Pada tahun 1977, terdapat 3 pemain utama dalam industri komputer peribadi (PC):
1. Commodore PET
2. Radio Shack TRS-80
3. Apple II
Pada waktu itu, ketiga-tiga model PC ini menggunakan “tape
drive” untuk menyimpan software. (Kepada generasi muda, sila Wiki “tape
drive” untuk lebih faham, sebab aku sendiri tak cukup tua untuk guna
tape drive di PC).
Walaupun Apple II menawarkan kelajuan paling tinggi untuk baca tape drive ni (berbanding PC lain), kadar sensitiviti pun meningkat.
Software dalam Apple II mudah crash.
Tidak cukup dengan kekurangan itu, harga Apple II lebih mahal 2 kali ganda berbanding pesaing. Apple II lebih mahal kerana dia satu-satunya PC yang menyediakan grafik berwarna. Tetapi grafik berwarna tidak mewajarkan kenapa harga mereka perlu jadi 2 kali ganda lebih mahal, sudahlah software selalu crash.
Bukan sahaja pengguna tertekan dengan masalah software selalu crash ini, tetapi Mike Markkula – pelabur pertama Apple – sudah tidak tahan lagi apabila dia susah hendak membuat kira-kira bisnes menggunakan Apple II.
Mike menyuruh Steve Wozniak (Woz) – co-founder Apple – agar mereka bentuk “floppy drive” untuk Apple II.
Apabila sesuatu benda itu sukar, teknologi baru pula, kena ada motivasi untuk buat.
Seperti yang Woz cerita dalam buku dia iWoz… dia gunakan motivasi palsu atau “fake motivation”.
Woz kata kepada Mike, “Kalau aku berjaya siapkan floppy drive untuk Apple II, boleh tak aku ke CES (Consumer Electronic Show) di Las Vegas?”.
Mike kata OK.
Inilah ‘fake motivation’ untuk Woz siapkan floppy drive untuk Apple II.
Woz kata, fake sebab dia kan co-founder Apple. Kalau dia nak pergi mana-mana pun, dia sebenarnya tak perlu minta kebenaran sesiapa pun.
Saham dia sama banyak dengan Steve Jobs pada waktu itu (lebih banyak daripada saham Mike).
Disebabkan fake motivation ini Woz berjaya siapkan floppy drive untuk Apple II. Siap buka booth di CES untuk showcase Apple II dengan floppy drive ini.
Selepas tu orang dah tak tengok Commodore PET dan Radio Shack TRS-80.
Jualan Apple II melonjak dan Apple jadi kaya raya sejak dari hari itu.
Tetapi “fake motivation” ini paling menarik dan paling mudah nak cuba sendiri.
Sebelum aku cerita macam mana aku cuba sendiri fake motivation ni, jom tengok pengajaran daripada cerita floppy drive Apple II ini:
1. Mike Markkula yakin dengan produk syarikat dia sendiri (dia sendiri guna Apple II untuk buat kira-kira dalam bisnes).
2. Mike Markkula buat kira-kira dalam bisnes walaupun waktu tu Apple masih kecil – kira-kira bisnes sangat penting tak kira besar mana bisnes.
3. Floppy drive sebenarnya bukanlah dalam perancangan untuk tingkatkan jualan Apple II pun, cuma nak selesaikan masalah Mike Markkula sahaja. Tetapi perancangan Allah lebih hebat.
Selepas habis baca buku iWoz dalam masa yang singkat, nafsu nak membaca tu masih ada.
Jadi aku buka balik beg plastik Big Bad Wolf cari buku lain untuk dibaca.
Aku pilih 2 buah buku…
Buku pertama buku yang aku rasa mudah untuk dibaca dan buku kedua buku yang aku rasa bincangkan idea yang menarik.
Kemudian aku buat ultimatum di bawah ni sebagai fake motivation:
“Selagi tak habis baca buku pertama, aku tak boleh buka pun buku kedua yang menarik tu”.
Sebab apa fake? Sebab buku kedua tu aku beli, suka hatilah aku nak baca sebelum habis buku pertama pun.
Trik untuk fake motivation ni, benda yang kita ‘paksa’ diri kita buat tu mestilah benda yang kita suka.
Macam Woz, dia memang suka engineered floppy drive , cuma perlukan sedikit tolakan untuk siapkan dengan cepat.
Macam aku pula, aku memang suka buku pertama tu, cuma jarang la aku berjaya habiskan satu buku dalam masa kurang daripada 2 hari.
Tetapi bila guna fake motivation ni, aku berjaya habiskan buku pertama dalam masa tak sampai 2 hari, dan rasa makin teruja nak baca buku kedua.
Jadi korang boleh cuba fake motivation ini.
Kalau agak-agak tak boleh nak disiplinkan diri, minta bantuan ahli keluarga untuk jadi ‘Mike Markkula’ korang.
