Sabtu, 24 September 2016

Seks Waktu Pagi - Tips

Biasanya pasangan muda suami isteri lebih selesa melakukan hubungan intim pada sebelah malam , terutama di hari kerja. Padahal satu kajian mengatakan, seks di waktu pagi akan menimbulkan sensasi kenikmatan yang berbeza!

Lebih bersemangat

Lelaki biasanya ‘terbangun’ setelah tidur, ini bererti anda berdua boleh melakukan hubungan intim tanpa perlu melakukan pemanasan terlalu lama. Secara psikologi, anda juga semakin percaya diri dan bersemangat ketika mengetahui bahawa pasangan juga bersedia menerima ‘aksi’ anda bila -bila masa.

Lebih rileks

Bangun tidur adalah keadaan yang paling rileks bagi setiap orang, situasi ini sangat menguntungkan bagi pasangan suami isteri kerana akan lebih mudah mencapai orgasme. Selain itu, anda berdua belum sempat memikirkan hal-hal lain seperti pekerjaan ataupun masalah lainnya, sehingga hubungan seks pun lebih lancar.

Lebih berkualiti

Hubungan seks di waktu pagi, meskipun dengan waktu terbatas, dijamin hasilnya lebih berkualiti. Ini adalah kerana tubuh anda dan pasangan berada dalam keadaan yang paling fit sehingga kepuasan yang diperolehi pun semakin maksima.

Menjadi perangsang yang menyenangkan

Anda boleh menganggap ’serangan fajar’ ini sebagai perangsang. Semacam menu pembuka, untuk menantikan hidangan yang seterusnya di malam hari. Aksi di waktu pagi itu menjadi semacam perangsang membangkitkan ghairah seks anda.Seks pagi juga dapat menjadi pendorong agar anda lebih bersemangat menjalani aktiviti dan rutin sepanjang hari itu.

http://senicinta.my/tips-seksual-suami-isteri/seks-waktu-pagi/

Tiada ulasan:

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...