Apakah Lemah Syahwat?
Lemah syahwat bermaksud tidak berupaya menonjolkan diri ketika
melakukan hubungan seks. Mereka yang menghidap penyakit lemah syahwat
sangat sukar untuk beri yang terbaik ketika melakukan hubungan seks dan
ia boleh terjadi pada lelaki atau wanita.
Bagi lelaki, mereka yang alami
penyakit lemah syahwat akan rasa sangat susah hendak tegangkan zakar
mereka. Zakar mereka tidak keras sekeras – kerasnya. Jika keras
sekalipun, ia cepat lembik. Akibat dari zakar yang tidak keras, lelaki
tersebut lebih senang untuk alami ejakulasi. Ini kerana mengikut fakta
zakar yang keras lebih susah hendak keluarkan air mani dari zakar yang
kurang keras. Selain itu, ketika mereka melakukan hubungan seks, mereka
cenderung untuk lepaskan nafsu sendiri dari menikmati hubungan seks
yang mereka jalani. Maksudnya, minda mereka kurang rasa yakin untuk
puaskan pasangan mereka dan lebih yakin untuk puaskan nafsu mereka
sahaja.
Bagi wanita, petanda seseorang itu ada penyakit lemah syahwat
adalah dia rasa tidak tenteram untuk adakan hubungan seks. Ketika
melakukan hubungan seks pula, wanita itu tidak ada minat untuk
lakukannya atau tidak ada perasaan untuk lakukannya. Berbeza dengan
lelaki, wanita yang lemah syahwat tidak akan pancut awal. Sebaliknya
sukar untuk pancut atau tidak berpupaya untuk merangsang diri dan
pasangannya.
Punca bagi penyakit lemah syahwat ini adalah dari dalaman
dan fizikal. Dalaman yang di maksudkan diri kita tidak sabar , gelojoh,
tidak tenteram, berada dalam keadaan tertekan dan menganggap hubungan
seks adalah hubungan nafsu. Lelaki yang kurang sabar seperti tidak tahan
akan godaan akan selalu melakukan onani. Akibatnya dalaman akan jadi
lemah kerana selalu mengalah pada godaan dan ia akan beri kesan pada
dalaman seseorang. Selain itu, fikiran yang terlalu tertekan juga akan
menyebabkan seseorang itu alami penyakit lemah syahwat. Jika kita
tertekan, kita tidak mampu untuk fokus. Akibatnya, hubungan seks di
lakukan secara atas angin sahaja. Lemah syahwat adalah penyakit dan ia
perlu di rawat. Jika anda bahagia melakukan hubungan seks, hidup anda
akan jadi lebih bahagia.
Sumber :http://petuadewasa.blogspot.com/2012...hwat.html#more
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan