Ahad, 21 Jun 2015

KITA TIDAK SIBUK, TETAPI MENYIBUK

Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.

Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.

Dalam pada itu, saya biasa berjumpa dengan orang yang terpaksa menangani begitu banyak kerja, tetapi tidak pernah merungut. Segala kerja yang diberi diterimanya dengan selamba tanpa kerutan di dahi. Apabila tiba deadline, kerjanya siap sempurna dan menyenangkan hati.

Terdapat perbezaan yang ketara di antara orang yang suka komplen dengan orang yang tidak pernah merungut. Orang yang suka komplen biasanya bukannya sibuk, tetapi menyibuk. Masanya kononnya tiada, tetapi dia sempat pula melayari internet, bersms, maupun bersembang dengan mereka di kiri dan kanannya dan juga ditingkat yang lain dengan cara berchatting.

Sebaliknya, orang yang tidak pernah merungut bila bila kerjanya banyak sebenarnya betul-betul menyibukkan dirinya dengan menyelesaikan segala tugas yang diberikan. Dia tidak membuang masa dengan menepati masa. Kerana itu, masa yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan itu tidak panjang dan terbuang.

Apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dengan mereka yang tidak pernah pun berjaya ialah cara mereka menangani masa. Orang-orang yang tidak berjaya selalunya membazir masa. Sebaliknya orang yang berjaya selalunya menggunakan masa dengan sepenuhnya.

Justeru itu, tiada sesiapapun yang boleh komplen yang dia tidak mempunyai masa. Allah SWT mencipta dan mengurus masa, memberikan semua insan 24 jam sehari. Tiada seorang insanpun diberi lebih masa seperti 25, 26 atau 27 jam sehari agar dia dapat menjadi produktif lebih daripada orang lain.

KERANA ITU, ANDAINYA DIA MASIH KOMPLEN, ERTINYA DIA SENDIRI YANG MEMENDEKKAN MASANYA KERANA BUKANKAH KOMPLEN ITU MEMBAZIR WAKTU?

DIPETIK DARI “Maaf cakap, Norden Mohamed, sinar harian 27 jan 2010”.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...