Sabtu, 25 April 2015

BIDALAN MELAYU LAMA SIRI 14

131. Hulu baik pandai bertenggang
Hulu malang salah gelagat
Hulu mujur pandai bertengkar
Hulu baik pandai memakai

Bertindak secara bijak bila berhubung dengan orang lain


132. Orang pembengis besar hutangnya
Orang penderas lekas kena
Orang pencemas mati jatuh
Orang pendingin mati hanyut

Jika bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir pasti akan kecundang


133. Urat dipupuk dengan tengguli
Pucuk direndam dengan gula
Namun peria pahit jua

Sesuatu benda atau seseorang kekal dengan sifat asalnya


134. Hujan tak sekali jatuh
Simpai tak sekali erat

Sesuatu kerja itu tidak dapat diselesaikan serentak. Kemewahan itu diperolehi secara beransur-ansur


135. Tiada puji yang membawa kenyang
Tiada umpat yang membunuh

Jangan hiraukan pujian atau cemuhan kerana tidak membawa faedah.


136. Tak ada periuk mangkuk menjerang
Tak ada kait topang dipakai

Buatlah dengan apa yang ada dan sentiasa mencuba hingga berjaya


137. Tersentuh lebih daripada kena
Tersinggung lebih daripada jadi

Hendaklah sentiasa peka terhadap kesan tindakan yang diambil dan petanda-petanda yang boleh menjadi petunjuk kepada kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...