Isnin, 22 Ogos 2016

Tampak Seksi Di Mata Wanita

Menjadi seksi di mata wanita, bukanlah semata-mata tentang fizikal yang sasa dan tegap. Walaupun tidak dinafikan ia adalah satu bonus jika anda memiliki wajah tampan dan tubuh badan berketak. Jika anda kurang menyerlah dari segi fizikal rupa paras, jangan bersedih!

Beberapa tips dikongsikan untuk tampak seksi di mata wanita, terutama wanita idaman anda.

1.Menyimpan jambang dan kumis yang dirapi sempurna

Ini mungkin senjata rahsia Wak Doyok hingga berjaya menarik perhatian Azrinaz untuk jatuh cinta, mengikat tali pertunangan dan sedang menanti hari pernikahan mereka. Wak Doyok secara umumnya tidaklah termasuk dalam kategori lelaki kacak, namun tidak dinafikan jambang dan misainya itu memang ada aura seksi yang memikat.

2.Bersukan

Lelaki yang aktif melakukan aktiviti sukan atau sekadar senaman tanda lelaki yang sihat dan cergas. Wanita menganggap lelaki yang bergiat dalam sukan mengghairahkan kerana hormon-hormon yang dirembes dari badan memberi isyarat anda lelaki subur dan bertenaga. Tak perlu six pack, peluh yang menitis dari badan anda buat si dia rasa anda ‘hot’.

3.Pandai memasak

Hemm, kebolehan memasak walaupun hanya satu masakan (maggie tidak termasuk, ya) adalah aset luar biasa yang jarang terdapat pada lelaki masa kini. Usaha jujur kamu untuk mengenyangkan perut wanita idaman pastinya akan lebih dihargai berbanding mengajak makan di restoran atau kafe yang sudah klise.

4.Bijak berjenaka

Ramai lelaki boleh berjenaka namun tidak ramai lelaki yang mampu berjenaka secara bijak. Kemahiran anda membuat lawak yang bijak (tentunya bukan lawak murahan tentang seks dan alat kelamin) bisa mencairkan hati para wanita. Ingat jenaka bijak, pasti ingat Harith Iskander, raja stand-up comedy Malaysia.

5.Bertatasusila

‘Good boy’ is NEW bad boy. Memberi isyarat ketika masuk simpang jalan, membuang puntung rokok di dalam tong sampah, menghormati pelayan restoran adalah hal-hal kecil yang mampu menyentuh nurani wanita untuk menyukaimu.

6.Menjaga kebersihan

Lelaki yang pembersih seribu kali lebih seksi daripada lelaki kacak namun pengotor dan tidak terurus. Jangan salah faham istilah ‘rugged’ dengan memakai pakaian yang sama tidak dicuci berminggu-minggu. Anda pasti jauh daripada seksi jika tubuh anda berbau masam, hapak dan busuk.

7.Tahu isu semasa

Sains mengiktiraf otak sebagai organ seks paling penting dalam badan manusia. Fizikal menarik dengan otak yang dangkal hanya mengundang tarikan sementara. Lama-kelamaan wanita akan bosan kerana berbual perkara yang sama setiap kali bertemu. Lelaki yang peka dengan hal ehwal masyarakat dan antarabangsa, mampu berbual pelbagai topik berbeza bagaikan magnet besi yang kuat memikat.

8.Menghargai wanita

Lelaki paling seksi di dunia adalah lelaki yang tahu menghargai wanita. Yang melihat wanita bukan sekadar objek seks tetapi makhluk Tuhan yang setara dengan lelaki. Tidak perlu memberi hadiah yang mahal, namun menghormati, melindungi dan mengasihi wanita itulah yang lebih utama. Pembuli dan pendera wanita sudah pasti terkeluar dari senarai lelaki seksi.

Mudah bukan untuk tampil seksi di mata wanita tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tubuh badan dan paras rupa yang hanya bersifat sementara.

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...