Jumaat, 30 Jun 2017

Ujian personaliti melalui gambar pertama yang terlintas di minda anda

A. Budak perempuan
Bagi individu normal: Anda seorang yang baik hati, memahami, mudah didekati, pendengar yang baik dan juga mampu meningkatkan mood seseorang. Rakan-rakan juga sukar untuk mendengar anda merungut mengenai sesuatu perkara. Anda seorang yang penuh dengan emosi dan cenderung untuk melihat kebaikan dalam diri individu lain.
Bagi rakan anda: Anda merupakan orang berada, bersikap emosional tetapi masih rasional. Anda seorang yang simple, suci dan romantik. Bagi mereka, anda merupakan pendengar yang baik selain mempunyai sikap yang natural dan memudahkan anda untuk bergaul dengan generasi lebih muda mahupun generasi yang lebih tua daripada anda.
Bagi keluarga anda: Anda seorang yang tenang, tidak suka marah, simple dan lebih mementingkan kegembiraan individu di sekeliling anda. Kebaikan hati anda merangkumi tahap kesetiaan yang tinggi selain sanggup membayar sesuatu untuk orang lain, sanggup memikul tanggungjawab sama ada terhadap rakan-rakan, keluarga, pasangan dan sebagainya.

B. Tengkorak
Bagi individu normal: Anda seorang yang bersikap tradisional, rasional dan gemar berkomunikasi dengan masyarakat kerana tertarik dengan latar belakang individu yang berlainan.
Selain itu, anda mempunyai dua personaliti iaitu mudah mesra dan kadang-kala lebih gemar mendiamkan diri menyebabkan individu di sekeliling anda merasakan anda seseorang yang penuh dengan kejutan.
Bagi rakan anda: Perbezaan personaliti dalaman dan luaran anda begitu ketara. Anda boleh menjadi dinamik dan statik, maya dan reality, anda akan melihat kepada situasi untuk melakukan keputusan, kerap kali membuatkan orang lain garu kepala dengan karakter anda selain mempunyai naluri yang kuat. Anda boleh menjadi seorang yang mudah mesra tetapi sukar dipengaruhi.
Bagi keluarga anda: Anda seorang yang tenang, tidak suka marah, simple dan lebih mementingkan kegembiraan individu di sekeliling anda. Kebaikan hati anda merangkumi tahap kesetiaan yang tinggi selain sanggup membayar sesuatu untuk orang lain, sanggup memikul tanggungjawab sama ada terhadap rakan-rakan, keluarga, pasangan dan sebagainya.

C. Rama-rama
Bagi individu normal: Perbezaan personaliti dalaman dan luaran anda begitu ketara. Anda boleh menjadi dinamik dan statik, maya dan realiti, anda akan melihat kepada situasi untuk melakukan keputusan, kerap kali membuatkan orang lain garu kepala dengan karakter anda selain mempunyai naluri yang kuat. Anda boleh menjadi seorang yang mudah mesra tetapi sukar dipengaruhi.
Bagi rakan anda: Anda mempunyai personaliti yang pelbagai, seseorang yang berfikiran panjang, misteri dan sangat menarik. Selain itu, anda juga seseorang yang sangat berterus-terang, mudah bergaul dan sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang di mana kadang-kala ianya akan membuatkan orang lain mengambil kesempatan terhadap anda.
Bagi keluarga anda: Anda mempunyai perasaan yang artistik, boleh melakukan pekerjaan dengan teratur serta mudah bergaul dengan orang lain. Pada mereka, anda merupakan pendengar yang baik dalam apa jua situasi dan mampu memberikan nasihat yang sangat berguna. Kebolehan anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik menyebabkan anda sering dikelilingi ramai kawan.

D. Labah-labah
Bagi individu normal: Anda mahu mencuba perkara baharu tetapi lebih cenderung untuk kekal dengan konsep sedia ada. Anda mempunyai semangat revolusi yang tinggi dan lebih memandang ke hadapan berbanding memikirkan apa yang telah berlaku sebelumnya. Tidak ramai individu yang mampu melakukan perkara sebegitu bak kata pepatah ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.
Bagi rakan anda: Anda mempunyai perasaan yang artistik, boleh lakukan pekerjaan dengan teratur serta mudah bergaul dengan orang lain. Pada mereka, anda merupakan pendengar yang baik dalam apa jua situasi dan mampu memberikan nasihat yang sangat berguna. Kebolehan anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik menyebabkan anda sering dikelilingi ramai kawan.
Bagi keluarga anda: Anda seseorang yang menyeronokkan dan berupaya mengalirkan tenaga positif kepada individu lain. Di samping menjadi seseorang yang sentiasa ceria dan mampu mengawal emosi dengan baik, anda tidak lupa untuk memikirkan sesuatu secara mendalam dan rasional.
Dalam erti kata lain, anda adalah seorang yang serius tetapi boleh menghiburkan orang lain dan menghidupkan suasana yang ceria.
Sumber: Our Star Sky

Khamis, 29 Jun 2017

10 Gambar Penyamaran Haiwan Yang Sangat Menakjubkan

#1 Ulat bulu Baron

Kredit: Wohin Auswandern

#2 Leaf-tailed gecko (cicak mengkarung yang kelihatan seperti dedaun kering)

Kredit: Thomas Marent
 
#3 Katak kodok berbentuk daun

Kredit: CHRISTIAN ZIEGLER

#4 Kuda laut Pgymy

Kredit: Steve Childs
 
#5 Labah-labah ‘wrap-around’

Kredit: Eine_Bier_Getrunken
 
#6 Labah-labah serigala

Kredit: Piet Grobler

#7 Harimau bintang salji

Kredit: Raghu Chundawat
 
#8 Mentadak

Kredit: phasmatodea
 
#9 Ikan batu

Kredit: domhyde
 
#10 Sotong kurita Mediterranean

Kredit: Solju
 
Sumber: Bored Panda

Rabu, 28 Jun 2017

10 Kemalangan Paling Mahal Di Dunia


Pada April 1986 telah berlakunya malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianyakemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan.

Lebih 1.7 juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi. Beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang.
 
Letupannya dianggarkan 400 kali lebih dahsyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua. Kemalangan di Chernobyl ini, menyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada 1 Februari 2003.
 
Hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Semua 7 anggota crew STS-107 tersebut terbunuh.
 
Kos membina Kapal Columbia yang berjumlah $2 bilion pada 1978 ($6.3 billion jumlah kini). $500 juta dihabiskan utk tujuan penyiasatan serta mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.

Pada 13 November 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah dan kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Sepanyol.
 
Akibat risau kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka.
 
Kapten kapal telah memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tenggelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke laut. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung dan dipercayai berjumlah $2.5 billion..

Pada 28 Januari 1986, NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki.


Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan yang dahsyat. Kos untuk menukarkan Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan telah memakan kos hampir $5 billion.

Hari terburuk dalam sejarah minyak dunia. Ketika itu Piper Alpha Oil merupakan pengeluar minyak terbesar didunia dgn menghasilkan 317,000 per tong sehari.

Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia ini terjadi pada 6 Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair.

Kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada pukul 10 malam, operasi itu dimulakan seperti biasa, apabila butang ditekan oleh pekerjanya, satu letupan dahsyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 kehilangan nyawa.

Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.

B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. The Spirit of Kansas ini pernah diterbangkan selama 5,176 jam. Dua orang krew yang sedang mengendali pesawat berkenaan terselamat sebelum ia terhempas.
 
Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, ianya disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

Ianya berlaku pada 12 september 2008, jam 4.22 petang di daerah Chatsworth, Los Angeles telah dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California di mana 25 orang terbunuh dan 135 yang lain cedera.
 
Kejadian berlaku apabila keretapi barang Union Pacific bertembung berhadapan dengan keretapi komuter Metrolink. Keretapi Metrolink dipercayai melanggar isyarat merah sebelum memasuki trek di mana keretapi barang berkenaan berada. Ianya berpunca dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS serta tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.