1. Commodore PET
2. Radio Shack TRS-80
3. Apple II
Selalu crash
Walaupun Apple II menawarkan kelajuan paling tinggi untuk baca tape drive ni (berbanding PC lain), kadar sensitiviti pun meningkat.
Software dalam Apple II mudah crash.
Tidak cukup dengan kekurangan itu, harga Apple II lebih mahal 2 kali ganda berbanding pesaing. Apple II lebih mahal kerana dia satu-satunya PC yang menyediakan grafik berwarna. Tetapi grafik berwarna tidak mewajarkan kenapa harga mereka perlu jadi 2 kali ganda lebih mahal, sudahlah software selalu crash.
Bukan sahaja pengguna tertekan dengan masalah software selalu crash ini, tetapi Mike Markkula – pelabur pertama Apple – sudah tidak tahan lagi apabila dia susah hendak membuat kira-kira bisnes menggunakan Apple II.
Mike menyuruh Steve Wozniak (Woz) – co-founder Apple – agar mereka bentuk “floppy drive” untuk Apple II.
Motivasi palsu
Zaman itu floppy drive merupakan teknologi baru yang agak rumit. Floppy drive macam dalam gambar ini – Wiki untuk tahu lebih lanjut).Apabila sesuatu benda itu sukar, teknologi baru pula, kena ada motivasi untuk buat.
Seperti yang Woz cerita dalam buku dia iWoz… dia gunakan motivasi palsu atau “fake motivation”.
Woz kata kepada Mike, “Kalau aku berjaya siapkan floppy drive untuk Apple II, boleh tak aku ke CES (Consumer Electronic Show) di Las Vegas?”.
Mike kata OK.
Inilah ‘fake motivation’ untuk Woz siapkan floppy drive untuk Apple II.
Apa itu fake motivation
Emmm… Sebab apa Woz panggil benda ni “fake motivation”?Woz kata, fake sebab dia kan co-founder Apple. Kalau dia nak pergi mana-mana pun, dia sebenarnya tak perlu minta kebenaran sesiapa pun.
Saham dia sama banyak dengan Steve Jobs pada waktu itu (lebih banyak daripada saham Mike).
Disebabkan fake motivation ini Woz berjaya siapkan floppy drive untuk Apple II. Siap buka booth di CES untuk showcase Apple II dengan floppy drive ini.
Selepas tu orang dah tak tengok Commodore PET dan Radio Shack TRS-80.
Jualan Apple II melonjak dan Apple jadi kaya raya sejak dari hari itu.
Rumusan
Jadi, selepas habis baca buku iWoz tu aku recap balik apa benda baru aku dapat belajar. Banyak.Tetapi “fake motivation” ini paling menarik dan paling mudah nak cuba sendiri.
Sebelum aku cerita macam mana aku cuba sendiri fake motivation ni, jom tengok pengajaran daripada cerita floppy drive Apple II ini:
1. Mike Markkula yakin dengan produk syarikat dia sendiri (dia sendiri guna Apple II untuk buat kira-kira dalam bisnes).
2. Mike Markkula buat kira-kira dalam bisnes walaupun waktu tu Apple masih kecil – kira-kira bisnes sangat penting tak kira besar mana bisnes.
3. Floppy drive sebenarnya bukanlah dalam perancangan untuk tingkatkan jualan Apple II pun, cuma nak selesaikan masalah Mike Markkula sahaja. Tetapi perancangan Allah lebih hebat.
Bagaimana aku cuba sendiri?
Ok, macam mana aku cuba sendiri “fake motivation”?Selepas habis baca buku iWoz dalam masa yang singkat, nafsu nak membaca tu masih ada.
Jadi aku buka balik beg plastik Big Bad Wolf cari buku lain untuk dibaca.
Aku pilih 2 buah buku…
Buku pertama buku yang aku rasa mudah untuk dibaca dan buku kedua buku yang aku rasa bincangkan idea yang menarik.
Kemudian aku buat ultimatum di bawah ni sebagai fake motivation:
“Selagi tak habis baca buku pertama, aku tak boleh buka pun buku kedua yang menarik tu”.
Sebab apa fake? Sebab buku kedua tu aku beli, suka hatilah aku nak baca sebelum habis buku pertama pun.
Trik untuk fake motivation ni, benda yang kita ‘paksa’ diri kita buat tu mestilah benda yang kita suka.
Macam Woz, dia memang suka engineered floppy drive , cuma perlukan sedikit tolakan untuk siapkan dengan cepat.
Macam aku pula, aku memang suka buku pertama tu, cuma jarang la aku berjaya habiskan satu buku dalam masa kurang daripada 2 hari.
Tetapi bila guna fake motivation ni, aku berjaya habiskan buku pertama dalam masa tak sampai 2 hari, dan rasa makin teruja nak baca buku kedua.
Jadi korang boleh cuba fake motivation ini.
Kalau agak-agak tak boleh nak disiplinkan diri, minta bantuan ahli keluarga untuk jadi ‘Mike Markkula’ korang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan