Selasa, 31 Mei 2016

Cawat Besi ada perangkap

Raja negeri Indah Purnama mempunyai seorang permaisuri yang cantik jelita. Ramailah para menteri yang tergila-gilakan permaisuri baginda. Permaisuri pulak jenis `sosial' siapa saja yang nak mengurat sumer dilayannya. Sang Raja memahami keadaan itu lalu ingin menguji siapakah diantara para menterinya yang amanah dan boleh dipercayai. Suatu hari Sang Raja mengumumkan akan keluar berburu selama sepurnama. Maka dia pun berpesan kepada para menterinya supaya menguruskan hal pentadbiran negeri sepeninggalannya.

Sebelum meninggalkan istana Sang Raja telah menempah sejenis cawat khas yang diperbuat daripada besi untuk dipakaikan kepada permaisurinya. Kunci cawat disimpan oleh Sang Raja. Cawat itu mempunyai lubang khas di bahagian depan yang sengaja dibuat sebagai perangkap. Cawat itu sangat sensitif kepada sebarang `kemasukan' objek yang masuk ke lubang tersebut dimana alat khas itu akan memotong objek tersebut.

Sepurnama berburu telah tamat. Maka pulang lah Sang Raja ke istana lalu memanggil mesyuarat tergempar kesemua para menterinya. Para menteri semuanya hadir dengan memakai kain pelikat cap Gadjah... Kecuali Memanda Menteri masih berpakaian kemas dan segak... Sang Raja tersenyum melihat keadaan itu lalu berkata... "Beta dah tau kenapa korang semua pakai kain pelikat sebab `punai' korang semua dah putus bukan...? Beta dah agak dah korang semua tak boleh dipercayai.." Sambil bertitah, baginda menjeling ke arah Memanda Menteri dengan memberikan berbagai pujian.. "Dalam ramai2 hanya Memanda Menteri saja yang boleh dipercayai.. kamu tengok.. dia sorang je yang tak pakai kain pelikat" Titah baginda. Memanda Menteri menjadi tak menentu kerana dipuji tinggi melangit sedangkan lain-lain menteri semuanya tersipu2 menahan geli hati.... Sang Raja lalu bertanya.. "Memanda Menteri kenapa depa semua senyum?" Memanda Menteri pun menjawab..." Ang un ang u, em ah ahik ha ap e ang un.. e ah ahik u hus ang u"... ( Maksudnya: ampun tuanku, sembah patik harap diampun... lidah patik putus tuanku..!!). Lalu Sang Raja dengan perasaan malu menjerit, "Hmmmm .. rupanya kamu pun tak boleh harap!.."

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...