1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak kita dapati para isteri
tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid &
nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie
& tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang
terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian
seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan
makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua
kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak
pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman,
peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya
adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar,
keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya
kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran,
Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara.
Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam
& hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah,
mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan
oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah
solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari &
Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu
yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana
dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela
isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari
kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak
melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang
beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu
akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari
Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah,
apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan
jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak
memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot)
kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi
makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah
menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga
menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga
menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika
keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan
persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka
mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri
anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi
kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara
yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
{Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya.
Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil,
tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia
boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf
(tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia
mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.”
{Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang
paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik
tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh
Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.
6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang
paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah
seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian
dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur.
Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada
isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu
adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap
penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana
penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan
anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan
sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya
dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK
(cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai
“hasan” oleh asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami isteri
sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi
penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam
penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara
untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa
penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut),
kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat
dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka
datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan
itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian
datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga
akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan
tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.”
{H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan
keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan
tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin
menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya
yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang
diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat
Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik
& tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul
tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah
rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan
keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya &
perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan,
keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh
ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika
keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain.
Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang
cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita
dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan &
keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja
tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki
dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita
yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para
wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana
dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah
kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t
tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka
kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts”
{H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah :
674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.