ke rumah bersama suaminya, bertanyakan mana set bilik pengantin sebab dia nak bawa ke rumah mereka. Izah tahu saya cuma beli katil dan tilam, almari pakaian dan almari solek pakai yang lama lagipun rumah sewa kami kecil, mana nak muat. Tetapi sebenarnya saya tak mampu nak beli semua benda itu.
''Kerana tak ada set tersebut menantu saya minta beli yang baru. Hutang lagi. Izah tak berani bantah walaupun dia tahu saya tak berduit.
Hutang lama tak selesai hutang baru bertambah. Namun dalam hati kecil saya mengharapkan kalau Izah bagi saya RM100 setiap bulan seperti sebelum dia kahwin,
mungkin hutang itu boleh saya selesaikan. Tetapi sejak Izah kahwin dia tak beri saya duit langsung.

''Waktu itu memang saya susah, mana nak bayar hutang, tiga orang anak lagi tengah belajar, seorang peringkat akhir pengajiannya, sementara seorang lagi nak ambil SPM, tetapi pada siapa saya nak mengadu, saudara-mara bukan orang  kaya, mereka pun duduk kampung harapkan anak-anak. Namun mereka masih bernasib baik daripada saya kerana ada anak-anak yang menolong. Berbanding saya."

''Kerana terdesak saya minta Izah bantu bayarkan duit periksa adiknya, tetapi kata Izah, dia tak ada duit, semua duit gajinya suaminya pegang. Kata Izah, suaminya kata, lepas kahwin dia mesti ikut perintah suami bukan emak lagi, syurga bawah tapak kaki suami. Lagipun dia nak simpan duit beli kereta baru dan rumah.

''Hendak tak nak saya terpaksa tebalkan muka pinjam pada kawan sekerja RM100 janji bayar dua bulan. Ketika Imah habis belajar saya menyimpan hajat mungkin bila dia kerja nanti dia boleh membantu saya. Imah pula lambat  dapat kerja, dia terpaksa kerja sementara di kilang, memang dia ada bantu saya cuma beberapa bulan sebelum dapat kerja yang memaksanya pindah duduk nun di selatan.
''Hati saya suka dalam duka. Gembira anak dapat kerja tapi sedih dia terpaksa tinggalkan saya. Di tempat baru dia terpaksa sewa rumah, untuk tiga bulan pertama, memang dia tak kirimkan saya duit. Sebaliknya saya meminjam bagi dia bekalan sedikit duit semasa pindah. Sekali lagi kawan jadi mangsa. Tapi saya bayar balik semuanya walaupun berdikit-dikit.

''Anak kedua pun cepat jodoh, tak sampai setahun bekerja dia kahwin orang sana . Saya buat kenduri kecil, nak panggil ramai orang kita perlu belanja besar. Asalkan mereka selamat kahwin sudah cukup. Ayah mereka datang untuk izinkan nikah. Tak ada satu sen pun dia keluarkan duit belanja.
''Kalau orang lain gembira anak perempuan mereka cepat kahwin tapi orang susah macam saya cuma tangis mengiringi mereka. Sedih dan takut apakah Imah juga ikut jejak kakaknya serahkan semua duit gajinya kepada suami. Kalau saya orang senang memang saya tak harap duit mereka, tetapi susah, merekalah harapan saya.

''Dua orang anak lelaki saya Ismail dan Ishak faham masalah saya. Ismail tolak tawaran buat diploma walaupun dia layak, dia bekerja di kilang, katanya nak tolong saya dan adiknya habiskan belajar sampai tingkatan lima .Saya menangis mengenangkan pengorbanannya, namun saya terus memujuk  supaya dia terus belajar, biarlah saya susah bekerja dan berhutang, asalkan masa depannya terjamin, tetapi dia menolak, dia terus kerja kilang.
Katanya, dia akan sambung belajar kalau ada rezeki. Tapi sampai kini dia masih kerja kilang dengan pendapatan cukup makan saja. Anak keempat saya pun berakhir dengan kerja kilang.

''Saya cukup sedih, tetapi apakan daya saya tidak ada kemampuan untuk mendesak mereka terus belajar kerana saya pun tak berduit. Ayah mereka tak ambil peduli selepas dia dapat empat orang lagi anak dengan isteri baru dan masil kecil-kecil.

''Peristiwa itu berlaku kira-kira 10 tahun lalu, kini badan saya semakin tua, sudah tak berdaya nak bekerja. Untuk menampung hidup, saya jaga anak orang yang dihantar ke rumah saya. Tetapi bila Izah tak ada pembantu, dia suruh saya duduk dengan dia jaga anak-anaknya. Sekarang dah lebih enam tahun.
''Saya rasa saya adalah pembantu rumahnya, tapi tak bergaji, dapat makan dapat tempat tidur. Tapi masalahnya saya dah berusia dekat 50 tahun, badan saya sudah tak kuat lagi. Kerana hidup susah sejak muda, saya memang kelihatan tua.
''Saya fikir bila dia ambil saya tinggal di rumahnya, dapatlah saya ke surau, buat amal ibadah dengan selesa, malangnya sembahyang tarawih pun jarang dapat pergi, di rumah aja menguruskan anak cucu.
''Bila sendirian saya selalu menangis mengenangkan nasib. Dari kecil anak saya besarkan, berhutang keliling pinggang untuk menyekolahkan mereka, tapi bila dah senang suami dia kutip hasil. Kalaulah anak saya menjaga saya, agaknya tak sampai umur saya 65 pasti saya dah mati. Cuma 15 tahun sahaja dia menjaga saya.
''Tetapi kalau dia ada umur dia akan hidup bersama suaminya lebih 42 tahun iaitu sejak 23 tahun umur dia mula bekerja hinggalah 65 tahun. Jadi apalah salahnya dia bantu hidup saya yang susah ini dan tolong anak- anaknya melanjutkan pelajaran. Memang tugas ibu membesarkan anak-anak dan  menyekolahkan mereka, dan tak boleh minta pembalasan, itu benar, tetapi saya bukan orang senang, saya susah.

''Apa yang menyedihkan saya ialah hidup dua orang anak lelaki saya sampai bila dia mesti bekerja jadi pekerja kilang. Bukan saya hina pekerja kilang, tetapi mereka pandai, mereka dapat tawaran sambung belajar ke IPTA apa salahnya kakak-kakak mereka menghulurkan bantuan kerana dia tahu saya susah dan ayahnya tak membantu dan tak pernah beri nafkah. Salahkah saya meminta bantuan?

Mengapa menantu saya terlalu berkira tentang duit dan membuat saya macam hamba abdi? Kalau saya pembantu rumah orang lain tentu dapat imbuhan tetapi duduk di rumah anak sendiri saya benar-benar terhina. Saya perlukan masa sendiri untuk membuat amal ibadah yang banyak saya tinggalkan semasa bekerja dahulu. Tetapi semuanya tersekat kerana menguruskan empat orang cucu pergi sekolah rendah, sekolah agama, tadika dan sebagainya.

''Sudahlah hidup saya susah semasa membesarkan anak-anak, dah tua begini pun saya terpaksa jaga cucu. Saya rasa terhina kerana duduk menumpang di rumah mereka. Kerana saya tidak punya apa-apa, miskin dan tak berharta saya dibuat macam hamba. Nak berbual dengan anak pun terhad, menantu sentiasa mengawasi, apa lagi kalau nak berbual dengan jiran tetangga.

''Saya amat sedih terutama bila besan atau saudara-mara menantu saya datang ke rumah, saya tunggang-langgang di dapur memasak, mereka cuma berbual dan menunggu hidangan terhidang, saya betul-betul terhina. Lagi sedih bila menantu bising fasal bil elektrik dan air meningkat.

"Sabun pencuci cepat habis pun merunsingkan fikirannya. Menantu saya terlalu berkira fasal duit. Entah bila penderitaan saya akan berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya saya tidak terlantar sakit terlalu lama sebelum mati. Kerana saya tak tahu siapa nak jaga saya nanti,'' demikian cerita Hamizah dengan nada suara tersekat-sekat.

Saya hanya tumpang sedih. Apakah zaman ini masih ada anak-anak seperti ini, Benarlah kata Hamizah, kalau diri tak berduit bukan sahaja dihina orang, anak-anak sendiri pun benci dan tak hormatkan kita. Agaknya mereka terlalu hormatkan suami kerana syurga di bawah tapak kaki suami. Ibu tak berguna lagi.

Tapi kata seorang teman, suami boleh berganti kalau jodoh dah tiada,  tapi ibu itulah satu-satunya di dunia dan akhirat. Entahlah! Tapi sayangilah ibu semasa masih ada, kerana doa ibu membawa berkat.

