Tak kena maka tak percaya. Pelbagai cara boleh diamalkan untuk
elakkan diri dari terkena sihir. Antaranya ialah amalan memakai pati
kasturi kijang yang diakui mempunyai banyak kelebihan berbanding bahan
pewangi lain.
Selain menenangkan jiwa, haruman kasturi kijang mampu memberikan kekuatan kepada roh, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, memperkuatkan organ dalaman dan luaran tubuh serta berfungsi untuk memelihara kesihatan secara menyeluruh.
Di samping itu juga, menurut Imam Syafie R.A.,”Bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum, seperti kasturi.”
- Bagi pasangan suami isteri, rumah tangga tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya rumah tangga sentiasa harmoni dan penuh kasih sayang. Tidak ada nafsu terhadap suami atau isteri.
- Sering merasa tidak tenteram apabila berada di rumah terutamanya menjelang waktu senja.
- Emosi susah untuk dikawal dan perasaan marah sentiasa menguasai diri tidak kira tempat atau waktu.
- Hilang selera makan menyebabkan berat badan akan turun dengan mendadak.
- Dada/jantung sentiasa berdebar-debar tanpa mengetahui sebab yang jelas dan cara untuk mengatasinya.
- Malas melakukan pekerjaan atau ibadah walaupun aktiviti-aktiviti harian yang lazim dilakukan. Rasa malas ini juga akan muncul terutamanya jika akitiviti tersebut membabitkan keluarga sendiri.
- Menghadapi kesulitan ketika tidur, kerana apabila melelapkan mata, pasti akan terasa diri diganggu atau ditindih sesuatu. Fikiran atau bayangan aneh akan muncul menjelang tidur.
- Terdorong ataupun terngiang-ngiang di telinga untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, yang membahayakan diri sendiri ataupun keluarga.
- Tercium bau-bauan yang kurang enak, hanyir, kemenyan ataupun wangi tanpa mengetahui asal usulnya. Di samping itu juga akan terdapat lebam-lebam di bahagian tubuh badan yang muncul secara tiba-tiba.
Selain menenangkan jiwa, haruman kasturi kijang mampu memberikan kekuatan kepada roh, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, memperkuatkan organ dalaman dan luaran tubuh serta berfungsi untuk memelihara kesihatan secara menyeluruh.
Di samping itu juga, menurut Imam Syafie R.A.,”Bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum, seperti kasturi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan