Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi
suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa
umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari
Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa
dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya,
tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya
dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat
Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58
Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh
jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat
hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan
sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi SAW, kerana malu kepada
sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di
jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil
khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang
hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian
yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah
syurga, tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah
(bidadari yang Nabi SAW bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah
maka berjalanlah sahabat ini, di suatu pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak
pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini
bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita itu menjawab ehh
tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul
Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah
ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya
penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai
sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu
mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari
yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau
jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu
berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu
diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itu
pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada
sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita
ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan
kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi SAW
di dalamnya telah keluar berperang / berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi
telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan
sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan
menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi SAW, Nabi SAW menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi
SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia
sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya
la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga
Allah.