Khamis, 7 Mei 2015

SYARAT KEPERIBADIAN SEORANG GURU MENGIKUT PANDANGAN IMAM AL GHAZALI

Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam Al Ghazali yang menjurus 
kepada keperibadian guru sebagai penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya
seperti mana yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003). 
Antara syarat-syaratnya ialah:
 
1.      Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik.
 
2.      Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
 
3.      Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak riak.
 
4.      Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim iaitu dengan tujuan 
mencegah tindakan zalim tersebut.
 
5.      Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
 
6.      Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
 
7.      Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya.
 
8.      Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
 
9.      Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan cara yang sebaik-baiknya.
 
10.  Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah yang dia tidak faham.
 
11.  Menampilkan hujah yang benar apabila  berada dipihak yang salah dan bersedia 
kembali kepada kebenaran.
 
Wallahu’alam.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...