Isnin, 20 April 2015

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 9

81. Yang dimakan rasa
Yang dilihat rupa
Yang didengar bunyi

Apa sahaja yang dibuat, buatlah dengan baik.


82. Yang lurus jadi tangkai sapu
Yang bongkok jadi tangkai bajak
Sepotong kecil jadi papan tuai
Yang kecil jadi pasak sunting
Kepeningan jadi kayu api
Abunya jadi pupuk padi

Setiap orang ada sumbangannya kepada masyarakat tidak kira sama ada ianya ada kelemahan atau kekuatan.


83. Yang membunuh memberi bangun
Yang mencanang yang merampas
Yang berhutang yang membayar

Undang-undang hendaklah adil, mereka yang bersalah hendaklah dihukum setimpal dengan kesalahannya.


84. Nanang seribu akal
Hening hulu bicara
Fakir pelita hati
Dengan sabar kebenaran datang

Berfikir sebelum bercakap. Jika tiada yang hendak dicakapkan lebih baik berdiam diri.


85. Penghulu lantai negeri
Cerdik pandai pagar kukuh
Alim ulama suluh bendang
Bunda kandung hiasan kampong

Penghulu tegak di pintu adat
Malim tegak di pintu agama
Manti tegak di pintu susah
Dubalang tegak di pintu mati

Setiap anggota masyarakat hendaklah tahu peranaan masing-masing dan laksanakan dengan penuh tanggongjawab.


86. Panjang mahu dikerat
Senteng mahu disambung
Singkat mahu diulas
Kurang mahu ditambah

Setiap orang hendaklah menerima kelemahan diri dan bersedia menerima nasihat orang lain


87. Resap air ke permatang
Resap minyak ke kuali
Yang mengebat tali
Yang membungkus daun

Ahli sekeluarga biasanya tolong menolong apabila mendapat kesusahan terutamanya apabila berhadapan dengan ancaman luar


88. Rumah bertungganai
Kampong ada tuannya
Negeri berpenghulu
Rantau beraja

Setiap organisasi ada ketua atau pemimpinnya


89. Sabut nyata terapung
Kalau untung batu jelas terbenam
Ikhtiar memilih
Untung menyudahi

Menjadi tanggongjawab setiap orang berusaha sekuat yang mungkin. Namun kesudahannya ditentukan oleh Allah


90. Sekali memberi tahu
Kedua memberi ingat
Ketiga membuat jeran

Seseorang itu haruslah diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan/keburukannya sebelum dihukum

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...