DALAM
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah
S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki
lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki
tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi
mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara
keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara
bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita.
Hal
itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia
suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik
mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan
anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan
sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang
mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan
memperingatkannya.
Larangan
ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu
tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya
tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan
langkah awal kepada perkara maksiat.
Batasan
aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain
adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam
pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi
banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil
tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu
membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka
bersamaan jantina.
Bukan
mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur
bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang
jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang
tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis
mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti. (Al-Muslimah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan