Khamis, 30 April 2015

SEBAB MATA LELAKI GEMAR LIHAT BADAN WANITA....

Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 
 
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk
badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. 
 
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 
 
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. 
 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi 
laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang
tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika  tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap 
bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan 
berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 
 
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan 
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara
oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. 
 
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah 
ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka 
wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat 
bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya 
dengan melabuhkan tudungnya. 
 
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka  
labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu
akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan 
pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat 
bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat 
sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki 
itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju 
labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki 
akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? 
 
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan 
dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk
menolong lelaki itu tidak berdosa,  menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau 
memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata 
lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka 
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang 
indah pada pandangan lelaki. 
 
Maka wahai lelaki,  janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan
fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. 
 
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, 
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. 
 
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan 
tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika 
ianya berada pada perempuan. 
 
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya 
terang-terangan sangat. 
 
Jika  hendak pakai pun, pakailah untuk suami.  Itulah wahai muslimah, jika anda 
semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat
telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga 
kehormatan diri masing-masing, jangan keluar orang-orang,keluarlah dengan mahram, 
atau keluarlah sekurang-kurangnya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata
lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah 
menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. 
 
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".  Dunia 
sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai 
tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib 
untuk tidak mencuricuri melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. 
 
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin  muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik 
untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga… 
 
Wallahu’alam.………………….

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...