Pada 26 Ogos 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di Jerman. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 100 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja-kerja sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40 Juta dan kos menukarkan jambatan $310 Juta.

Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini.
 
Pada jam 11:40 malam 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah aisberg yang besar ketika berlayar di 400 batu ke selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar aisberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan.
 
Kapal ini melibatkan kos $7 Juta untuk dibina dan antara yg paling mewah dan mahal ketika itu.($150 Juta Sekarang)

Selasa, 27 Jun 2017

Rupanya Cantik, Bentuknya Menarik, Tetapi Awas Objek Ini Boleh Membunuh Anda

Apabila anda bercuti di pantai, keindahan pelbagai hidupan laut merupakan satu perkara yang membawa ketenangan.

Ikan, desiran pasir, ombak mahupun kerang merupakan satu keindahan yang yang sering dinikmati.


Di tepi pantai, terdapat satu objek yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai warna yang unik.

Tetapi, awas! Objek ini bukan sebarang objek tetapi merupakan haiwan pembunuh.

Haiwan ini bernama Portugese Man of War atau nama saintifiknya Physalia sp. Haiwan ini dianggap sebahagian daripada keluarga obor-obor tetapi sebenarnya haiwan ini merupakan kumpulan organisma yang bergabung menjadi satu.

Organisma yang bergabung ini mempunyai tugas berbeza dalam satu badan iaitu untuk memakan, reproduksi, terapung dalam air, dan mencari makanan.

Man of War mempunyai mempunyai sesungut, sengatan tersembunyi, dan 30 kaki.
 
Kecil-kecil cili padi. Walaupun haiwan ini amat kecil tetapi lebih bahaya daripada obor-obor.
 
Jika anda terkena sengatan Man of War, bintik-bintik kemerahan timbul daripada badan anda, berisiko lumpuh, dan boleh membawa maut.
 
Haiwan ini banyak dijumpai di Launtai Hindi dan Lautan Pasifik malah pernah dijumpai di beberapa pantai di Malaysia.

Di beberapa pantai yang mempunyai haiwan ini, pihak berkuasa telah meletakkan tanda amaran untuk tidak mendekati haiwan berbahaya ini.
 
Seandainya anda ternampak haiwan ini, jauhkan diri, keluarga dan rakan-rakan anda daripada mendekatinya. Ramai pengunjung tertipu dengan kecantikannya yang akhirnya memakan diri.
 
Dapatkan rawatan di hospital atau klinik dengan kadar segera sekiranya anda terkena sengatan haiwan berbahaya ini.

Isnin, 26 Jun 2017

Gua Krubera, Gua Yang Paling Dalam Di Dunia Sehingga Digelar ‘Pintu Masuk ke Dalam Kerak Bumi’

Gua Krubera merupakan satu-satunya gua di muka bumi yang mempunyai kedalaman maksimum! Terletak di Abkhazia, Georgia, kedalaman Gua Krubera dari pintu masuk gua adalah sekitar 7,208 kaki (2,197 meter).
 
Memandangkan ia merupakan satu-satunya gua yang dikenalpasti mempunyai kedalaman mencecah melebihi 2,000 meter, Gua Krubera telah diisytiharkan dengan gelaran ‘Pintu Masuk ke Dalam Kerak Bumi’.
 
Gua ini juga mempunyai dua puncak gunung di mana salah satunya diukur pada ketinggian 1,300 meter manakala satu lagi pada 2,197 meter. Bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan pengembaraan ekstrem di gua tersebut, ini dia peta lokasi ke Krubera-Voronya.

Peta lengkap untuk ke Gua Krubera
Sumber: Gizmodo


Penemuan Gua Krubera dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1960 apabila Alexander Kruber, seorang ahli geografi menjadi penjelajah pertama yang berjaya menemui gua tersebut. Namun pada ketika itu, mereka hanya berjaya menyusuri kedalam sehingga 180 meter sahaja. Penemuan gua tersebut menarik minat ramai pengembara lain dari seluruh dunia untuk mencatatkan rekod baru kedalaman gua tersebut.

Kemudian menjelang tahun 1980, satu ekspedisi yang diketuai oleh seorang pengembara Rusia-Poland telah menemui tiga lagi gua di kawasan puncak gunung tersebut. Tiga gua itu adalah gua Siberia, gua Henrich dan juga gua Berchil.
 
Pada 1999 pula, Yury Kasyan mengetuai satu ekspedisi untuk menerokai gua tersebut bersama-sama dengan Persatuan Pengkaji Gua Ukraine (Ukr. S.A) telah menemui dua lagi cabang baru di dalam gua tersebut. Satu digelar sebagai ‘Cabang Utama’ yang diukur pada 740 meter manakala satu lagi dikenali sebagai Cabang Nekuybyshevskaya dengan kedalaman sehingga 500 meter.

Pada Ogos tahun berikutnya, kumpulan yang sama kembali menerokai gua tersebut sehingga mencecah kedalaman 1,200 meter.

Bulan September tahun yang sama pula, pasukan pengembara Ukr. S.A. telah bergabung dengan MTDE dan meneruskan misi mereka untuk meneroka kedalaman gua tersebut. Pada ketika itu, mereka berjaya mencatat sejarah baru apabila mencecah sehingga pada kedalaman 1,410 meter.

Sekitar bulan Januari 2001, kumpulan Ukr. S.A. sekali lagi berusaha untuk mencapai kedalaman maksimum di Gua Krubera. Pada tahun itu, Gua Krubera dicatatkan sebagai gua terdalam di dunia setelah kumpulan ini berjaya meneroka sehingga 1,710 meter atau 5,610 kaki!

Dalam eksplorasi tersebut, terdapat banyak lagi pasukan pengembara dari negara lain yang turut sama menyertai aktiviti tersebut. Antaranya adalah dari Rusia, Bulgaria, Perancis, United Kingdom, Ireland, Sepanyol, Lithuania dan juga Moldova.

Ekspedisi seterusnya diteruskan lagi oleh kumpulan Kasyan dan sekitar Ogos hingga Spetember 2009, mereka berjaya meneroka sehingga kedalaman 1,557 meter!

Penerokaan terakhir hanya berlaku pada sekitar Ogos tahun 2012 apabila seramai 59 orang pengembara berjaya menuruni gua tersebut sehingga ke bahagian yang paling dalam. Pada misi kali ini, kumpulan pengembara tersebut mengambil masa selama 27 hari dalam melaksanakan misi mereka di mana terdapat beberapa kumpulan pengembara yang telah membina kem-kem bawah tanah di dalam gua tersebut.
 
Individu yang menempah namasekali gus berjaya mencapai rekod kedalaman terbaru Gua Krubera adalah Gennadiy Samokhin.Pada ketika itu, beliau berjaya menerokai kedalaman gua pada kedalaman yang paling maksimum iaitu 2,197 meter!
 
Kredit: Robbie Shone

Ahad, 25 Jun 2017

46 Sebab Mengapa Qatar Diputuskan Hubungan Dengan 5 Negara Arab

KENALI QATAR.KENAPA NEGARA INI INGIN DIMUSNAHKAN?

1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.
2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan
3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.
4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.
5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.
6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.
7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.
8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.
9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.
10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal
11. $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.
12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.
13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.
14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.
15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.
16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.
18. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.
19. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.
20. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.
21. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.
22. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.
23. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.
25. Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.
26. Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.
27. Negara paling selamat daripada risiko bencana.
28. Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.
29. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.
39. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.
40. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.
41. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.
42. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.
43. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.
44. Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.
45. Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.
46. Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.
Inilah Jawapan Kenapa Qatar Perlu Dimusnahkan… Agenda Siapa?

Sabtu, 24 Jun 2017

Inilah 9 Manfaat Tidur Mengiring Ke Sebelah Kanan

HENDAKNYA mendahulukan posisi tidur diatas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) serta berbantal dengan tangan kanan, tak mengapa jika setelahnya berubah posisinya diatas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah : “Berbaringlah diatas rusuk sebelah kananmu. ” (HR. Al-Bukhari no. 247 serta Muslim no. 2710).
 
