Assalamualaikum,
mohon pencerahan ustaz, haramkah solat jemaah berdua dengan bukan
mahram/ajnabi? Betul ke apa yang kawan saya cakap ni, iaitu solat berdua
dengan bukan mahram tu adalah makruh tahrim hukumnya.
Iaitu makruh tahrim tu sama saja maknanya dengan haram. Sebab hadith Nabi ada nyatakan “jika lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua maka yang ketiga adalah syaitan”.
Selain dari itu yang jadikan hukum solat jemaah dengan bukan mahram ini haram adalah kerana perbuatan ini boleh mendatangkan fitnah syahwat. Ingat ye semua, manusia ni bernafsu. Time solat pon boleh jadi macam macam bila berdua.
Boleh jadi fitnah, boleh jadi macam-macam. Boleh je nak solat dengan
bukan mahram tetapi perempuan tu kena ada abang, adik atau mahramnya
sendiri (ahli keluarga).
Jadi hukumnya haram ye kalau perempuan itu tiada mahram. Kalau betul-betul nak jemaah buat jemaah ramai ramai, banyak pahala buat kat masjid. Kalau nak jemaah, perempuan kene ade imam (perempuan jugak la). Kalau tinggal berdua je, solatlah bergilir-gilir.
Jawapan: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Benar. Haramnya berdua-duaan dengan bukan mahram hatta untuk solat jemaah.
Iaitu makruh tahrim tu sama saja maknanya dengan haram. Sebab hadith Nabi ada nyatakan “jika lelaki dan perempuan yang bukan mahram berdua maka yang ketiga adalah syaitan”.
Selain dari itu yang jadikan hukum solat jemaah dengan bukan mahram ini haram adalah kerana perbuatan ini boleh mendatangkan fitnah syahwat. Ingat ye semua, manusia ni bernafsu. Time solat pon boleh jadi macam macam bila berdua.
Jadi hukumnya haram ye kalau perempuan itu tiada mahram. Kalau betul-betul nak jemaah buat jemaah ramai ramai, banyak pahala buat kat masjid. Kalau nak jemaah, perempuan kene ade imam (perempuan jugak la). Kalau tinggal berdua je, solatlah bergilir-gilir.
Jawapan: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Benar. Haramnya berdua-duaan dengan bukan mahram hatta untuk solat jemaah.
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan
seorang wanita melainkan bersama mahram. Lalu seorang lelaki berkata: Ya
Rasulullah, isteri aku akan keluar menunaikan haji sedangkan aku
diwajibkan untuk berperang. Baginda menjawab: Pulanglah, dan kerjakan
haji bersama isteri engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no:
4935].
‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah, apa pandangan engkau tentang Al Hamwu?
Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934] Pengharaman berdua-duaan dengan ajnabiy merupakan kesepakatan ulama.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan di dalam Fathul Bari: Pada hadis ini terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Ini merupakan ijma’/kesepakatan para ulama. Ulama berbeza pendapat adakah (keperluan adanya mahram ini) boleh digantikan dengan bukan mahram yang lain contohnya dengan adanya sekumpulan wanita-wanita yang dipercayai? Yang benar, ia boleh kerana kurangnya fitnah dalam hal tersebut.
Al-Qaffal berkata: Mesti ada juga mahram. Begitu juga dengan keadaan sekumpulan wanita yang dipercayai dalam permusafiran menunaikan haji, mestilah ada mahram salah seorang daripada mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan perkataan Al-Imam Al-Syafie bahawa tidak boleh seorang lelaki mendirikan solat bersama kaum wanita melainkan bersama-sama salah seorang wanita itu mahramnya. [Fathul Bari, jilid 4, m/s 77].
Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim: Apabila seorang lelaki ajnabi berdua-duaan dengan seorang wanita ajnabiyyah tanpa orang yang ketiga bersama mereka, maka ia haram menurut kesepakatan ulama. Begitu juga hukumnya haram apabila (orang ketiga) yang ada bersama-samanya ialah orang yang dia tidak segan atau malu kepadanya kerana dia kanak-kanak seperti anak berumur dua hingga tiga tahun dan sebagainya.
Sesungguhnya wujudnya (orang ketiga seperti kanak-kanak itu) sama sahaja seperti tiada. Begitu juga jika berkumpul ramai lelaki dengan seorang wanita ajnabiyyah maka hukumnya tetap haram. Ini berbeza apabila jika berkumpulnya seorang lelaki dengan ramai wanita, maka pendapat yang tepat ialah hal itu dibenarkan.
Kata beliau lagi: Ulama-ulama kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie) berpendapat: Tiada beza dalam pengharaman khulwah sama ada khulwah itu berlaku ketika solat atau selainnya. Dikecualikan daripada pengharaman ini apabila keadaan darurat.
Apabila seorang lelaki menemui seorang wanita ajnabiyyah yang tersesat di tengah jalan atau selainnya, maka dibolehkan untuk si lelaki itu menemaninya. Bahkan hendaklah dia menemani wanita itu apabila dia takutkan keselamatan wanita itu jika dia meninggalkannya bersendirian di jalanan. Hal ini tiada perbezaan pendapat dalamnya. Ini ditunjukkan oleh hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha dalam kisah hadis al-Ifk. [Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 109].
Ingatlah hadis di bawah: Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkhutbah dan menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiga adalah syaitan. [Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2091, hasan sahih gharib].
Shaikh al-Mubarakfuri menyatakan: Ia bermaksud syaitan akan bersama-sama mereka berdua. Ia akan menggoda nafsu syahwat mereka berdua sehingga menjerumuskan mereka berdua ke dalam penzinaan. [Tuhfatul Ahwazi, jilid 5, m/s 456].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan