Ahad, 27 November 2016

Aurat Lelaki

Aurat lelaki yang wajib ditutupi daripada pandangan seorang lelaki lain adalah bahagian tubuh antara pusat dan lutut. Sekali lagi diulangi, bahagian tubuh antara pusat. Bukannya cuma menutup pusat dan lutut sahaja. Ini bermakna bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini disepakati oleh jumhur ulama' berdasarkan kepada beberapa buah hadis yang sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a yang bermaksud :

" Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian yang terletak di bawah pusat adalah juga aurat."

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Apabila salah seorang diantara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja yang(bahagian anggota) yang terletak dibawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya"

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.
wallahualam.

sumber:Saudara hanief ahmad
http://peribadirasulullah.wordpress.com
Catat Ulasan

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...