ISTIKHARAH
Erti Istikharah ialah memohon jalan kebaikan.
MANUSIA MEMANG TERBATAS
Kebolehan dan kemampuan manusia adalah sangat terbatas walaupun
seseorang itu berilmu pengetahuan, kekuasaan , kekuatan, kelebihan dan
lain-lain lagi, tetapi semua keistimewaan itu tidak dapat menolong untuk
mengambil satu-satu keputusan yang dirasa baik untuk dirinya. Ini
semua disebabkan oleh rasa Bimbang dan ragu-ragu yang timbul dalam jiwa
bagi mengambil keputusan terakhir. Apalagi kalau satu-satu hal atau
pekerjaan itu selalunya menimbulkan risiko yang mendatangkan kegagalan,
di sinilah letaknya kelemahan dan keterbatasan itu.
Dalam keadaan begini seseorang muslim mustahak mencari pertolongan yang
dapat memberi kata pemutusnya dan boleh menolong menentukan pilihan.
Oleh itu barangsiapa yang tidak tahu tentang buruk baik perkara yang
akan dilakukannya, atau apakah ia akan melakukannya atau tidak, maka
apakah tindakan yang pasti dilakukan, Nabi Muhammad SAW bersabda :
عَنْ جَابِرْ ابْنِ عَبْدِاللّٰهِ كَانَ رَسُولُ اللّٰهِ صَلَّى اللّٰهُُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم يُعَلِّمُنَا الإِسْتِخَارَة فِي الأُمُورِ كُلِّهَا
كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّوْرَة مِنَ القُرآنِ يَقُوْلُ ، إِذَاهَمَّ
أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيْضَةِ
ثُمَّ الْيَقُلْ اللّٰهُمَّ
(رواه الجماعة إلا مسلم
Ertinya : Dari Jabir ibn Abdullah. Adalah Rasulullah SAW ,
mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat
pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda
apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan,
pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang
fardhu dan kemudian berdoa.
Berdasarkan hadis ini adalah seseorang dikehendaki melakukan sembahyang
istikharah itu dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat biasa, apabila
ada satu cita-cita untuk satu-satu urusan atau pekerjaan semoga Allah
menetapkan hati untuk menghadapainya. Dalam hadis itu juga disebutkan
sembahyang istikharah itu dapat dilakukan pada semua urusan pekerjaan.
فِيْ الأُمُوْرِ كُلِّهَاpada semua urusan atau pekerjaan.
As-Syaukani perpendapat hadis ini sebagai dalil bahawa sembahyang
istikharah itu boleh dikerjakan mengenai semua urusan pekerjaan samada
pekerjaan itu berat atau tidak. Ulamak feqah pula berpendapat sembahyang
sunat istikahrah hanya boleh dilakukan terhadap satu-satu urusan atau
pekerjaan yang diharuskan oleh agama sahaja. Urusan atau persoalan yang
hukumnya wajib atau sunat tidaklah boleh diistikharahkan , demikian
juga pekerjaan-pekerjaan yang tetap haramnya ditegah melakukan
istikahrah, contohnya seorang kaya raya, semua cukup , wang banyak,
kesihatan baik tiba-tiba hendak istikharah bagi menyempurnaka rukun
Islam yang kelima (haji) pada hal semua syarat cukup, begitu juga tidak
boleh diistikharahkan untuk perkara yang haram, contohnya seperti
riba, rasuah, merompak dan lain-lain kerana semua itu nyata haram
dikerjakan di sisi syarak. Sebaliknya pula seseorang itu ditawar dua
jawatan di mana-mana jabatan atau perusahaan yang sama kedudukannya.
Ketika itu boleh dilakukan istikharah, mudah-mudahan diberi Allah
petunjuk bagi mendapatkan mana-mana satu pilihan yang tepat.
CARA SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Sembahyang sunat Istikharah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja samada waktu siang atau malam.
RAKAAT SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Bilangan rakaatnya dua rakaat
RUKUN SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Rukunnya serupa dengan rukun sembahyang yang lain dan lafaz niatnya :
أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتخَِارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلّٰهِ تَعَالَى
Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, rakaat pertama-baca fatihah-kemudian
surah Qulya Ayyuhal Kafiruun atau mana-mana surah dan pada rakaat yang
kedua Al-fatihah kemudian baca Qulhuallahu Ahad atau mana-mana surah,
selepas salam hendaklah dibacakan doa istikaharah ini dan bawa tidur
dengannya.
DOA ISTIKHARAH
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ
بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ
وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ
الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرُ خَيْرٌ
لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ
فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ يَا كَرِيم،
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْر شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي
وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِه فَاصْرِفْهُ عَنِّي
وَاصْرِفْنِيْعَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ
رَضِّنِى بِهِ ،وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أجمعين
والحمدلله رب العالمين
Ertinya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk baik
(pilihan) dengan pengetahuanMu, aku meminta diberi kekuatan dengan
kekuatanMu. Aku memohon kemurahanMu yang luas, sesungguhnya Engkau
berkuasa dan aku tidak mempunyai kekuasaan, Engkau mengetahui, sedang
aku tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui semua hal yang
ghaib.
