Ahad, 31 Mei 2015

Air Tangan Orang Tidak Solat Lebih Hina Dari Air Kencing Anjing Hitam


Buat peringatan untuk kita semua yang sentiasa 'sibuk' mencari alasan...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah berdosa, malahan lebih hina dari khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tidak mempunyai zuriat, lalu terdetik dalam hatinya (nazar).

"Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah kurniakannya zuriat. Isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena dam (denda) atau sedekah.. Tapi, pada zaman Nabi Musa, sesiapa yang bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya pergi bertemu dengan Nabi-Allah Musa.

Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam, tapi minumlah air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam..

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat... betapa hinanya orang yang tak solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, jangan tinggalkan solat. Kalau meninggalkan solat tanpa keuzuran, air tangan akan menitik ke dalam masakan dan orang yang memakannya akan gelap hati kesan dari kekotoran air tangan itu.

Jadi, kalau nak makan kat kedai tu, kenala pastikan tukang masak tu solat. Kalau makan makanan yang menggelapkan hati, tiadalah cahaya diwajahnya, tak berseri tanpa mekap & liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jaga apa yang kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpada Saidina Ali (untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama-samalah kita pelihara solat kita, dari segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan Kelak...
Wallahu’alam.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...