Selasa, 21 Julai 2015

Isnin, 20 Julai 2015

Peribahasa Moden

1. Lembu punya susu, Nestle dapat nama.

Maknanya:
Macam mana keras bekerja pun, macam mananya canggih idea kita pun,  last last, boss jugak yang dapat nama.  Apakan tidak, kat dalam management meeting, mana kita tau apa yang boss khabarkan kat ketua boss.

2.  Melepaskan batuk di dalam lift.

Maknanya: Hello! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah tempat yang sesuai! Janganlah di tempat awam yang tertutup.

3.  Seperti anjing jantan dengan  anjing betina.

Maknanya:
 Dua orang  yang  pantang bertemu. asyik nak berasmara saja.

4.  Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke najis jugak dia hinggap.

Maknanya:
 Orang kalau dah perokok tu. kalau dia berenti.  akhirnya dia gerenti start balik punyer.

5.  Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.

Maknanya:
 Jangan macam bagus.  pasal  yang  macam bagus tu lah selalunya tak bagus.

6.  Biar putih tulang jangan kuning gigi.

Maknanya:
 Macam mana nya hensome ke, macho ke, hero ke, kalau gigi tu tak jaga, kuning-berkarat, jangan lah cuba nak mengurat.Geli-geman di buat nya.

7.  Kalau tidak ada angin masakan satu MRT boleh bau busuk?

Maknanya:
 Ada orang kentotlah tu.

8.  Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.

Maknanya:
 Orang  yang  tak sedar diri. tak kenang jasa baik orang  yang  mula-mula mempopularkan dia.

9.  Ada udang di sebalik udang lain

Maknanya:
Jangan  sangka  yang  duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang. check betul-betul, mesti ada seorang lagi.
kat bawah ke.  kat tengah ke. tengah baring ke.

10.  Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya:

"maknanya. . .maknanya."

Jangan nak tersengih-sengih kat depan PC.

Pergi buat kerja sekarang.


Jangan marah.

Ahad, 19 Julai 2015

Keajaiban Al Qur’an dan Ilmu Pengetahuan

Benar kiranya jika Al Qur’an disebut sebagai mukjizat. Bagaimana tidak, ternyata ayat-ayat Al Qur’an yang diturunkan di abad ke 7 masehi di mana ilmu pengetahuan belum berkembang (saat itu orang mengira bumi itu rata dan matahari mengelilingi bumi), sesuai dengan ilmu pengetahuan modern yang baru-baru ini ditemukan oleh manusia.

Sebagai contoh ayat di bawah:
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” [Al Anbiyaa:30]

Saat itu orang tidak ada yang tahu bahwa langit dan bumi itu awalnya satu. Ternyata ilmu pengetahuan modern seperti teori Big Bang menyatakan bahwa alam semesta (bumi dan langit) itu dulunya satu. Kemudian akhirnya pecah menjadi sekarang ini.

Kemudian ternyata benar segala yang bernyawa, termasuk tumbuhan bersel satu pasti mengandung air dan juga membutuhkan air. Keberadaan air adalah satu indikasi adanya kehidupan di suatu planet. Tanpa air, mustahil ada kehidupan. Inilah satu kebenaran ayat Al Qur’an.

Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur’an, ditegaskan bahwa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahwa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)

Langit yang mengembang (Expanding Universe)
Dalam Al Qur’an, yang diturunkan 14 abad silam di saat ilmu astronomi masih terbelakang, mengembangnya alam semesta digambarkan sebagaimana berikut ini:
“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Al Qur’an, 51:47)

Menurut Al Qur’an langit diluaskan/mengembang. Dan inilah kesimpulan yang dicapai ilmu pengetahuan masa kini.

Sejak terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang secara terus-menerus dengan kecepatan maha dahsyat. Para ilmuwan menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan balon yang sedang ditiup.

Hingga awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang umumnya diyakini di dunia ilmu pengetahuan adalah bahwa alam semesta bersifat tetap dan telah ada sejak dahulu kala tanpa permulaan. Namun, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi modern, mengungkapkan bahwa alam semesta sesungguhnya memiliki permulaan, dan ia terus-menerus “mengembang”.

