Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.
Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.
Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.
Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.
Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.
Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :
"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".
Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :
"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".
Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".
Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.
Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.
Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.
Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".
Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.
Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".
Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".
Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".
Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".
Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :
"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".
Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.
Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".
Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".
Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".
Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".
Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.
Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.
Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".
Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".
Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".
Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".
Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.
Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.
Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.
Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".
Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.
Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :
"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".
Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !".
p/s: jangan pernah sesekali kita mensia-siakan amanah orang & jangan menipu. RENUNG-RENUNGKAN