Daripada Aisyah RA,
Bala
yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW
ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya,
gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela
syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari)
Kesempurnaan Rasulullah SAW sebagai
kekasih Allah tiada tolok banding yang menjadi ikutan Muslim sedunia
termasuk diet makanan Baginda. Dalam aspek berkaitan etika pemakanan
sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana
baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.
Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengalami sakit perut walaupun
sekali sepanjang hayatnya kerana Baginda merupakan seorang yang pandai
menjaga pemakanannya.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein,
kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk
membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan
penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita
semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.
Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat
dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin)
dan Vitamin D.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para
sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan
ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai
ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka
akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus
mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya
boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh
menyebabkan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia
untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi
berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan
mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus
dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan
membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak
sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi
serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi,
secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak
akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian
sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients.
Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang
mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung,
mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu
mencegah kanser.
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses
kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang
mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan
50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga
dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk
kepentingan kesihatan manusia.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga
nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari
berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka
memakan tamar.
8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW,
ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi
pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan
serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain
yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan
sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga.
Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat,
protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi
hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah
meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun
itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang
dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan
orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
Ada
ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada
(untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan
kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi
antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai
penyakit terutamanya kanser.
10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia
menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C
yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika
merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem
saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana
mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang
berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi
manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu
setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan
gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk
kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi
untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan
keradangan.
Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang
yang memikirkan–(An-Nahl: 68-69)
12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil
memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau
menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja
dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang
berbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan
meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak,
berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan
melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung
air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat
mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta
mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3
daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya
dengan ruang kosong (udara).
14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
15. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah
menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10
kali ganda terdapat dalam air liur.
16. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya,
dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap
kolesterol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar
mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses
penghadaman dan proses metabolisme gizi-gizi makanan ke saluran bahagian
lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap
kesihatan kita.
17. Berpuasa
Selama sebulan pada bulan Ramadan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari
tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum
solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini
adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa.
Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan
dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih
dahulu.
Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang
diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk
mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya
melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan
oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua
peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan
penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Jadi, jika kita kaji semula dari apa yang ditinggalkan oleh amalan
Rasulullah SAW yang cukup indah ini, pasti kita akan mengerti kenapa,
pelbagai sakit misteri, kronik semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat
kita kini. Ini semestinya kerana, kita lupa untuk meneladani amalan atau
tabiat pemakanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Akhir kata,
mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
Barang
siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan
bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan
ditimpa sakit dan hatinya keras.
Hadis Riwayat Huzaifah