Pada awal abad ke-20, fisikawan Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teoritis menghitung dan menemukan bahwa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang.
Fakta ini dibuktikan juga dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929. Ketika mengamati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, seorang astronom Amerika, menemukan bahwa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. 

Gunung yang Bergerak
“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan.” [QS 27:88]

14 abad lampau seluruh manusia menyangka gunung itu diam tidak bergerak. Namun dalam Al Qur’an disebutkan gunung itu bergerak.

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat mereka berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahwa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeda-beda sehingga terpisah ketika mereka bergerak saling menjauhi.

 Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru pada tahun 1980, yakni 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeda. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropa, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini diketemukan setelah penelitian geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:
Kerak dan bagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbagi atas lapisan-lapisan yang disebut lempengan. Terdapat enam lempengan utama, dan beberapa lempengan kecil. Menurut teori yang disebut lempeng tektonik, lempengan-lempengan ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Lempengan-lempengan tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada hal sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipertanyakan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur’an bahwa fakta ilmiah ini, yang baru-baru saja ditemukan oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.
“Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu Kami beri minum kamu dengan air itu dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya.” (Al Qur’an, 15:22)
Ramalan Kemenangan Romawi atas Persia
“Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Romawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang, dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang).” (Al Qur’an, 30:1-4)

Ayat-ayat ini diturunkan kira-kira pada tahun 620 Masehi, hampir tujuh tahun setelah kekalahan hebat Bizantium Kristen di tangan bangsa Persia, ketika Bizantium kehilangan Yerusalem. Kemudian diriwayatkan dalam ayat ini bahwa Bizantium dalam waktu dekat menang. Padahal, Bizantium waktu itu telah menderita kekalahan sedemikian hebat hingga nampaknya mustahil baginya untuk mempertahankan keberadaannya sekalipun, apalagi merebut kemenangan kembali. Tidak hanya bangsa Persia, tapi juga bangsa Avar, Slavia, dan Lombard menjadi ancaman serius bagi Kekaisaran Bizantium. Bangsa Avar telah datang hingga mencapai dinding batas Konstantinopel. Kaisar Bizantium, Heraklius, telah memerintahkan agar emas dan perak yang ada di dalam gereja dilebur dan dijadikan uang untuk membiayai pasukan perang. Banyak gubernur memberontak melawan Kaisar Heraklius dan dan Kekaisaran tersebut berada pada titik keruntuhan. Mesopotamia, Cilicia, Syria, Palestina, Mesir dan Armenia, yang semula dikuasai oleh Bizantium, diserbu oleh bangsa Persia. (Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997, s. 287-299.)
Diselamatkannya Jasad Fir’aun
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu” [QS 10:92]

Maurice Bucaille dulunya adalah peneliti mumi Fir’aun di Mesir. Pada mumi Ramses II dia menemukan keganjilan, yaitu kandungan garam yang sangat tinggi pada tubuhnya. Dia baru kemudian menemukan jawabannya di Al-Quran, ternyata Ramses II ini adalah Firaun yang dulu ditenggelamkan oleh Allah swt ketika sedang mengejar Nabi Musa as.

Injil & Taurat hanya menyebutkan bahwa Ramses II tenggelam; tetapi hanya Al-Quran yang kemudian menyatakan bahwa mayatnya diselamatkan oleh Allah swt, sehingga bisa menjadi pelajaran bagi kita semua.
Perhatikan bahwa Nabi Muhammad saw hidup 3000 tahun setelah kejadian tersebut, dan tidak ada cara informasi tersebut (selamatnya mayat Ramses II) dapat ditemukan beliau (karena di Injil & Taurat pun tidak disebut). Makam Fir’aun, Piramid, yang tertimbun tanah baru ditemukan oleh arkeolog Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Namun Al-Quran bisa menyebutkannya karena memang firman Allah swt (bukan buatan Nabi Muhammad saw).
Segala Sesuatu diciptakan Berpasang-pasangan
Al Qur’an yang berulang-ulang menyebut adanya pasangan dalam alam tumbuh-tumbuhan, juga menyebut adanya pasangan dalam rangka yang lebih umum, dan dengan batas-batas yang tidak ditentukan.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Kita dapat mengadakan hipotesa sebanyak-banyaknya mengenai arti hal-hal yang manusia tidak mengetahui pada zaman Nabi Muhammad. Hal-hal yang manusia tidak mengetahui itu termasuk di dalamnya susunan atau fungsi yang berpasangan baik dalam benda yang paling kecil atau benda yang paling besar, baik dalam benda mati atau dalam benda hidup. Yang penting adalah untuk mengingat pemikiran yang dijelaskan dalam ayat itu secara rambang dan untuk mengetahui bahwa kita tidak menemukan pertentangan dengan Sains masa ini.

Meskipun gagasan tentang “pasangan” umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan “maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” dalam ayat di atas memiliki cakupan yang lebih luas. Kini, cakupan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap. Ilmuwan Inggris, Paul Dirac, yang menyatakan bahwa materi diciptakan secara berpasangan, dianugerahi Hadiah Nobel di bidang fisika pada tahun 1933. Penemuan ini, yang disebut “parité”, menyatakan bahwa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-materi. Anti-materi memiliki sifat-sifat yang berlawanan dengan materi. Misalnya, berbeda dengan materi, elektron anti-materi bermuatan positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana berikut:

“…setiap partikel memiliki anti-partikel dengan muatan yang berlawanan … dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahwa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat.”

Semua ini menunjukkan bahwa unsur besi tidak terbentuk di Bumi, melainkan dibawa oleh meteor-meteor melalui letupan bintang-bintang di luar angkasa, dan kemudian “dikirim ke bumi”, persis sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Jelas bahwa fakta ini tak mungkin diketahui secara ilmiah pada abad ke-7, di saat Al Qur’an diturunkan.
Sumber:
Harun Yaya
Mukjizat Al Qur’an, Prof. Dr. Quraisy Syihab
BIBEL, QUR-AN, dan Sains Modern
Dr. Maurice Bucaille
Judul Asli: La Bible Le Coran Et La Science
Alih bahasa: Prof. Dr. H.M. Rasyidi
Penerbit Bulan Bintang, 1979
Kramat Kwitang I/8 Jakarta
http://harry. sufehmi.com/ archives/ 2006-06-15- 1181/

Sabtu, 18 Julai 2015

Envelopes and Stamps

A woman was working in a post Office in California . 
One day she  licked the envelopes and postage stamps instead of using a   sponge.
That very day the lady found a cut on her tongue. A week later, she noticed an abnormal swelling of her tongue.

She went to the doctor, and they found nothing wrong..
Her tongue was not sore or anything... A couple
of days later, her tongue started to swell more, and it began
to get really sore, so sore, that she could not eat.  She
went back to the hospital, and demanded something be done.

 The doctor took an x-ray of her tongue and noticed a
lump.. He prepared her for minor surgery. When
The doctor cut her tongue open, a live cockroach crawled out!!!!
 
There were cockroach eggs on the seal of the
Envelope. The egg was able to hatch inside of
her tongue, because of her saliva, which was warm and moist.....
This is a truestory reported on CNN!

Andy Hume wrote:  Hey, I used to work in an envelope
factory. You wouldn't believe the....things that float around in
those gum applicator trays. I haven't licked
an envelope for years!'

I used to work for a print shop(32 years ago), and we
were told NEVERto lick the envelopes. I never understood
why until I had to go into storage and pull out 2500
envelopes that were already printed and saw several squads
of cockroaches roaming around inside a couple of
boxes with eggs everywhere. They eat the glue
on the envelopes.

Jumaat, 17 Julai 2015

KISAH NABI IDRIS

Sakaratul Maut, Siapkah kita untuk menghadapinya ? "Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."(pasti kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).
"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93). 
Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan. "Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).
Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir didalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. 
Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu ke rumah Nabi Idris.
"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail, "Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail. 
Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. 
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. "Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s). "Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s. "Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut. "Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata:"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram". 
Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s. "Siapakah engkau sebenarnya ?"  tanya Nabi Idris a.s. "Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail. Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya. 
"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail. 
Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam. "Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s "Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail. 
"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar  bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi  Idris a.s. 
"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail. Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat. 
Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan
permohonannya. Setelah dikabulkan Allah, Nabi Idris a.s. hidup kembali. 

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail. "Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s. "Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail. MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ? 
Siapkah kita untuk menghadapinya ?
Wallahu’alam.

Khamis, 16 Julai 2015

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1.       Siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat fardu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga solat yang lain.

3.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar,  pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.. 

5.       Siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.       Siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir solat, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7.       Siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan pasti Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wallahu’alam.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...