Tips Penjagaan Sistem Brek Kereta
Cara Penjagaan Sistem Brek | Sistem brek
merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk memastikan kereta
bergerak dengan lancar. Tanpa sistem brek yang stabil, berkemungkinan
kereta boleh terbabas atau mengalami masalah untuk brek ketika berada
dalam mod laju. Sebagai pemilik kereta, kita perlu apakah cara penjagaan
sistem brek kereta untuk mengelakkan kereta mengalami kerosakan.
1.
Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6
bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik
brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati
pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik
periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana
kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan
ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan
tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3.
Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana
tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa
menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya.
Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan
dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang
mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak
pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan
keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal
yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya
terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai
samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik
brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih
baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam
disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6.
Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek
hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek
hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai
sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis
daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita
akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek
dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10.
Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya
gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11.
Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik
brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U.
Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada
saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda
dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan
tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
PENAFIAN / DENIAL
B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.
B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan