Isnin, 22 Jun 2015

KISAH SERAM KAKI PANCING...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk dan sungai semua dia pergi,
kalau ada yang cakap kat sungai tu ada ikan, Ajis mesti pi try mancing
kat situ. Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh dan pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dari kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yang diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak solat Zohor. Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebab waktu Zohor dah hampir nak habis. 

Masa Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang, "Hish, sapa pulak yang gelak-gelak tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sebab dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni. Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar. 

Hehehe...rupa- rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak solat Asar duk gelakkan dia sebab Ajis solat pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam. 

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, solat Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...