Isnin, 6 Julai 2015

Pantun Budi Siri 7

61.    Budak-budak menumbuk padi
Padi huma dari Pelembang
Kalau hidup tidak berbudi
Tentu hina dipandang orang

62.    Pergi ke pekan membeli papan
Papan dibuat pelantar mandi
Mati ikan kerana umpan
Mati insan kerana budi

63.    Anak itik terenang-renang
Renang mari dalam perigi
Adat budi dikenang-kenang
Budi baik dibawa mati


64.    Rosak peti kerana padi
Rosak padi kerana bunganya
Rosak hati kerana budi
Rosak budi kerana orangnya

65.    Rosak pandan kerana padi
Rosak padi kerana bunganya
Rosak badan kerana budi
Rosak budi kerana orangnya

66.    Dari Daik ke Tanjung Jati
Sampan berlaboh membawa setanggi
Kalau baik niat di hati
Budi ditabur disanjung tinggi

67.    Kampung Paya Pantai Peringgit
Nampak dari Kampong Gangsa
Orang kaya berbudikan ringgit
Orang miskin berbudikan bahasa

68.    Kalau ribut runduklah padi
Padi cupak Datuk Temenggong
Kalau hidup tidak berbudi
Duduk tegak berdiri canggong

69.    Tegak rumah kerana sendi
Rosak sendi rumah binasa
Tegak bangsa kerana budi
Rosak budi bangsa binasa

70.    Kalau ribut rundaklah padi
Padi cupak Datuk Temenggong
Kalau hidup tidak berbudi
Seperti tegak berdiri condong

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...