Ya Allah kalaulah Engkau mengetahui pekerjaan ini baik bagiku untuk
ugamaku, duniaku, kehidupanku dan untuk hari kemudiaku, maka berikanlah
kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan itu buruk bagiku,
untuk ugamaku, duniaku, untuk penghidupanku dan untuk hari kemudianku,
maka jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya,
berikanlah kepadaku kebaikan di mana sahaja berada kemudian jadikanlah
aku orang yang redha dengan kurniaanMu itu- (sesudah itu sebutkan
perkara yang dimaksudkan dengan istikharah).
TIGA MASALAH YANG TERKANDUNG DALAM DOA INI.
1. Pengakuan tentang kesempurnaan Allah.
Manusia menyatakan tentang kekuarang ilmu sebab ilmu yang Allah
kurniakan kepada manusia sangat sedikit : وَمَا أُوْتِيْتُم مِنَ
الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيْلاً - Al-Isra:85
Ertinya : Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Di dalam ini juga dinyatakan tentang pemurahnya Allah SWT itu laksana
lautan yang tidak dapat dipandang tepinya. Sifat inilah sahaja yang
dapat memberi kebahagiaan, kenikmatan , kemenangan, dan sebagainya
terhadap mereka yang dikehendaki, sekalipun manusia sealam jagat ini
cuba menghalanginya.
Pengakuan dan iqrar ini boleh menyedar atau menambahkan kesedaran hati
manusia tentang kelemahan, kekurangan diri sendiri, kesedarang itu
mempertebalkan keimanan terhadap Allah juga mendorong manusia mengenali
dirinya sendiri untuk mengabdikan diri terhadap Allah.
1. Memohon Hidayah, Inayah dan Berkat
Bila manusia menyedari dirinya lemah maka dengan sendiri mereka
menyedari bahawa tidak ada kuasa lain yang dapat memberi petunjuk
kecuali Allah jua yang dapat menunjukkan jalan yang lurus, tidak ada
tangan yang lain boleh memberi pertolongan (inayah) kecuali Tuhan yang
pemurah lagi pengasih kepadaNyalah sahaja wajib dipinta untuk mendapat
sesuatu, semoga hidup kita dilimpahi nikmat kebahagian dan jauh dari
sebarang kejahatan dan bencana.
1. Sikap Redha
Bila sudah dikurniakan pilihan apakah sudah sesuai dengan apa yang
diharap atau diidam-idamkan, semua itu hendaklah diterima dengan penuh
redha dengan perasaan tulus ikhlas dan bersyukur jangan menyesal kalau
dirasanya belum memuaskan, hendaklah diterima apa yang dapat itu.
ISTIKHARAH DAN REDHA
Kedua-dua ini ada kaitan, istikharah mengandung unsur berusaha, sedang
redha menerima hasil usaha itu dengan ikhlas. Kedua-dua sikap ini adalah
satu cara hidup yang membawa kebahagian.
Nabi bersabda
مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ اِسْتِخَارَتُهُ رَبَّهُ وَرِضَاهُ بِمَا قَضَى
وَمِنْ شِفَاءِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ الإِسْتِخَارَةُ وَعَدَمَ رِضَاهُ
بَعْدَ الْقَضَاءِ ـ البزار
Ertinya : Tanda-tanda kebahagian seseorang manusia itu ialah selalu
bermohon kepada tuhannya bagi mendapatkan satu-satu pilihan dan redha
terhadap sesuatu yang ditakdirkan. Tanda-tanda manusia yang tidak
bahagia ialah mereka yang meninggalkan istikharah dan tidak redha
menerima sesuatu takdir.
DUA CARA MENGHADAPI TAKDIR
1. Istikharah (membuat permohonan bagi mendapatkan pilihan yang tepat) sebelum berlaku.
2. Bersikap redha apabila takdir menjadi kenyataan. Inilah pegangan
seseorang mukmin. Di dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah SAW. ada
bersabda :
مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني
Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak
akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang
yang selalu bersederhana.
Oleh itu apabila anda ingin kemantapan jiwa menghadapi sesuatu urusan
atau pekerjaan atau ragu-ragu dalam menentukan satu-satu pilihan maka
lakukanlah sembahyang istikharah , mudah-mudahan Tuhan akan mengurniakan
kebulatan hati dan kecenderungan menentukan pilihan di kala menghadapi
sesuatu hal dengan harapan memberi guna kepada kaum muslimin dan
muslimat serta mendapat hidayah dan inayah dari Allah SWT- Amin
BLOG TEMPAT APA SAJA NAK AKU MASUKKAN DAN POST. MOGA MEMBERI MANFAAT. SELAMAT BERLAYAR........
Ahad, 23 Oktober 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan