Sabtu, 18 April 2015

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 7

61. Besar jangan melanda
Panjang jangan melindis
Cerdik jangan menjual
Luas jangan menutup

Yang berkuasa jangan menyalahgunakan kuasa.


62. Gayung bersambut
Kata berjawab
Himbau bersahut

Bertindaklah mengikut apa yang diperlakukan oleh orang kepada kita.


63. Gunung timbunan kabut
Lurah timbunan air
Laut timbunan ombak
Bukit timbunan angin

Sebagai seorang pemimpin adalah menjadi tanggongjawabnya menyelesaikan segala masalah orang yang dipimpinnya.


64. Ingat-ingat sebelum kena
Melantai sebelum lapuk
Jerat seperti jerami
Musang berbulu ayam

Seseorang hendak sentiasa siap siaga, selalu bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangkakkan.


65. Hinggap mencekam
Terbang menumpu
Air akan pulang ke air
Minyak akan pulang ke minyak

Apabila merantau carilah saudara mara, suku sakat, kaum keluarga agar dapat tempat pergantongan apabila dilanda kesusahan.


66. Jalan dialih orang yang lalu
Cupak dibuat orang yang berjualan
Adat dialih orang yang datang

Adat dan kelaziman boleh diubah oleh orang yang datang jika tidak dikawal


67. Kata dubalang kata tegas
Kata guru kata pengajar
Kata orang banyak kata bermacam-macam makna

Masing-masing dengan gelagatnya. Dubalang menguatkuasa undang-undang/peraturan. Guru mendidika dan memberi contoh yang baik. Orang kebanyakan selalunya mengelirukan.


68. Kata manti kata berulang
Kata alim kata hakikat
Tegak dengan adat kepalang sahaja
Lipat pakaian dengan maufakat

Jika sesorang yang diberi kuasa tidak mampu melaksanakanya hendaklah mengambalikan kuasa itu kepada yang memberikannya.


69. Kata takbur kata tak lalu
Kata riang kata takbur
Kata bersindir melukai

Tidak semua kata-kata menyanjung boleh diambilkira dalam membuat keputusan. Begitu juga kata-kata mengeji lebih banyak merosakkan keputusan.


70. Kalau puntung tidak bersilang dengan tungku
Tentu api tidak menyala
Nasi ditanak tidak masak

Perbezaan pendapat adalah baik dan diperlukan untuk mengambil keputusan yang dipersetujui semua.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...