Salah satu adab tidur yaitu di sarankan untuk miring ke kanan, serta dibalik sunnah Nabi ini ternyata sangat banyak hikmah serta manfaat yang dapat kita ambil dari segi kesehatan.
 
Berikut Manfaat Tidur Menghadap Ke Sebelah Kanan menurut Penjelasan Medis.

1. Mengistirahatkan otak sebelah kiri.
Secara anatomis, otak manusia terdiri menjadi dua bagian kanan serta kiri. Bagian kanan yaitu otak yang mempersarafi organ tubuh sebelah kiri dan sebaliknya. Biasanya kita menggunakan organ tubuh bagian kanan sebagai anggota tubuh yang menguasai dalam beraktifitas seperti makan, memegang serta lainnya. Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bagian kiri yang mempersarafi semua aktifitas organ tubuh bagian kanan akan terlepas dari bahaya yang muncul akibat sirkulasi yang melambat waktu tidur/diam.
 
Bahaya itu meliputi pengendapan bekuan darah, lemak, asam sisa oksidasi, serta penambahan kecepatan atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Hingga bila seorang beresiko terkena stroke, maka yang beresiko yaitu otak sisi kanan, dengan akibat kelumpuhan pada sebelah kiri (bagian yang tidak menguasai).
 
2. Mengurangi beban jantung.
Posisi tidur kesebelah kanan yang rata, memungkinkan cairan tubuh (darah) terdistribusi merata serta terkonsentrasi di samping kanan (bawah). Hal ini akan mengakibatkan beban aliran darah yang masuk serta keluar jantung lebih rendah. Efek posisi ini yaitu denyut jantung jadi lebih lambat, desakan darah akan menurun. Kondisi ini akan membantu kualitas tidur.
 
Tidur miring ke kanan bikin jantung tak tertimpa organ yang lain. Hal ini karena sebab posisi jantung yang lebih cenderung ada di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada segi kiri mengakibatkan curah jantung yang berlebihan, karena darah yang masuk ke atrium juga banyak yang disebabkan karena paru-paru kanan ada diatas. Sedangkan paru-paru kanan memperoleh pasokan darah yang semakin banyak dari paru-paru kiri.
 
3. Mengistirahatkan lambung.
Lambung manusia berupa seperti tabung berupa koma dengan ujung katup keluaran menuju usus menghadap kearah kanan bawah. Bila seseorang tidur kesebelah kiri jadi sistem pengeluaran chime (makanan yang sudah diolah oleh lambung serta bercampur asam lambung) bakal sedikit terganggu, hal ini akan memperlambat sistem pengosongan lambung.
 
Kendala ini selanjutnya bakal meningkatkan akumulasi asam yang akan mengakibatkan erosi dinding lambung. Posisi ini akan mengakibatkan cairan usus yang berbentuk basa bias masuk balik menuju lambung dengan akibat erosi dinding lambung dekat pylorus.

4. Meningkatkan pengosongan kandung empedu serta pankreas.
Ada aliran chime yang lancar akan mengakibatkan keluaran cairan empedu juga bertambah, hal ini akan mencegah pembentukan batu kandung empedu. Keluaran getah pancreas akan bertambah dengan posisi mirin ke kanan.
 
5. Meningkatkan saat penyerapan zat gizi.
Waktu tidur pergerakan usus menigkat. Dengan posisi samping kanan, maka perjalanan makan yang sudah tercerna serta siap di serap akan menjadi lebih lama, hal ini dikarenakan posisi usus halus sampai usus besar ada di bawah. Saat yang lamam selamat tidur sangat mungkin penyerapan bias maksimal.
 
6. Merangsang buang air besar (BAB).
Dengan tidur miring ke sebelah kanan, sistem pengisian usus besar sigmoid (sebelumnya anus) akan lebih cepat penuh. Bila telah penuh, akan merangsang gerak usus besar diikuti relaksasi dari otot anus hingga mudah buang air besar.
 
7. Mengisitirahatkan kaki kiri.
Pada orang dengan gerakan kanan, secara ergonomis guna menyeimbangkan posisi waktu beraktifitas cenderung memakai kaki kiri sebagai pusat pembebanan. Hingga kaki kiri umumnya cenderung lebih terasa pegal dari kanan, terlebih kaki tempati posisi paling bawah. Serta aliran darah di kaki untuk kembali cenderung lebih lambat. Bila tidur miring kanan, maka pengosongan vena kaki kiri semakin lebih cepat hingga rasa pegal lebih cepat hilang.
 
8. Menjaga kesehatan paru-paru.
Paru-paru kiri lebih kecil dibanding dengan paru-paru kanan. Bila tidur miring ke samping kanan, jantung akan cenderung ke samping kanan. Hal ini tak jadi permasalahan karena paru-paru kanan semakin besar.
 
9. Menjaga saluran pernapasan.
Tidur miring mencegah jatuhnya lidah ke pangkal yang bisa mengganggu saluran pernapasan. Tidur dengan posisi telentang, menyebabkan saluran pernapasan terhambat oleh lidah. Yang juga menyebabkan seorang mendengkur. Orang yang mendengkur waktu tidur mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen. Bahkan terkadang bisa menyebabkan terhentinya nafas untuk sebagian detik yang akan membangunkannya dari tidur. Orang itu umumnya akan bangun dengan kondisi pusing karena kurangnya oksigen yang masuk ke otak. Pastinya ini begitu mengganggu kualitas tidur.
 
Sungguh begitu sombong manusia, jika manusia tak mentaati tuhannya yang maha hidup lagi terus-terusan serta tak tertimpa rasa kantuk serta tidur. Sedangkan manusia hanya mahluk lemah yang jika satu aktivitas ditinggalkan (seperti tidur yang nampaknya remeh), ternyata bisa menyebabkan efek jelek untuk manusia tersebut hingga berbuntut pada kematian.
 
Maka benarlah Allah serta begitu tepatlah kalau hanya Allah lah satu-satu dzat yang maha hidup serta qoyyum yang tidak pernah terserang rasa kantuk serta tak pernah tidur. Wallahu’alam Bishowab, Semoga bermanfaat.

Jumaat, 23 Jun 2017

Pernah Tak Kita Terfikir Kenapa Janin Hasil Anak Luar Nikah Kuat Dan Mudah Dilahirkan ??

Pasti banyak yang bertanya-tanya kenapa perjalanan wanita yang mengandung anak di luar nikah lebih mudah jika di bandingkan dengan wanita yang telah menikah.
 
Jika diperhatikan selama di dalam periode kehamilan, tidak banyak orang yang akan melihat perubahan fisik wanita yang belum menikah jika dibandingkan dengan yang telah menikah hingga saat proses bersalin di mana.
 
Rata-ratanya wanita yang belum menikah ini dapat bersalin dengan mudahnya di lokasi manapun tanpa bantuan siapapun. Aneh bukan ?
 
Ternyata, ketakutan yang amat sangat membuat seorang gadis dapat melahirkan anaknya dengan mudah. Mulai dari hubungan yang salah, ketika hamil tidak timbul kesusahan sebagaimana wanita-wanita biasa ketika sedang hamil.
 
Allah mencabut rasa kesusahan itu sehingga tidak mendapatkan pahala sebagaimana wanita-wanita lain yang bersusah payah ketika hamil hasil pernikahan yang sah.
 
Kadang-kadang, tanda-tanda sebagai orang hamil juga tidak terlihat. Perutnya tidak terlihat besar, dapat pula berjalan dengan gagahnya. Kadang, bisa pergi ke sekolah dan membuat kegiatan lapangan sebagaimana siswa lainnya, sedangkan sebenarnya sedang mengandung. Itu satu lagi nikmat yang dicabut oleh Allah Ta’ala.
 
Kemudian ketika melahirkan nanti, mudah saja anak itu keluar. Maka, pahala sakit karena melahirkan anak itu telah diangkat darinya. Wanita biasa, pada keadaan begini harus dibantu oleh bidan yang terampil, itu pun susah dan sakit untuk melahirkan anak, tetapi wanita yang telah berzina itu mudah saja.
 
Setelah anak itu lahir, mereka bunuh agar tidak meninggalkan jejak. Mengapa sampai begitu kejam? Karena perasaan kasih sayang sudah dicabut juga darinya.
 
Jadi, kepada semua gadis, jangan mendekati zina. Sebaik apapun seorang laki-laki kepadamu, jangan kamu serahkan diri kamu dengan cara yang salah. Kamu akan dihantui perasaan bersalah seumur hidup kamu.
 
Mari kita bantu share tulisan ini agar para gadis yang belum menikah dapat merenungkan.
 
Sumber Info Via Syarifudin

Khamis, 22 Jun 2017

10 Sebab Kenapa Perlu Pilih ‘Window Seat’ Dalam Penerbangan

Asalkan ada peluang naik kapal terbang, mesti mahu pilih tempat duduk tepi tingkap untuk tengok pemandangan.


Bukan orang Malaysia saja begitu. Pengembara luar negara pun sama. Sebabnya mudah. Ia menawarkan pemandangan yang jarang dilihat dalam kehidupan seharian dan jika destinasi yang dituju itu ‘rare,’ potensi untuk anda seorang saja memperoleh foto yang bernilai sangat tinggi.
 
Jom kita tengok pemandangan indah lokasi-lokaasi di dunia yang hanya boleh dilihat dari kerusi tingkap kapal terbang.
 
1. Jika bernasib baik, anda dapat melihat dan merakamkan foto gerhana matahari dari tingkap kapal terbang. Ini memang ‘rare’ dan bakal menjadi kenangan terbaik!

 
2. Terbang ke negara-negara Eropah pada hujung atau awal tahun? Anda berpeluang menatap keindahan tasik yang membeku. ” Let it gooo…Let it gooo…”


3. Melihat Puncak tertinggi Afrika yang dilitupi kabus!

 
4. Peluang melihat seni bina Kuil Prambanan, Yogyakarta, Indonesia. Memang menarik!


 5. Ladang-ladang di Amerika yang menghijau!

 
6. Jika kena pada masanya, anda dapat melihat refleksi Tasik Michigan ketika menghampiri Michigan, Amerika.


 7. Menatap keindahan ‘Gunung Pemalu’ iaitu Gunung Fuji di Jepun yang agak sukar untuk dilihat secara keseluruhan puncaknya dari bawah.

 
8. Banjaran gunung-ganang di Eropah yang memukau!

 
9. Melintasi gunung berapi Taranaki di New Zeland.

 
10. ‘Kagum’ tatkala melihat kawaan hutan yang dibakar dari tingkap kapal terbang.

Rabu, 21 Jun 2017

Ramai Terkejut Lihat Keadaan Flat Sempit Di Hong Kong Ini

Seorang fotografer dari Jerman, Micheal Wolf mengejutkan dunia apabila berkongsi pengalaman dengan merakam keadaan di dalam flat di Hongkong.


Gambar yang menyaksikan bagaimana kelangsungan hidup rakyat marhaen di dalam flat seluas 10′ x 10′ atau lebih kurang menyamai bilik stor ini bakal membuatkan anda bersyukur dengan apa yang anda miliki.


Percaya atau tidak, kebanyakkan flat di sana dikongsi dengan rakan dan keluarga walaupun ianya hanya sekangkang kera.



Malah, tandas flat ini dikatakan hanya terpisah dengan dengan langsing di satu ruang sudut kediaman.


Anehnya, meskipun diulit dengan kesusahan hidup, masyarakat Hong Kong masih mampu bergembira dengan kehidupan mereka.


Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi di Hong Kong, ramai golongan miskin perlu menerima hakikat untuk terus tinggal di kediaman yang tidak strategik sebegitu.



MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...