Rumah apartment atau pangsapuri mungkin sering mengalami masalah ini.
Oleh kerana ruang agak terhad di mana dapur berhampiran ruang makan dan mungkin juga ruang tamu.
Bau sampah dari tong sampah yang diletakkan di dapur membuatkan keseluruhan ruang menjadi kurang menyenangkan dengan bau yang dikeluarkan.
Jadi apa yang boleh anda buat untuk pastikan masalah ini dapat di selesaikan?
1. LEMON ATAU LIMAU
Letakkan beberapa lemon atau limau yang telah dipotong ke dalam tong sampah (letak di bawah plastik sampah ). Lakukan antara 2-3 kali seminggu.
Lemon atau limau akan mengeluarkan bau yang menyegarkan.
2. SODA BIKARBONAT
Taburkan beberapa sudu baking soda ke dalam tong sampah. Ambil air panas dan bersihkannya seketika. Bau yang busuk akan hilang serta merta.
Soda Bikarbonat akan menyerap semua bau busuk, malah ia juga boleh mengilangkan kotoran degil yang melekat di tong sampah.
Selamat mencuba..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan