Sesiapa yang pernah menontan sukan boxing atau tinju, pastinya nama
Muhammad Ali tidak asing lagi meniti bibir-bibir khalayak. Sejak dahulu,
kini dan mungkin selamanya, nama beliau diibaratkan seperti lagenda
yang begitu masyhur. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa beliau
selayaknya digelar “The Greatest”
Jadi, apa sebabnya beliau layak menerima gelaran itu sehinggakan seluruh dunia menggelarkan beliau dengan nama The Greatest itu.
Keyakinan Dan Keberanian
Pada tahun 1960, beliau berumur 18 tahun dan sudah memenangi pingat emas olimpik dalam kategori Light Heavyweight. Empat tahun kemudian, beliau telah berjaya mengalahkan juara bertahan iaitu Sonny Liston.
Namun, apa yang dilakukan oleh beliau selepas kemenangan itu?
Muhammad Ali telah memerli dan mengejek Liston. Ramai yang beranggapan
bahawa Ali tidak akan mampu untuk mengalahkan lagenda itu.
Apabila perlawanan tamat, Liston tidak berdaya untuk bangun walaupun
pada pusingan yang ketujuh. Ali berteriak kepada khalayak dengan
ungkapan “Eat your words! I am the greatest! I shook up the world. I’m the prettiest thing that ever lived.”
Miliki Matlamat Yang Suci
I Am Ali film. Handout via Gareth A Davies.
Apabila Ali menolak untuk berkhidmat dengan tentera AS dalam
peperangan di Vietnam pada tahun 1967, beliau telah dilucutkan jawatan
dan digantung daripada jawatan tersebut selama tiga tahun setengah.
Alasannya sangat mudah dan murni. Baginya, untuk apa memperjuangkan
kebebasan di negara yang lain sedangkan dalam bumi yang beliau diami ini
masih lagi kedengaran komuniti berkulit gelap tidak mendapat kebebasan
yang sewajarnya.
Bangkit Semula SetelahTersungkur
Tahun 1970 menyaksikan kejatuhan Ali dalam pertempurannya dengan Joe Frazier. Pertembungan epik itu mendapat jolokan ‘Fight of the Century’. Ali kecundang. Namun, ‘balas dendam’ beliau tidak terkubur begitu sahaja.
1974, empat tahun kemudian beliau berjaya mengembalikan gelaran
agungnya itu dengan mengalahkan Joe dalam ‘Superfight II’ dan kemenangan
itu menemukan Ali dengan George Foreman.
Berusia 25 tahun, George Foreman bertemu dengan lagenda sukan tinju
Muhammad Ali yang ketika itu berusia 32 tahun. Pastinya tenaga anak muda
lebih padu berbanding ‘otai’ itu. Terbukti, 100 tumbukan telah mengenai
tubuh Ali.
Namun, itu adalah teknik halus yang dirancang oleh Ali. Pada pusingan
ke-8, Ali menemui detik emasnya. Tumbukan Ali telah menyebabkan kepala
Foreman terangkat dan peluang ini digunakan untuk melancarkan
serangannya yang berbisa kala pihak lawannya dalam keadaan lemah.
Foreman tumpas dan Ali sekali lagi dinobatkan sebagai JUARA.
61 Perlawanan 56 Kali Kemenangan
Penyakit yang dikenali sebagai Parkinson mungkin telah menamatkan
perjuangannya. Itu lumrah. Namun, segala detik manis, pahit dan
sebagainya sepanjang perjalanan beliau di arena sukan tinju ini kekal
menjadi sejarah teragung.
Mungkin anda boleh mengambil sedikit daripada ribuan semangat yang
ditunjukkan oleh Muhammad Ali. Tidak kira dalam kehidupan, pelajaran dan
juga perniagaan anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan