Selasa, 25 Oktober 2016

Sila Check Tong Gas Di Rumah Anda!!!

Mungkin masih ramai yang tidak menyedari bahawa tong gas yang digunakan untuk memasak di rumah juga mempunyai tarikh luput!

Jangan ingat ubat, makanan kesihatan, bahan makanan dan minuman sahaja yang ada tarikh luput! Tong Gas pun ade! (hutang je yang tak ada tarikh luput! Makin lewat anda jelaskannya, maka makin berbunga-bungalah interestnya ! )

Tong Gas yang dah luput a.k.a ‘expired’ adalah tidak selamat digunakan dan ianya boleh menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka!

So, berhati-hatilah ketika menerima atau membeli tong gas daripada penjual.

Semak dahulu tarikh luputnya.

Jadi bagaimana untuk menyemak dan mengenalpastikannya?

Berikut saya berikan sedikit panduan untuk rujukan kita bersama….

Di salah satu sisi tong gas, Tarikh Luput akan dikodkan secara alpha numerical seperti berikut:-


A , B , C atau D diikuti dua digit..









Contohnya D06.

Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun –

A utk March ( Suku pertama ),

B utk June (Suku kedua ),

C utk Sept ( Suku ketiga ), &

D utk December ( Suku keempat ).

2 digit
itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Baiklah jika anda telah faham, apa lagi!






Jangan buang masa, semak tong gas sedia ada anda sekarang juga!
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...