Selasa, 27 Disember 2016

6 Negara Yang Pengemisnya Berpendapatan Tinggi

Biasanya di Malaysia orang yang mengemis ni memang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tak kais tak makan.. tapi berlainan pula pengemis di negara luar, pendapatan purata bulanannya untuk sebulan boleh mengalahkan pendapatan orang yang bekerja.. antara negara-negara yang pengemisnya berpendapatan tinggi ini ialah..



1. Amerika








Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.


Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai ‘pengemis kaya’ dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dari mengemis. Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30 – $50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300 – $800 (sekitar RM945 – RM2,522).



2. Australia







Di Sydney pekerjaan mengemis dilakukan oleh kaum ‘homeless’. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau setara RM1,216.
Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menabungkan wangnya di bank seminggu sekali.



3. China







Mengemis disana bukan lagi sebuah cara untuk mendapatkan makan atau bertahankan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari. Sebuah survey dilakukan di China, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja.


Biasanya pengemis disana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.
Pendapatan harian mereka rata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau setara dengan RM9.5 hingga RM47 sehari.



4. Arab







Arab merupakan salah satu negara yang sudah maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat. Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah.


Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252. Bahkan ada seorang pengemis yang tertangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300… WOWWWW! Itu setara RM16,227!!!



5. Rusia


Di Moscow, beberapa shelter dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis2 di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.


Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam. Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau setara dengan RM8,037!!



6. Morocco







Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham dalam akaun banknya, atau setara dengan RM119,767. Dia jg mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik. Boleh tahan!!!
Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis2 profesional.


Mereka dapat mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari. Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan.

1 ulasan:

Lasykar Langit dan Bumi berkata...

As-salam, just nak share info... bulan lepas saya naik teksi, dan dapat info dari pemandu teksi tersebut...

Untuk golongan org buta yang meminta sedekah sekitar bandar KL, purata kutipan yg mereka dapat mencecah RM300 sehari hanya dari jam 10pagi sehingga 10mlm

Ini berdasarkan pengakuan sendiri dari org tersebut kepada pemandu teksi yang saya naiki.

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...