Jumaat, 18 Disember 2015

Ajaibnya malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak:
empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

“Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidurkan mereka dulu.”

“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

“BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM”

“Bang…!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

” SODAQALLAHUL’AZEEM “

Tu la dahsyatnya malam Jumaat.
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...