Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan penawar ringkas bagi meringankan keletihan/kepenatan dan kesusahan hidup kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah dan menantunya Saidina Ali bin Abu Talib.
Baginda s.a.w. bersabda :
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan/kepenatan dan kesusahan hidup mereka berdua.
Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan